boleh pandang pandang

Sunday, January 16, 2011

BECOMING A NAK MUAY

konbawa ~

what about 'nak muay' ? 
haa sape tau ape itu nak muay ? angkat buntot cepat ! 
nampaknye tade sape yang angkat buntot dan tade sape yang tau.. ahaha.
okay let me story you..please pay full attention or i'll cut you into slices. HAHA

actually tadi i watched TV3...MAJALAH TIGA.. sebenarnye tak pay attention pun kat tv tu since aku tengah busy menekan nekan keyboard nih..out of the blue, aku terdengar Nurul Syuhada something (tak ingat nama penuh beliau) tu menyebut perkataan MUAY THAI and NAK MUAY disertai oleh bunyi seperti 'hiyakk !!' dan 'huhh !!'.. aku pun jadi curious la.. natang ape yang minah tu duk hiyak hiyak kan.. jadi tanpa membuang masa aku pun mengangkat kaki lalu menuju ke TV yang sedia terpasang sejak siang tadi (aku tinggal sorang, takut sunyi) . rupa rupanya, malam ni majalah3 buat story tentang MUAY THAI.. fuuu sangat menarik perhatian aku la..serius cakap, aku terus biaq laptop aku terpasang sorang sorang kat depan tu dan terus memberikan sepenuh perhatian terhadap majalah3 tersebut..malangnye aku ta tgk dari start tentang muay thai tu..maknenye ade la babak babak menarik yang aku dah terlepas dalam majalah3 tu..so, untuk melengkapkan pengetahuan tentang muay thai yang aku minat ituh, aku pun mensearch di hintenet..

berdasarkan Urban Dictionary :

Actually muay thai kickboxing is not known for speed at all, but actually the shear power that comes from each blow. If the moves happen to be fast its because a dude who IS fast is useing them. Muay Thai is called "the science of eight limbs" because the hands, elbows, knees, and legs are used to strike the opponent. Anyone not smart enough to realize an elbow or knee to the gut is gonna fuck you up is a retard. Don't believe me? Next time your beating the shit out of someone 30 pounds lighter than you let the kid elbow you in the face or neck before you hit him. He might just end the fight right there. Heres some stuff I copy and pasted from wikipedia, a source that I trust.

-Because of the power involved with Muay Thai techniques, fighters do not often block strikes like in other martial arts. Fighters prefer to evade attacks by stepping out of range or moving toward their opponent in order to buffer techniques such as kicks.

Though the high kicks to the head appear spectacular during a competition, insiders of the sport claim that the elbows and the knees are most damaging -- sometimes deadly.

The low kick uses a circular movement of the entire body to kick the opponent's leg with the upper part of the shin. When not correctly defended against, this technique often leads to the end of the fight, as the opponent can not stand anymore after a few low-kicks. -

getting hit with a shin kick from a Muay Thai fighter is often likened to being hit by a baseball...

wah ~ so cool huh ? seperti yang dinyatakan, pergerakan dalam muay thai ni banyak menggunakan tangan , kaki , siku dan lutut dalam melakukan serangan.. jadi, ketangkasan dan kekuatan dalam mengendalikan kaki , tangan, siku dan lutut sangat diperlukan untuk menghasilkan kesan yang terbaik..
NAK MUAY pulak ialah gelaran bagi seorang pengamal muay thai..jadi, bila aku da belaja muay thai nanti aku akan dipanggil nak muay..comel kan ? HIHIH.

agak sakit kalau terkena ;p

plus, muay thai ni ade banyak teknik dan meknik. agak nak menjadi seorang yang master dalam sukan extreme ni, boleh la belaja ngan sifu sifu ~

teknik dan meknik nya.

banyak kebaikkan dapat kita perolehi jika kita menjebakkan diri dalam dunia muay thai. sebagai contoh, dalam majalah tiga tadi , seorang nak muay Malaysia memberitahu bahawa sebelum menjadi nak muay, dia merupakan seroang budak yang liar, atau pun mat rempit ( bukan aku yang cakap eh, dia yang cakap) . mak bapak die pun cakap after masuk muay thai die jadi anak yang baik, dengar cakap dan bla bla bla..kira macam muay thai dah ubah hidup mamat tu la.. masa lapang die tak lagi disia-siakan memandangkan mamat tu tak habis sekolah and become a mat rempit before this.. lebih membanggakan, mamat tu merupakan satu satunya peserta dari Malaysia mase ade tournament kat Korea.. merase la mamat tuh jejak kaki kat tanah kelahiran boypren aku..ahaks. selain dari tu, muay thai ni benefit nye ialah dapat menanam sikap hormat menghormati dan gigih tanpa mudah berputus asa dalam jiwa pengamalnya..to make it short, muay thai boleh membentuk jiwa seseorang , disamping menjadikan tubuh badan lebih sihat menawan dan bertenaga..
namun begitu , sukan ni still ade disadvantage dia.. seperi yang kita ketahui, sukan ini boleh menyebabkan kita tercedera kalau tak berhati hati ; baik semasa membuat latihan ataupun ketika tournament.. well, sendiri punya badan, sendiri punya ingat la kan..pandai pandai la jage supaya tak cedera kan..

aku sebenarnye dah lame berniat nak belajar muay thai..kat Malaysia kalau tak silap lebih dikenali sebagai tomoi..ade kawan kawan aku yang belaja tomoi..aku siap tgk lagi diorang fight haritu..perhhh memang berdarah la wa cakap lu..sian member tuh..haha. tapi bila aku suarakan keinginan aku nak join muay thai nih, mak aku larang sekeras kerasnye. retak jugak la hati aku time tu..semangat gile tau dak..last last terpakse simpan dalam kotak hati je niat murni tersebut..haha
tujuan aku nak belaja muay thai ni takde lain ; nak kurus dan tegapkan badan.. jangan buat buat tak paham plak..aku ni kan chomel sket..lemak ramai.. so kalau boleh aku nak bina muscle supaya lebih hensame.. baru la ramai awek jatuh hati kan.. =.=

 nice kan ? haha

erghh cam haram !

well, kalau nak jadi nak muay tapi takde jati diri dan semangat yang unggul, baik korang hentikan la niat korang tuhh..baik pi tanam sayur kat belakang umah, boleh gak jual kat pekan sabtu..HEHE

p/s : teringin gile nak body six pack. auwww !

Thursday, January 13, 2011

TUNGGAKAN AKHIR

moshi moshi ~

now I come back. haha. actually aku nak post tentang my BLOG RENOVATION : APE YANG BAKAL BERUBAH DAN TELAH BERUBAH, seperti yang telah aku statekan di dlm entry yang lepas lepas (sini) . banyak benda yang aku dah ubah. macam macam benda. blogie yang pernah menjadi huduh ini telah aku makeup and touchup supaya lebih menawan. aku tukar layout, aku letak tu, letak ni. kalau boleh segala macam benda aku nak letak. namun apakan daya, aku malas nak mengerjakan semua tu. haha. gambar gambar yang cam langau pun ade aku tempek kat page ni. cube korang jeling sebelah kiri blogie nih, haa nampak kan ? wajah wajah momok saye yang begitu indah. HEHE. then aku sumbat MPTiga dengan lagu yang bertajuk SUNGAI LUI dendangan AIZAT. awalnya aku nak letak lagu husband in future aku, ENCIK GD tapi takde laa pulak lagu beliau yang aku suke. so aku bedal la lagu AIZAT nih, but not bad la kan lagu die ? tenang otak aku mendengarnye. harap u all pon tenang gak. ngee. errr lagi ape eh yang aku letak kat sini ? aku pun dah tak ingat dah. korang ade mate kepale telinge korang sendiri so gunakan advantages tersebut untuk menilai blogie ku ini. aku cuma nak tau satu benda je, CANTIK ke COMEL page ni ? jawapan lain aku taknak ! haha. 
okeylah, malas nak post panjang. bukan best pun . harap ade la comment comment membina dari pihak pembaca perihal blog ini supaya aku boleh membuat penambahbaikan. 

selamat malam dunia, aku pergi mati dulu ye. *mati kejap je pun 

TUNGGAKAN PERTAMA

HAJIMEMASHITE !

helo helo sound check one two three ~

ha, aku kini kembali beraksi. lebih padat dengan stunt stunt yang menarik dan pelbagai ! saksikan lah ~
 ah ngarut ape la ni nina.. okey okey, jangan merapik. straight to the point lah. INI ENTRI TERTUNGGAK, harap maklum. tak elok mengarut sangat nanti busan.
berdasarkan posting aku yang lepas, aku nak story tentang PEMBUKAAN SEMESTER BARU PENGAJIAN DI USDARY. Jadi, ini lah masa nya. *walaupun bukan masa yang sesuai sebenarnye sebab banyak keje tunggak tunggak dan tambun tambun nak disettlekan.

The story begins apabila tarikh di kalendar menunjukkan sudah tibanya 3 JANUARI 2011 dimana para school students akan memulakan semula persekolahan yang ditinggalkan selama sebulan plus plus. seperti bebudak lain, aku pun same excited nak jadi budak sekolah balik. bahaha. so ahad malam tu aku pun setting bagai barang barang aku. uniform, stationary, beg, shoes. all complete. hari pertama perlulah sempurna, kalau tak nanti seluruh tahun persekolahan tu mest jadi something wrong sebab first day takde preparation yang lengkap kan..aku tau lah..TAHUN INI ADALAH TAHUN KE-7 AKU BERGELAR PELAJAR sekolah menengah. pahit manis kelat masin zaman bersekolah smua aku da telan, dan hirup sampai kenyang dan terbuntat buntat. so, pagi isnin tu awal awal lagi abah aku dah gegar pintu mahligai gelap aku. agak tension la sebab beliau gerak awal sangat walhal aku da setting mase aku cukup cukup. eh, mesti ade yang pelik sebab UPPER SIX student cam aku masih lagi memerlukan khidmat orang lain untuk bangun dari tidur kan ? haa kalau nak tau aku memang susah nak bangun kalau nak pegi sekolah..bukan takleh bangun sendiri..tapi asyik delay je..kunci jam beria je 5.30 pagi...tapi delay delay punya pasal demi nak sedapkan tidur, jam 6.30 belum tentu aku dah celik. haha teruk cekala. ape jenis umat la aku. then kalau da bangun tu, aku continue la ape yang patut seperti mandi, solat dan berbagai bagai. siap semua, terus pecut ke sekolah ~

Hari first sekolah, everything berjalan dengan lancar..macam hari hari yang biase..hari isnin ade perhimpunan rasmi..dan aku bersyukur sebab aku bukan MC yang bertugas pada hari isnin. hoho. after assembly, naik ke kelas dan memulakan pelajaran seperti biase. lahaii, hari pertama dah start perah otak bhaii. cikgu takde yang miss masuk kelas. rase cam bukan hari first sekolah je pulak. bukan takat tu je, cikgu siap bagi bekal homework lagi untuk santapan di rumah. NIKMAT NIKMAT ~
Then, the second day.. havoc sikit. sebab after assembly ade mesyuarat agong pertama bagi UNIT BERUNIFORM kalau tak silap. so lepas bersurai je majlis perhimpunan, maka umat umat DARY pun semua kelam kelabut mencari arah unit uniform memasing. dan aku masih lagi setia menjadi seorang PENGAKAP yang 'selalu sedia' . well, aku berpegang pade kata kata 'once a scout, forever a scout' . makanya , aku takde la bersusah payah memikir nak join ape..hehe. seperti biase la mesyuarat agong, akan diadakan election untuk AJK AJK tertinggi untuk organisasi tersebut. tak perlu story banyak tentang election, cukup la aku bagitau bahawa Encik Pengerusi ialah WAN AMEER, dan aku yang huduh ni jadi Vice Presidento. manakala setiaberusaha pula ialah cik FATIN BELLA yakni awek aku. AJK AJK lain aku tak berape hingat. maap le eh. huahua. 
aha, the third day pulak, kita ade mesyuarat agong persatuan dan kelab.. berbeza ngn semalamnye, hari selasa tu aku dan beberapa teman lain memang lintang pukang cari persatuan ape nak join. wahaha. aku tengak keaddaan time itu seperti sedang berlaku armagedon ( spelling salah kan ? ) . ramai gila budak berebut kelab n persatuan sebab limit setiap persatuan ialah 60 ORANG. padan la semua berebut, takut takde kelab. haha. aku pulak terkuntang kanting kat tengah tengah dataran kejat. nak join ENGLISH SOCIETY tapi tiade geng. walao. nak tak nak aku bedal jela kelab itu. tapi yang lawak nye, form6 student yang join english club HANYALAH 4 UMAT. and wan ameer is the one and only boy in the club. LOL. cacat sungguh la. dah sah sah comunity kecik kami ni tak berape terlihat oleh penasihat penasihat kelab. haha. yang paling penting ialah, english club ni ade 3 ORGANISASI. firstime jumpe kelab yang akan melantik tiga president, vice and so on. haha. well sebab kami 4 orang je, terpakse la kami create organisasi kami sendiri yang terdiri daripada president , vice , secretary , and bendahari. haa pandai pandai la kitorang lantik diri sendiri untuk jawatan ape nak. and aku pun memilih untuk berkhidmat sebagai SECRETARY yang pemalas. haha.
hari khamis yakni hari keempat sekolah, diadakan pulak mesyuarat untuk kelab permainan. dengan bangganya aku nak mention kat sini bahawa kami warga UPPER SIX telah mengqonquer KELAB BULA TAMPAR. hahai best shiakk. ramai form6 join kelab nih, especially boys. memang harmoni je mesyuarat kitorang sebab mulut mulut bising budak upper six boys nih. tambah plak Mr. Sam yang conduct the meeting. memang mengarut jela yang banyak. haha. so keputusan mesyuarat ialah aku berjaya menang majoriti undian untuk jawatan PENOLONG BENDAHARI. hahaha sape la yang suggest name aku tuu. malang la sebab duit aku pun tak termanage. haha teruk teruk. 
the last day of the first week, berlalu seperti biase. masuk kelas and belaja like usual. yang penting homework tetap ade. itu yang best. hahaha. takpe, last year jadi high-schooler. next year tade peluang dah. ni la last and the last and the last last last. HAHAHA.
hari sabtu hari cuti. da name pun hari cuti, lokasi percutian aku ialah LUMUT. last saturday, 8 JANUARI 2011 aku ngan friends pakat pegi lumut untuk survey and plan holiday HC CREW ke pangkur nanti. naik si kancil yang tidak asing lagi , aku bersama CAPIK , WAN, EKIN and FATIN berjuang untuk mendapatkan maklumat tentang pangkur. haha best gak lah. sebab aku sempat singgah maxis center setewan untuk renew simkad aku yang hilang itu. haha. manakala hari ahhad pulak aku pegi majlis pertunangan KAK ADA. lepak umah beliau sampai lebam kemudian pulang kerumah dengan letihnya. 
kemudian isnin pun kembali lagi. seperti sebelumnya, semua aktiviti berjalan seperti biase. cuma this second week, bermula dari hari isnin sampai khamis , aku pulang petang. sebabnye start jam 2.30 PM , ade kursus kepimpinan untuk para pengawas dan ketua kelas. haihh busann. terpakse redhoo. 

actually dalam minggu pertama tu pengawas ade aktiviti bawak budak form1 pusing sekolah untuk orientasi. tapi ta ingat hari ape. haha. and mesyuarat pengawas sekali. pun aku tak ingat bila. aku pun tatau laa ape nak jadi ngn otak slow aku nih. tak sihat betul laa. hmm. 

okay, sekian untuk dairy mingguan. wassalam. =)

Saturday, January 8, 2011

the first of 2011

Assalamualaikum, hello, konnichi wa and so on..
Hua, it has been a while i tak update blogie. Berape lame dah laman blog ini tidak diusik ya ? Anybody miss my nukilan ? harap harap takde. Yela, blog huduh lagi membingungkan ni sapela nak layan sangat kan..bukan ade benda best pun. Hakhak.
Actually bila dah mule nak mengupdate ni, banyak benda nak dishare sebenarnye. Tapi disebabkan terlalu banyak isu yang ingin dibangkitkan, maka saya telah terdorong untuk menyenaraikan beberapa perkara yang ingin saya sampaikan disini (walaupun mungkin takkan sampai kepada sape sape pun). Berikut adalah isu yang ingin diketengahkan :
1 ) kehadiran tahun baru.
2 ) pembukaan semester baru pengajian di USDARY.
3 ) blog renovation ; apakah yang bakal berubah dan telah berubah?
Ya, sebenarnya tak banyak benda nak diketengahkan. Korang kena tipu je. Haha. Tapi sebab aku ini seorang yang berotak complicated dan kadang kala mengalami masalah amnesia seperti MIA dalam drama tv3 tu, maka aku terpaksa mensenaraikan mana mana perkara yang ingin dikungsi bersama my beloved readers (itupun kalau ade reader).
+++++++
1 ) KEHADIRAN TAHUN BARU
Okay, lets start with our first issue. now i would like to share some stories about my NEW YEAR ; 2011 . but before i start babbling stupidly about KEHADIRAN TAHUN BARU ini, anda dinasihatkan supaya tidak menumpukan sepenuh perhatian kerana berkemungkinan besar anda akan mengalami simptom simptom kebosanan sebab banyak yang merepek dari yang best. Okay ?
Huah, Januari kembali lagi. Ya, Januari untuk tahun 2011. Di saat blog ini sedang diupdate, sudah LAPAN hari kita menjalani kehidupan yang baru di tahun yang baru. Pada hemat saya, masih belum terlambat untuk saya berkongsi beberapa perkara tentang hadirnya tahun baru 2011 ini (ayat kalau boleh nak skema je). Untuk pengetahuan anda, aku tidak menyambut tahun baru seperti kebanyakkan orang lain, iaitu pergi ke kota kota dan tempat tempat yang menganjurkan pesta menyambut tahun baru. Kat Perak ini kalau tak silap aku, dorang sambut new year kat LUMUT and IPOH. Kat tempat tempat lain tak tau la plak aku. Berdasarkan pengalaman teman teman yang keluar to overnight sambut tahun baru di IPOH and LUMUT, tempat tersebut sangat sesak dan mesak dan jem dan roti dan kaya semua ada. Orang ramai berpusu pusut , bersempit sumpit, dan macam macam lagi. So sory to say la, aku malas nak luangkan masa terbuang aku dengan memvisit tempat camtu, dengan makhluk yang ramai. Boleh mati sesak aku disitu.
Okay, disebabkan aku tak pegi mana mana malam tahun baru, maka secara rasminya aku menyambut kelahiran 2011 di dalam rumah aku, lebih khusus lagi di atas katil dalam bilik gelap tempat aku bersemayam. Jam 10 lebih aku da masuk bilik kunci pintu dan berselubung bawah selimut. Tapi pelik, mata aku susah sangat nak pejam. Ala ala ade letak mancis kat mata untuk mengelakkan mata daripada tutup. Dari jam 10 tu aku golek kiri dan kanan, atas dan bawah. Dari hujung katil sampai ke pangkal katil. To make it short, setiap inci katil tu aku lanyak sebab tak leh tido. macam macam aku buat supaya tido, contohnya menonton movie yang ade dalam laptop ( selalunya baru 5 minit aku bukak movie tu mate aku dah tutup separuh ). Selain dari itu, aku ade jugak menggunakan kaedah ‘termenung di tepi tingkap memandang ke langit’ yang kebiasaannya membuahkan hasil sebab angin malam yang menyapa ke wajahku membuatkan aku menantok lalu terpejam dalam keadaan duduk bersila. Namun begitu, aku still terbeliak dan cergas sampailah jam nak dekat pukul 12 tu baru mata aku layan nak tido. lalu dengan bahagianya aku pun terlelap....
Tetibe, mase aku baru nak merantau ke seoul dalam mimpi, aku terdengar suara lunak pakwe aku, encik GD yang berlagu riang menandakan ade mesej masuk kat handphone. Disebabkan aku ontheway nak pegi seoul, malas la aku layan khidmat pesanan ringkas tersebut. Aku pun biar je encik GD nyanyi sorang sorang sampai die senyap. Lalu aku pun meneruskan journey aku ke kota korea itu. Namun, tidak lama kemudian, encik GD bersuara lagi. Malah, beliau berulang ulang kali menyanyi membuatkan aku fedup. Lantas, dengan perasan menyampah yang penuh didada, aku pun membuka inbox untuk menghentikan GD dari melalak. Beserta dengan sumpahan seranah aku membaca mesej mesej yang disend kepada aku. Alahai ~ rupenya mesej member member yang duk kelam kabut ucap selamat tahun baru..aku ingatkan ade pesanan penting seperti ‘GD NAK DATANG BANDAR U’ atau ‘ESOK GD AJAK KAU LUNCH’. Hadui...tindakan teman teman yang mengganggu lena ku telah menyebabkan mata aku terbeliak terbelalak semula tanpa dapat disangkal lagi..lepas reply sikit sikit mesej tersebut, aku pun mengsilentkan handphone and berbaring sambil memandang ke atas.. all of a sudden, aku teringat bahawa kita dah masuk ke alam 2011. Hah, tidak semena mena, terlintas perkataan STPM dalam pale hotak aku.. argh, mengapa mesti STPM menjadi perkara pertama yang melintas di jalan raya mindaku pada detik detik awal kelahiran tahun baru ??!! apakah motifnya ? huwaaa.....aku bakal menduduki STPM laa tahun ini..iskh..iskh...mengapakah....mengapa.................
ha, setelah beberapa saat meratap dan memikir pikir tentang STPM, aku pun menolak ketepi untuk sementara waktu isu exam tersebut. Dengan penuh semangat , aku mula merangka tahun 2011 aku..satu persatu azam dan tekad mula disusun..pelbagai perkara memenuhi kotak fikiran aku pada saat tersebut. In short, aku nekad untuk berusaha memenuhi azam dan kemahuan aku untuk tahun 2011.. antara azam aku ialah :
1-     Sudah semestinya aku nak score the best STPM nanti..dah sah sah aku nak dapat 5A untuk 5 subjek yang aku amik..takkan tak tau lagi. Ahaks.
2-     Aku nak make sure aku dapat band tertinggi dalam MUET. Eventhough english aku seperti english budak darjah 1, aku akan fight habis habisan untuk mengalahkan teman teman seperjuangan yang hebat, terutamanya WAN AMEER. ( siap kau wan ! )
3-     Aku nak jadi the best student, yakni student yang disayangi encik dan puan guru..sebagai langkah permulaan, aku CUBA untuk mensiapkan HOMEWORKS yang disedekahkan oleh cikgu cikgu walaupun selama hampir 13 tahun aku bergelar pelajar, aku tak pernah siapkan homework aku sepenuhnya..TAHNIAH KEPADA AKU.
4-     Aku nak bergiat aktif semula dalam bidang bidang kokurikulum yang dah hampir setahun aku tinggalkan selepas habis form5 dulu..bosan hidup kat sekolah kalau tak join ape ape aktivity..rase cam mayat hidup yang pergi sekolah hanya untuk mengkaut ilmu sebanyak mungkin tanpa menghiraukan perkara lain. BOSAN BOSAN.
5-     Aku nak join balik KELAB MENENDANG DAN MENUMBOK yang pernah merekrut aku suatu ketika dahulu..antara objektif aku nak join kelab tersebut ialah untuk mengkuruskan badan dan membina semula otot otot pejal yang telah ditenggelami lemak..selain itu, aku juga merasa rugi kalau aku join separuh jalan je..aku nak jadi master..baru orang gerun..hahak.
6-     Aku nak SELIMKAN TUBUH..ya, aku sekarang adalah GEMOK. Gemok gemok gemuk dan demuk. Aku dah mule rimas dengan badan yang lembik dan berlemak macam sekarang ni..tak fit langsung..tapi, kali ini aku takkan guna cara ‘tahan perut’ macam dulu sebab aku telah diisytiharkan menghidap gastrik secara rasmi oleh mak aku yang merupakan pembantu pegawai perubatan Hospital Changkat Melintang yang telah pencen. Sekali lagi, tahniah kepada aku yang dah ade hobi baru iaitu muntah. Semoga aku berjaya mengembalikan bentuk badan idaman dengan cara yang sihat. AMINN..
7-     Last but not least, aku nak rancang and susun balik aktiviti harian aku..aku nak hidup aku berjalan lancar tanpa sebarang masalah..aku akan susun semula jadual untuk aku basuh baju (walaupun tinggal ngn parents tapi aku basuh sendiri baju aku) , main masak masak ( nak mantapkan lagi skill memasak yang tak pernah mantap ) dan juga mengkemas rumah yang selalu jadi tongkang pecah..
Setelah selesai membina azam, aku pun secara perlahan mula tertidur..dengan itu, berakhirnya hikayat malam tahun baru aku..
Keesokkan paginya, aku bangun dari tidur pada jam 7.30 pagi. Awal kan aku bangun ? pada hari sabtu yang mulia, bersamaan dengan SATU JANUARI DUA RIBU SEBELAS, aku dan rakan rakan telah merancang untuk outing bersama. Dan kerana itulah aku telah membuka mata lebih awal dari biasa. Bersama sama dengan CAPIK NIJAM, WAN AMEER, INTAN TAMAKI dan seorang lagi peserta yang menyertai pada saat saat akhir, ATA@AZHAR, aku pun bergerak ke IPOH dengan objektif ingin bershoping shoping kelengkapan persekolahan yang langsung aku tak prepare. Kami pegi naik sikancil yang disponsor oleh encik capik. Namun begitu, duit minyak 95 peratus aku yang bayar, dan aku telah dilantik menjadi driver.
Destinasi kami ialah IPOH PARADE. Berbekalkan map IPOH yang ade dalam pale aku, disamping pengalaman memandu ke IPOH bersama MAN, ZANY, and NIZAR suatu ketika dahulu, kami selamat tiba di parking lot IPOH PARADE pada jam 11++. Sampai sana, terus booking ticket wayang. Then, sementara tunggu wayang start, kami breakfast kat foodcourt dulu.. kul 11.50 kami masuk hall 1 untuk filem GULLIVER’S TRAVEL. Comment aku untuk filem ni ialah :
-Takla best sangat..biase aje. Ade part part yang buat aku senak perut gelak..nak story banyak pun tak best, kalau nak tau korang g tgk sendiri..hehe..so, aku bagi 4 BINTANG untuk filem ini.-
Habis tgk wayang, kami pun mulakan aktiviti membuang duit..every outlet dan kedai kedai yang ade, aku masuk. Objektif memang nak beli barang sekolah..tapi ape salahnye selitkan aktiviti lain..haha. aku beli beg sekolah kat pasaran gelap IPOH PARADE..sape selalu keluar ngn aku tau la ape pasaran gelap tu.. then stationary and files and lain lain keperluan aku beli kat POPULAR..you know what, lepas shoping kat POPULAR kitorang decide untuk ke UO sebab kasut sekolah aku nak beli kat UO..tetapi yang menjadi suatu misteri hingga sekarang ialah tragedi kehilangan duit baki aku shoping kat POPULAR sebanyak rm23++ yang secara tibe tibe lesap..aku malas nak story banyak, sebab malas nak fikir..aku anggap duit tu bukan rezeki aku jela..haha. then kami pun pegi la huha huha kat UO plak..settle urusan kat UO, kami mule bergerak untuk mencari tempat santapan..mase dalam kereta, macam macam suggestion yang keluar dari mulut dorang.. nak makan itu la ini la..sebagai driver yang dah mule pening lalat, aku rase nak bagi dorang makan penerajang aku sebab banyak songeh..haha. last last kata sepakat pun dicapai..we all decided untuk makan di PENGKALAN, restoren PERIUK BESAR something. Aku tak ingat name kedai tu. Tapi foods and drinks die not bad. Sedap. Aku bagi 4 BINTANG SETENGAH untuk restoren yang terletak di belakang TESCO itu.
Then habis makan makan kami pun pulang..eh, sebelum pulang, shoping lagi kat ring ring one kejap..terserempak ngn mak aku..alahai terkantoi plak yang aku drive ( aku tak dibenarkan drive sebenarnye , selepas aku jatuh moto time cuti sekolah baru baru ni ) . so after membuang duit di situ, aku pun meminta diri untuk pulang..dalam hujan yang lebat itu, aku berjaya sampai ke rumah pada jam 7petang lebih kurang..tamatlah perjalanan huha huha kami pada hari pertama tahun 2011.
Malam hari petama 2011, tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan mengetest barang2 yang aku beli..after that, aku pun memasuki kamar indah untuk beradu...keletihan yang teramat sangat menyebabkan aku tenggelam dalam dunia mimpi dengan begitu pantas sekali..begitulah lebih kurang aktiviti aku pada 010111. Sekian. Hihi.
So, sempena dengan tahun baru yang dah masuk hari yang ke-8 ini, aku dengan hati yang terbuka ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN 2011 kepada sape sape yang memberanikan diri membaca blog huduh ni...eh, aku tertinggal satu perkara..ade satu lagi azam tak rasmi aku yang lupa nak dikungsi besama.. DENGAN INI SAYA BERASA BANGGA UNTUK STAY single mingle TANPA GANGGUAN PERASAAN BERSEMPENA DENGAN KEMALASAN AKU UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM BIDANG cinta.. mari kita lihat sejauh mana dan selama mana aku mampu untuk menjadi ibu tunggal tanpa anak untuk tahun ini..aku ade sebab sebab tersendiri kenapa aku malas involve in love..kepada insan insan yang berasa kecewa ngn aku, aku mintak maaf okay ? lets try next time. Pfftt..
Okay, nina-chan dah settle babbling about the new year. Sekiranya ade perkara yang anda masih tidak jelas atau tidak faham, anda boleh kemukakan soalan anda straight to me. Gunakan apa apa medium yang ade untuk bersoal jawab. Tapi rase nye takde kot orang nak tanye ape ape. Hehe.
Oh, untuk isu seterusnya yang telah aku senaraikan, nanti nantilah i taip ye. For now, ini je yang aku mampu. Lagipun nanti aku post panjang panjang sangat bosan plak jadinye. So, mana yang ade jelah ek ? lagipun mana ade orang bace blog aku nih. Haha
sekian sahaja repekan untuk kali ini. Saya akhiri penaipan saya dengan salam sayang rindu dendam dan salam tahun baru.
AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU !!!!