boleh pandang pandang

Monday, February 21, 2011

hari SENYUM sedunia

semalam aku cakap ape ? hari isnin hari yang aku tak berape suke eh ? haha. but TODAY was the happiest MONDAY i think. why ? HEHE. tak tahu lah mengapa but harini aku rase seperti happy semacam jer. 

semalam aku tidur jam 2pagi. siapkan buletin sikit sikit. agak na terbeliak mate hadap lappy dari siang tanpa henti, aku pon melabuhkan tirai malam aku (walaupon dah pagi) . masuk tidur dengan mata bagai nak tercabut.
sedang enak tiduran ditemani mimpi indah, aku terdengar satu suara yang cukup familiar . 

'' NINAAA !!! bangun ! kamu ingat jam dah kul bape ni ? dah 6.45 ! karang lambat ! BANGUNNN !!''

okay, itu suara puan emak yang hampir setiap pagi jadi jam loceng aku (kadang kadang aku bangun sendiri, lebih awal dari beliau). selalunye kalau mak aku gerak suh bangun, aku akan jerit 'OKAYYYYY !!' dari dalam bilik and continue tido jap. tunggu abah aku jerit lak. LOL.
tetapi disebabkan aku tersedar bahawa aku memang LAMBAT gila harini, aku pon tidak lah mensambung tidur lagi. kelam gila bangun and tenyeh muke kasi hilang minyak sawit yang aktif di wajah. gila kau, jam dah 6.45 pagi, 
walhal baju sekolah aku belom iron lagi ! 
memang masak laa. dengan itu, aku pon terus melompat dari katil, grab towel and terjun masuk bilik air. fyii. terase cam nak mandi PRAMLEE lak. tapi tak tak tak, aku mandi elok elok okey. siap mak aku complain aku mandi lame lagi. =.=''
keluar bilik air pade jam 7pagi dan dengan segera aku iron uniform aku. ahh nasib baik harini lucky, takde masalah kedut seribu pada baju menyebabkan aku mudah mengironnye dengan aman sambil tersenyum.
after finish dressing, cam biase la, aku amik roti bakar mak aku buat, bawak beg beg semua and kasut lalu masuk ke dalam kereta. dan makan dengan sopan didalam kereta sambil dicemburui oleh pemandu kenderaan sebelah yang kebuluran. ROFL.
today aku late sedikit sampai sekolah but not too late la. lambat seminit dua je. itu pon classmate aku dah buat conclusion bahawa aku TAK DATANG harini. yea, mereka memang teruk. okay, as a prefect, aku pon duk beratur belakang budak budak ni. as alwayss =)
entah mengapa nye, harini aku SENYUM banyak sangat. time assembly entah berape ramai yang terpakse pandang muke senyum aku ni. aku pandang belakang, aku senyum. pandang depan, senyum, pandang kiri kanan atas bawah,  semua aku senyum. tak caye ? leh tanye bebudak yang kena tegur ngn aku sebab potpetpotpet mase assembly tadi. AKU TEGUR DALAM SENYUMAN sampaikan rase cam nak tumbok muke sendiri. naluri senyum tu tetibe lahir tanpa sedar. oh GOD. 
then, masuk kelas..cikgu mengajar. subjek perniagaan by puan lina ( our mom ). cikgu ni best sikit. sebab banyak benda yang boleh di-argue dengan beliau. beliau mengajar penoh dedikasi beb. tak tipu. kepale otak nye sangat coolll. kitorang boleh buat main je ngn beliau. (tapi pastu memang kena laa ngan ayat pedas asam masin beliau ). SELALUNYA, kalau kelas die, aku join boys of the class down-kan cikgu. hahaha. macam macam topik dan isu dibangkitkan, tak kira la dari segi wang, perangai, dan sebagainya. kami memang enjoy gile gaduh mulot ngn beliau, dan beliau selalu menang. TAPI kan, harini aku backup cikgu. kenape eh ? selalu ade je ayat sepontan yang menyakitkan telinge dari aku, ayat yang kejam dalam diam. hehe. harini aku tunjuk baik sikit dengan cikgu. aku down-kan mamat2 tu plak. aku cakap yang dorang tak suke cikgu masuk kelas, dan cikgu pon mulee laa bagi mukadimah baikk punya. hee.
habis waktu perniagaan, waktu GEO. but cikgu MKY tak masuk lak. haihh. kitorang dah eager dah nak belaja geo ni. sebab best. haaha. tapi dah cikgu tak masuk, ape lagi. bukak kedai kopi la kitorang. aku on lappy, cucok pendrive and start editin buletin lagi. then tetibe ade niat jahat sikit. aku cucok berokben and layari internet. bukak ape ? entah, tapi yang pastinya bukan FB. ade yang lebih best dari itu. haha
ketika sedap melayan lappy, cikgu sarah masuk lak. guru kaunseling. aiyaa. beliau suh isi borang ape la itu la ini la. borang kerjaya . and aku ni student yang baik, isi je tanpa banyak bicara. best gak isi benda tu. untuk kenali personaliti kita. and personality aku adelah lebih kepada SOSIAL. eh, oke laa. bole aku jadik cikgu kan ? hee.
then tiba waktu rehat. makan banyak gile harini. malas na cakap makan ape. tapi yang bestnya adelah selepas waktu rehat. ALL UPPER SIX students pergi ke dewan sekolah. untuk ape ? untuk menyaksikan dan merasai debaran para pelajar STPM last year ambik result. yeahh. itu best kerana bole lepak tanpa belajar di dewan itu. wehee. and oleh kerana cikgu nak kitorang rasai debaran tunggu result itu, kami pon duduk diam diam dalam dewan. 
aku agak hairan. melihat kekiri dan kanan. hampir semua cikgu dalam dewan tu SENYUMMM je memanjang. perhh. cikgu yang jarang senyum pon dok menyongen sekali. ape kes ini ? adekah guru guru mendapat bonus kerana pelajar ramai cemerlang ? munkin idak. hehe. aku abaikan senyuman yang ade tu. aku focus kepada cikgu yang ngah berucap kat depan. eh eh, apsal ade kakak tu nangis ? ohh..cikgu cakap pasal result ade yang tak dapat 5P.. okey, aku tak heran sangat itu semua. haha. tapi dalam tak heran tu, air mate aku dok sebok nak keluar gak. aku tak leh tengok orang nangis. jangkit. 
then, tiba saat yang dinantikan. result pon diumumkan. oh yeahh. ramai gak dapat 5P. 14 orang semuanya. and the best student is JANNATUL MAKWA who got 2As and 3Bs if im not mistaken. okay, beliau memang pelajar target. dengan itu, cikgu cikgi semua aku tengok semuaaa nya senyum lebaq bagai. peratus lulus sekolah menaik. dan bla bla bla aku tak ingat sangat ape lagi yang diperkatakan. 
tinggalkan cerita result. petang selepas habis sekola, ade latihan kawad pengawas lak. err untuk hari sukan. tatau la nape aku boleh TERjoin kawad ni. haha. sorry prefects, saye bukan nak naggin but i tak puas hati ngn performance kita. saya tahu kita semua kepanasan, but entah le. jiwa pengakap yang tebal membuatkan saye berasa tak best apabila kawad kite agak terabur. dah nina dah, jangan comment macam macam. puncee ade yang baling kau dengan tomato busuk nanti. BTW, we did it great oke ? not bad laa. just need some more practice. ganbatte ! eh lupe, aku tadi ade bagi command sikit. saje gedik test power suare. but apasal ramai cam pelik ? munkin mereka ta pernah dengar suara garau saye menjerit
 'SKUADDDD SEDIA !!!'
oke takpelah, untuk pengetahuan anda semua, itu suara saya kalau dalam scout kawad yea. hehe.
kawad sekojap je, then bersurai. jam pon awal lagi. kami lepak jap. ah yeah, mior bukak video ayumi hamasaki ! para para dance. yeah yeah. dan fatin tanpa menunggu lebih lama, beliau menari sejibik cam ayumi tuh. comel bai. haha. tapi tersilap pulak, si kimi yang merekod perbuatan fatin telah menimbulkam kemarahan die. dan fatin pun menitiskan air mata rajuk. SORRY SAYANG, i tak pasan dorang rekod you mula mule, at last baru perasan, i bukan complot ngn dorang =( 
tamat drama tangisan kejar mengejar, kami pon pulang. 
so, conclusionnya ialah, HARINI HARI SENYUM SEDUNIA. bagi aku. munkin tak bagi korang. lantak ler. haha. sebabnya, harini aku banyak senyum dan aku nampak ramai orang senyum. hehe.


-malam ni operasi memujuk ye rakan rakan ! =B

Sunday, February 20, 2011

S.E.K.O.L.A.H

what a nice sunday today ~

ah, according to my post tittle, now i would like to share some stories about a building called SCHOOL.
eh eh, no no. actually this is not about school, but more to my feelin, my mood of school.

erhh, yesterday i had my beautiful holiday. i went to telok batik with my dear sisters and friends, having soo much fun. i ignored my probs. my jobs. and my my my everything except FUN. we shared foods, play together and laugh. very nice time.
and todayyy, i'm having my empty holiday. oh GOD. 
woke up at 10. get bathed and eat. then cleaned the house and do some house chores. feels like the time runs slowly. seriously. and the most bored thing was, all my family were out. my dad out with his friends, to KL. my sis follow her friend to ipoh, buying new things i guess. and in the evening, my mum left me alone, went to angah's house. OHHHH what a boring day ! coped in the NO-LIGHT-ROOM all the day. smile to the monitor, talks to the speaker. 
like a stupidcraze woman. 
okay, lets forget it.

ehm, lets cont about school. as all of u know, tumoro is MONDAY ! yeayy ! 
oh my, why suddenly im happy with monday ? actually, im totally UNHAPPY when it comes to monday. because ? because i've to wake up earlier, i've to get bath at 6am (or else, my dad will scream at me) then i have to dress in school uniform, breakfast and wear shoes in the car (which has become my habit) . GREAT huh ? i feel very very very great. in 5-10 minutes, my car will stop infront of SMKDARY. 

then, i'll walk through the path. get into the class. put on the bags at my place. and walk again, go to the assembly venue. THAT IS MY ROUTINE AS A STUDENT since form 1 to form 6, at the same school. wth, always the same, for 7years. sobss sobss. 

'SCHOOL IS A BULIDING WITH FOUR WALLS AND TOMORROW INSIDE' -goerge santayana.
i used this quote in my SPM english essay and i got A for the result. teheee. okay, as mentioned in the nice qoute, school is a place where we gain knowledges. experiences. and friends. in school, we learn how to be a HUMAN, we learn the respect, humanity, and love. teachers teach us and bring us to the world where we never know its existence. they show us how to please people around us, how to organise our life and how to do the best for our own sake. very unrepliable. we'll never know how to pay their kindness, right ?
it's a lie if u say that u can forget ur school memories. a BIG LIE. (unless u're invloved in a big crash and lost ur memory ;p ). im pretty sure that all of us keep sooo much memories of school. for myself, i never and will never forget my schooltime. i met my first love (monkeylove) in my second year high school. i met my true friends since the first time i put on my feet at the school. and for sure, i get to know myself and i grow here, in the lovely sweety school. hehee. 
well, as the sweet memory, school also is the witness for the bad momenta happen in my schoolife. too many bad things here. and i cant finish story it even when the laptop burns because i typed too much. haha.
 tears, laugh, smiles, anger, dissappoinment and love.
 all happen in school. 
memories that will never ever fade. 
so yea, let it be in our mind. let it fill our brain. but dunt let it control us =)

this year is my last year being a schooler. of course la kan, there will be no second chance to get into form6 again right ? so nina, this is ur last chance ! this is the right time to show that u'll be a successfull schooler. dunt let ur laziness, ur stupidity control ur world. time changes , so people do.
 lets get motivated, create a wonderful life that start in ur schooltime. 

-entry berbahsa penjajah ini perlu ditegur sekiranya terdapat penggunaan bahsa yang salah. IM NOT A GOOD ENGLISHER ok .

Thursday, February 17, 2011

BOY boy

hey heyy =)

 jika anda ingin memilih teman hidup atau pasangan jiwa anda, apekah ciri ciri yang anda mahukan ? adekah anda hanya berserah pada takdir ? atau anda sudah menetapkan ciri cirinya ?
ewah, dah cam eklan cari jodoh lak. hmm. actually terdetik di hati ini untuk berkongsi dengan blogie mengenai beberapa ciri cirit jejaka jejaki idaman hambe. jadi, bace jika ingin tahu dan bla jika tak ingin tahu.  =B 

yang pertama ! saye nak boy yang boleh terima saye seadaanya. err camni la citenye. aku bukan mintak mamat tersebut terima aku 100% but at least he need to understand my stupid bad habit like PUNCHING PEOPLE anytime anywhere. dah aku dilahirkan begini, nak buat camane kan ? ang kena paham, aku bukan seronok seronok nak tumbok orang, but dah aku memang terasa seronok dan nikmat bile dapat punch orang. malahan, aku juga akan teransang untuk menendang atau mencederakan orang lain apabila terasa diancam. eh, normal la tu kan ? sebagai contoh, apabila Wan cuba membuat sexual harrasment sesuatu yang aku tak suke terhadap aku, maka dengan pantas aku akan hadiahkan beliau sedas penumbok padu beserta dengan senyuman manis nan menawan. then after a few seconds barulah aku akan cakap " ehh wan, sorryyy ! sakit ke ?! padamuka !" or something like that laa. lagi satu, kalau anda nak tau, aku seorang yang bercita cita tinggi dan talkactive *kecuali dengan strangers . selalunye aku la umat yang paling banyak mengeluarkan suara pada setiap hari samada di dalam kelas atau diluar kelas. yeah, aku memang sentiasa ade benda yang ingin aku cakapkan. benda bodoh sekecil kuman seperti berapa minit aku mandi pada setiap pagi pon kalau bole aku nak story. well, minah kepoh kan. itu biasa. tehee. 
amacam ? masih ingin kenal dengan saya ? ahaha. itu baru first. sikit jee tu, tak bosa mane pon.

yang second ! saye harap mamat pujaan hati saya itu adelah seorang yang mempunyai senyuman yang menawan. means, aku tak kisah sgt anda hensem atau tidak. yang penting adelah senyuman eklas anda. oleh itu, semasa audition pemilihan calon suami saya nanti anda semua diminta untuk mempamerkan senyuman paling menawan. *cam bodo je nak audition2 kan.
setakat ni, aku tgh jatuh cinta ngn senyuman beliau :

sape leh senyum cam die, aku kasi flying kiss !

oke, the third one is, i love someone yang body tegap. haha. what does it mean ? ok, let me explain. maksud saye ialah, aku takde interest terhadap jejaka jejaki KURUS. sorry, tolong jangan tanye mengapa. aku cam risau dengan lelaki kurus. yelaa aku kan gemokkk jadi mesti tak kiut kalo beriringan ngn jejaka keding kan..aku suke kalau ade mamat itu bertubuh sasa. eh, dunt worry. u dont have to build ur muscle. aku maksudkan , body anda perlu ade beberapa isi tubuh supaya baju yang dipakai tidak kelihatan BESAU. oke ? ade sesape yang tak paham ?

the next point is, saye suke jejaka yang sopan santun baik budi pekerti serta berjiwa halusssss ibarat buih nescafe. mengapa demikian ? hmmp. aku ini seorang wanita yang mulut hacul cam langau. jadi, alangkah baiknya jika ade jejaka sopan yang menjadi pasangan aku supaya keadaan tidak menjadi kecoh. mulut puaka saya kadang kala agak berbisa, jadi, saya memerlukan seorang yang cool serta penyabar, yakni orang yang tidak melawan sangat. 
HAHA queen will kontrol u, man !

and, saya paling suuuka dengan jejaka yang gentle, berani, dan aktiv. saye cukup tak bekenan dengan sepisis jantan yang suke melembik lembikkan diri dan tidak gemar menyertai aktiviti kemasyarakatan atau pon sukan. kadang kadang tu, ade insan lelaki yang nak pandang n cakap ngn orang lain pon tak berani. ape kes ? adekah teluw anda tergetak di mane mane hingga anda hilang kejantanan ? come on la, hidup kalau pasif takkan kemana. outdo yourself bebe !

lastly, saye suka anda anda yang ade penampilan yang menarik. ape itu penampilan menarik ? dari sudut bahase aku, penampilan menarik beerti anda seorang yang kemas, muke bersih dan badan tak hapak. selain itu, kebersihan diri perlu dititekberatkan. hal ini kerana jika anda busuk kutur dan sebagainye, lalat pon segan nak hinggap. wajah hensame itu adelah satu bonus yea, tak hensame pon takpe asalkan indah mate memandang ibarat sawah yang terbentang luassss.

aha, thats all i think. 
saye ni tak la fussy sgt orangnye. 
yelah, diri aku pon compang camping , takkan nak demand bagai lak kan ? 
jadi, bagaimana dengan anda ? 
adekah anda mempunyai ciri ciri yang diatas ?
 jika ya, sila hubungi mak bapak saye untuk maklumat lanjut . 
mekasih =)

Sunday, February 13, 2011

hanjing ?

assalamualaikum ~

semalam, aku follow familiy aku pegi kenduri. rumah opah ISKANDAR IDRIS and rumah sape tah kawan bapak aku. then, pada pagi yang nyaman, about kul12 kot, kami pun vroom vroom bergerak ke
 tempat yang ditujui.
okay, abah aku yang drive. sape kenal beliau ? sape tak kenal ? a half-time-on-road-drifter-and-racer. abah aku ta reti pandu slow slow nih. da jadi habit die dah. die ta suke lambat lambat. so no wonder la die bawak kerete cam ribut. tapi belom penah lagi die hentak kereta orang ek. *sebab tu anak anak terikut, like father like daughter.
nak dijadikan cerita, mase kat depan TECHSIS, ade laa seketul kerete HONDAcity hitam ni, memandu di bahagian kanan jalan. kepada mereka mereka yang ade amik lesen, anda pasti tahu bahawa hanya kenderaan yang ingin memotong dan memandu laju sahaja yang duk guna jalan kanan nih. namun, mungkin la si pemandu HONDAcity ni selalu ponteng ceramah JPJ kan ? maka beliau bersenang lenang berilex rilex memandu slow terhegeh hegeh kat jalan kanan tu. berapi gile ah aku tgk ! apsal la bengong sangat bawak slow kat jalan kanan ?! sedangkan aku yang tak memandu pun trase panaih hati, inikan pula encik driver. abah aku ape lagi, keluar la skill cilok cilok die. die potong ikut kiri and vrooommmm masuk kanan betul betul depan HONDAcity tuh.
 lepas tau ape jadi ? haha. driver HONDAcity tu honn kitorang. kahkahkah. ang memang buat lawak sial la encik. aku tau ang kelam sebab tetibe ade kete depan ang kan? tu laa yang ang budus sangat duk drive slow tu ngape ? silap besar la kalau abah aku yang drive belakang ang. memang bole mati kena heart attack la.
tapi bukan itu masalah sebenarnye.. yang lawak bodoh nye, mamat tu die p bising bising hon abah aku n kejar dari belakang. sial gile. memekak je. bagai die seekor je yang ade hon kerete. dah la nak kejar abah aku tak dapat, pastu kecoh kecoh tekan hon banyak kali bagai beruk mendapat hon. 
malangnye, mase sampai kat traficlight nak masuk DESA and IKBN, mamat tu berjaya park sebelah kereta kitorang. cantik ang parking ! mesti penat an kejar racer terbaik ? haha. okay, then, mamat tu dengan kelam kabut nye membukak cermin kereta die and memekik mekik. abah aku pun ape lagi, bukak la cermin sebelah pemandu nak dgr ape yang si mamat bangang tu nak kecoh kecohkan. sial tak sial la mamat tuh, die kate abah aku 'orang tua, anjing !' die bole kate abah aku buta dan bla bla bla.. fuu memang BIADAP laa lu sial. nasib abah aku cool, tade maki die. abah aku just reply him like this, 'mana ade kena kereta ko la bodoh ! '. pastu, lampu hijau menyala and vroomm abah aku pecut kasi mamat biadap tu
 makan asap. 
seriusly aku tak paham. memang tak paham ! apsal mulut syaiton tu biadap nak mati ? dah sah sah ang yang duk gedik bawak kete cam budak tadika kat tengah jalan tu. bile kena potong rapat, ang kecoh pulak. haiihh memang gampang la lu. aku leh trime ang bodoh bawak slow kat citu, tapi aku tak sangka ang terlampau bodoh sampai maki orang yang lebih berusia dari ang dengan kata kata melampau camtu ! aku rase ang time tu kepale otak letak kat tayar, da kena gelek gelek. sal tu bengap semacam je kan ? abah aku sabar je folo belakang ang yang lembab. bile abah aku libas camtu, ang takut. takut kereta ang kena hentak kan ? sumpah ang bodo. LAIN KALI KALAU NAK BAWAK KERETA ROMANTIKA DE AMORR, ANG BOLE MEMANDU DI BAHAGIAN KIRI JALAN! takpun ang berenti dulu tepi semak tu ang layan la romantik ang ye sial. ang tak sedar eh yang ang buat orang orang belakang ang drive ngn panas hati ? ang buta eh, ta nampak berape deret kereta duk ikot bontot kereta ang like a stupid ? orang lain semua ade hal memasing, sume nak cepat. ang pun same, ade benda ang nak buat kan..tapi atleast pikir la brader. jalan raya bukan tempat nak berjiwang jiwang ketika memandu. HIGHWAY tu bukan tempat untuk anda memandu ala ala siput melintas jalan. 
nak slow ikut kanan la bro..
tamat je adegan biadapp tersebut, mamat tu ditinggalkan jauh dibelakang. dalam kereta, mak abah and aku ketawa berdekah dekah sebab kebodohan mamat tu bermulut puaka. bagi kitorang, tak jadi kudis pon kata kata maki ang tu. we all tau, ang tu muda belia lagi. so bile dipotong begitu, tambahan pula lelaki tua yang beruban tetapi hensem cam abah aku yang memotong anda dengan begitu style, maka darah muda ang pun kompom le menggelegak kan ? haha. dahla, lawak gile la ang mamat. harap pasni mak bapak yang ang bawak sekali dalam kereta tu dapat menasihati ang supaya memandu dengan lebih perikemanusiaan sikit. jangan nak maki dengan mulut puaka ang tu je. ingat kereta ang lawa sangat sampai ang bole sombong bagai ? hidup kena ade budi bahasa. tak banyak , sikit pun jadi la.. ang kalau marah pon ang takleh maki meraban cam tu. tambah2 lagi kepada warga emas. ang memang tak berati perut laa. sila letak diri ang di posisi abah aku, mesti ang tau pedihnye bile ade warga muda yang puaka cam lu. dahla abah aku ta cederakan langsung kereta ang, pastu ang kecoh sejalan. hape tahhh. 

-sorry la bahasa aku pun biadap gak kali ini. malas nak beradap sangat. sakit hati. 
HANJING is not a nice word, right ?


BERHATI HATI DI JALAN RAYA, 
SELAMAT BERAMAL.

Friday, February 11, 2011

si KACAK ?

si kacak ini siapa ?



okay, dialah BF terbaru saye. selain GD, saye juge sayangkan die. any girl out there yang berminat nak kenalan ngn BF saye ni, sila email saya ye.

* a short update, just to introduce HIM. =)

Tuesday, February 8, 2011

CABARAN !

OHOI ! di sini terdapat beberapa cabaran. sila bace dengan teliti.

- aku nak siapkan semua kerja yang ade. buletin, homeworks, sijil sijil -

- aku nak sempurnakan hidup ! *takkan mampu punye . tapi nak gak ! -

- kuruskan badan. kurus kurus kurus kurus please nina please kurus ! -

- nak jadi rajen ! rajen nina rajen rajen ! -

- aku nak kurangkan bersuara. kalau mampu lee. rase nye tak mampu -

- aku nak kurangkan perangai tak senonoh -

- aku nak kurangkan membebel bagai nenek kebayan -

- aku ta nak buli orang lain dah -

- aku nak BASIKAL ! -

- aku nak rajen study bukak buku -

DAN YANG PALING PENTING AKU TAK NAK ONLINE FB UNTUK SEMINGGU ! 
bile online segala benda ta menjadi. dari siang bawak ke malam, pagi bawak ke petang. last last satu benda pun tak jalan. bengong lahhh. huwaa ~

okay, dengan ini aku memberi kebenaran kepada anda semua untuk menampa aku sekiranya minggu ni aku ade online FB yea. sesape pun ta kesa, janji bagi PENAMPA. haha

dunt worry, jangan takut. tampa je walaupun aku buat muke camni :


okay ? sayonara.

KURANGKAN berFB TINGKATKAN PRESTASI.

Wednesday, February 2, 2011

P/e/N/a/N/g

assalamualaikum ~

hello hella helli . saya disini. okay, kali ni nak story about my trip ; PRA U STUDENT TRIP to Penang
(harap ade yang sudi bace sebab tak best)

pada hari sabtu yang lepas besamaan dengan 29 Januari 2011 .

first, we all berkumpul at school pada jam 4.OOPAGI. yea, empat pagi. oleh kerana saya malas nak suh abah saya hantar saya pepagi buta, maka saya pun menempah bilik di rumah cik bubu..malam tersebut sangat meriah dengan aksi badut yang busy memilih pakaian untuk dipakai. ye tak cik bubu ? haha
back to the point. after all students sampai, kami pun memanjat tangga bus yang ditempah. bus jenama SURIA kot. entah, tak hafal. yang pastinya bus itu adelah BEKAS bus PLKN. merase gak naik bus PLKN walopun tidak bernasib baik untuk menyertai kem itu. =(
okay, then bus pun bertolak ke Penang melalui jalan bota-manong-kualakangsar-penang. aha, untuk solat subuh and tukar pakaian, we all berhenti kat masjid di padang rengas. ohh trajedi pertama berlaku apabila saye tertinggal singlet di dalam bus. haha noob. itu pun bole tinggal. maka terpaksa pakai school uniform tanpa singlet. trajedi kedua, saye meninggalkan telekung di masjid tersebut. yeah, my bad. otak pelupa cam orang tua kan ? takpe, alhamdulillah . dapat juga i bersedekah untuk masjid itu. =)
after finish changing clothes and pray, we all bergerak ke destinasi. before sampai penang, stop by RnR Bukit Merah for breakfirst. haa cantek ! dapat aku pakai singlet. selamat dari sexie. HAHA. 
oh oh continue. emm after burpps kenyang ~ we all terus menuju ke PENANG ~

*terjumpe awek yang muke cam ana rapali. die tukang buat wafer kat RnR.

menjadi kekanak untuk seketika.
location : playground RnR

after few hours (maybe) , we all memasuki zone PULAU PINANG PULAU MUTIARA. 
yeay dah boleh sembang loghat utagha ! *padahal tak reti pung. ciss !
okay da sampai penang, first place we all pergi ialah PISA yakni PENANG INTERNATIONAL SPORT ARENA. mengunjungi PISA adelah tujuan utama kami ke Penang iaitu untuk melawati karnibal JUM MASUK UUU ! yeah. nak masuk U la katekan. 

ketibaan datuk-matok datin-matin
location : PISA

aha ! best jugak kat PISA. banyak mamat hensame booth universitas dan kolejs di MALAYSIA. maka banyak la collection goodiebags kami. oh itulah OBJEKTIP saye dan rerakan disamping mengutip info infi bekenaan U-U yang best (dan yuran sem murah). EH ? tak tak. haha.
lepak kat PISA sampai tengahari..about 12.30pm we all gerak ke destinasi seterusnya iaitu CARI MAKAN. omaigadd. perut aku da lapaq gile ketika itu. nak je memberontak dalam bus sebab sesat cari tempat makan. tahi betui. sian perut tauu ~
jumpe kedai makan , terus mereka2 melantak. aku tak makan. tetibe hilang selera. kenyang makan wafer kot? haha. Yang paling best ialah apabile ade PUNDEN kat kedai makan tu. walaoo best tengok dorang yang begitu sopan santun. rase nak terajang pun ade. bibaa ~
kenyang lunch, we all ke USM. eh, sebelum redah USM we all singgah solat kat Pusat Islam kat dalam USM tu. nice gile ahh. banyak pak dan mak arab serta warga2 asing yang lain yang duk menjalankan aktiviti mereka memasing. bagus lah dorang. hehee.
after solat, baru la start meredah USM. tak redah mane pun. lepak kat muzium depa ja. but syiok. segala macam jadah benda pelik dan best dan menarik dan bla bla bla  boleh didapati di muzium tersebut. paling best bile memasing gile nak mengKAMERAkan diri di dalam muzium itu. banyak view menarik, jadi aku pun tak lepaskan peluang. 

setibanye di muzium tersebut. puihh !


bersame encik jepun yang kerek =B


comel kan ? ? 
sila hempas laptop/monitor anda


okeyh, tamat pengembaraan di USM. cukup laa seronok kami p selongkaq sana sini kat muzium itu. kepada anda semua, sila lawat muzium best ini. 
lepas itu, kami pun ke Queensbay Mall. ahaks. tempat trajedi keTIGA. cikgu suh tukar baju dari unifom sekola kepada baju sesuka hati. maka aku pun cepat2 blah tuka baju bersame kaum rakan yang lain. yang nice nye, mase aku ngah excited bukak baju sarung baju kat dalam toilet QB mall tu, aku terperasan bahawa jeans aku tertinggal dalam bus. arghh amat tensen. maka dengan itu aku meminta bantuan rerakan untuk mendapatkan seluar itu namun bas telah melarikan diri bersame drivernya.
 sobss sobss. 
lalu demi untuk menutup kesedihan yang ade, aku bernekad untuk membeli sepasang sehelai seluar yang baru. oh yeahh. 

gamba diedit oleh kimi.
tapi tag harga tu mmg aku tak bukak lagi.
HAHA


selesai masalah ketiadaan seluar. so boleh la mule huha huha kat QB mall. first pusing2 cari arah dulu. agak da bosan tayang muke, aku pun menjemput rerakan untuk lepak di tepi laut sambil mankan mankan. nyum nyum. -padahal aku makan eskrem McD je .
disebabkan ramai bawak kamera, lalu aku tetap tidak melepaskan peluang untuk bersenap senap secebis dua gambar yang tak menarik. sila lihat bawah :

sekandel yang sedundun


QB =D


ooomaigadd ~


haa. melepak kat QB tu sampai lebam..agak da nak masuk senja, kitorang pun terhegeh hegeh masuk bas balik...ape lagi..cabut laa. balik PERAK. kitorang tak singgah tempat lain after QB mall. ehh ade singgah ! kat RnR bukit merah laa. untuk makan dan solat. mase tu semua muke kebulur je termasuklah saye.
bile da selesai semua urusan.. kami pun meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke tanah air..
we all sampai sekolah pada jam 12tghmalam kot. 
entah, ta ingat juga. haha. maka berakhirlaa sebuah trip yang 
PENAT BEST MACAM MACAM DAN PELBAGAI.

sebenarnye banyak lagi benda yang berlaku sepanjang hari trip tu.. just aku malas nak menaip bebanyak je.. sape yang tahu story2 yang menarik , diam diam suda..HAHA

-byebyebyee-