boleh pandang pandang

Saturday, March 26, 2011

aku janji ~

aku janji ~
pada mu ~

bla bla bla.

sape tengok cerite 'begitulah cinta' yang ditayangkan petang petang kat tv3 tu ? aku cube menaip bait-bait lagu theme drama tersebut namun aku gagal. haha

assalamualaikum ya habibi ya maulana dan juga unta ~

hua, tadi siang ade majlis mesyuarat PIBG and ukurjanji akujanji. ade sesape yang tak reti akujanji tu natang ape sila kentut kekuat ! oke, takde sape kentut. saye anggap anda tahu okey ? hehe. camni la, to cut it short, akujanji tu gunanya untuk para student yang bakal menghadapi EXAM seperti PMR SPM and STPM untuk memperagakan ibu bapa masing masing di hadapan guru kelas. (nyata sekali tidak tepat ayat ini). 

apabila tiba hari akujanji, para anak anak akan mengusung ibu bapa memasing untuk dibawa bertemu dan berinterview dengan guru kelas mereka memasing. namun begitu, seperti yang sering dijangkakan oleh geguru, terdapat ramai pelajar yang agak malu malu nyamuk untuk membawa ibu bapa mereka. terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. sebagai contoh, para pelajar berkemungkinan besar berasa takut sekiranya ibu bapa dan guru mereka bergabung untuk membincangkan hal ehwal mereka. para pelajar akan berasa resah, takut-takut kalau rahsia mereka samada di rumah atau di sekolah akan dibocorkan oleh ibu bapa dan guru. sekiranya perkara itu berlaku, pastinya pelajar tersebut akan dihentam habis habisan dan bakal dijadikan bahan gelak ketawa oleh rerakan mereka. sehubungan itu, pelajar seperti ini mengambil inisiatif dengan memberikan beribu dan mungkin berjuta alasan kepada ibu bapa penjaga mereka supaya mereka tidak perlu hadir ke majlis tersebut. malahan ada juga pelajar yang langsung tidak menyerahkan surat pemberitahuan majlis akujanji tersebut kepada penjaga mereka. maka timbullah isu IBU BAPA TIDAK PRIHATIN terhadap pelajaran anak anak. walhal, anak anak sendiri yang membuat onar. 

dalam kes aku tadi, aku dengan getarnye bawak mak aku
 ( eleh tipu je, tak gentar pon !)
pada jam 9 pagi, kami bertiga ( adik aku sekali, form3) pegi sekolah. first sampai , aku suruh mak aku pegi dewan, dengar ceramah PIBG tu dulu. aku pulak cadang nak pegi pekan sabtu, tapi terpaksa batalkan sebab hujan. terpaksa le memerap dalam kelas. 
short the story, pada jam lebih kurang 11 pagi, majlis akujanji pun start. naiklah kami ramai-ramai ke atas pentas. majlis dimulakan dengan ucapan mendayu dayu dari cikgu sarah selaku pengacara majlis. beliau telah berjaya membuatkan beberapa ibu bapa yang aku nampak kat depan aku, menitikkan air mata. aku tak nangis eh, sebab busy halakan wajah fotogenik aku ni ke kamera si ecah, yang mana seboleh-bolehnye nak ambik gambar setiap helaian bulu hidung aku. after finish cikgu sarah dan sesi tangisan nye, wan izmeer selaku KAYYU (KU) pun dijemput untuk mengetuai bacaan ikrar yang panjang berjela jela. berdasarkan ape yang wan bagitau, beliau mengeletar mase pegang mikofon walopun beliau telah praktis depan aku selama beberapa baris ayat sebelum majlis bermula. biase le tuu, darah manis.. eh bukan, darah gemuruh.. 

cikgu marina selaku guru kanan hal ehwal murid telah berpesan kepada kami semasa rheasel semalam. beliau kata, beliau akan doakan semoga anak-anak yang berikrar dengan sepenuh hati akan mendapat kejayaan dalam peperiksaan nanti. maka dengan itu, aku pun nak mendapat barakah doa seorang guru tersebut. lalu, ketika ikrar dilafaskan, aku mencuba sedaya upaya saya untuk melafaskannya seikhlas mungkin. walaupun fatin (beliau berdiri sebelah aku ketika ikrar) kate beliau tak dengar pun aku menyuarakan ikrar tersebut. so saddd. mungkin kerana aku tak sebut kuat sangat kut. plus, ade beberapa perkataan yang aku tak dengar.
SALAHKAN WAN IZMEER ! teheeee.

settle berikrar, pelajar semua dibenarkan tarik mak bapak memasing bawa jumpe guru kelas. aku pon beratur panjang le tunggu turn untuk ditemu dan dibual oleh Puan Lina, my sweet classteacher. after beberapa menit, tibalah saat aku disoalsiasat.

'' Lahhhh haslina ni anak akak ni ke....'' kata cikgu lina kepada puan jamaliah. 
maka mereka pun bersalaman serta bersoreh. saat yang bosan ye wahai kawan kawan. 
cikgu lina pun mule le bukak sejarah aku.. tanye sal akak aku yang takde kena mengena ngn akujanji ni laa. aku redha jela. takkan nak letak tanda noktah tetibe plak kan. layan saje.
mak aku dan cikgu pon sembang rancak le berdua.. ape lagi, cite sal aku lee.. cikgu tunjuk markah exam aku tahun lepas..dan sebagainya.. yang paling penting, cikgu macam pertikaikan pulak target yang aku letak untuk STPM2011 tu. salah ke aku target markah 90 untuk semua pelajaran ? 
tak salah kut. hee.
abis crite crite, tiba mase untuk sain. cikgu hulurkan pen, aku sambut. sain laju laju. dan kemudian turn mak aku sain lak. abes je sain, terus salam cikgu dan cabut lari. 
and the best thing is, aku tak kena pun berikrar depan cikgu and mak aku cam budak lain kena buat ! haha. amatlah lega kerana tidak perlu tersengih sengih berikrar face to face ngn mak and cikgu. wuahahaha. tak tau la kenape aku tak kena. mungkinkah sebab aku kiut ? oh tidak. haha

habis akujanji, kami bergerak ke rumah makcik timah yakni pengasuh aku kecik kecik dulu. anak beliau kawin. aku dengan comelnye datang kenduri dengan baju sekolah. serius tak seronok ! mesti orang ingat aku baru darjah tiga, kan kan kan ? okey, kenyang perut, kami pun pulang dan rehat.

begitulah ceritenye. hari yang kenyang. enak sekali dapat makan macam macam benda harini. rase bahagia sangat sangat ! hagagaga.

- esok insyaallah aku pindah duk rumah opah aku. kenape pindah ? nanti la story. nak bungkus baju =)

Wednesday, March 16, 2011

OPPaH

moshi moshhhhi ~

hari isnin lepas, granny aku lepak umah aku. tanpa aku sangka. yea, aku memang tatau ape-ape. bila aku bukak je pintu rumah nak masuk, tengok-tengok ruang depan umah dah dimodified. oppah aku sedang duduk di atas wheca (wheelchair) nye yang sangat kiut. oh my, kenape takde sesape inform aku opah datang rumah ? kalau aku tau tadi boleh lee aku beli KFC ke pizza ke untuk beliau. hahaha

actually opah aku stay one night je kat rumah aku. sebab rumah die tengah renovate. jadi pakcik aku pun hantar la beliau ke rumah aku. yela, mane lagi opah aku nak pegi. anak nye ade 2 orang je pun. 
petang tu rumah aku havoc gila. dengan rogayah , maimunah, saodah, senah semua ade. ibarat ade pesta. itu yang selalu berlaku kat rumah aku setiap hari isnin dan rabu. sebab akak ipar aku yang otak tak berape betul tu pegi pasar malam and tido rumah aku after that. kadang kadang die bawak adik die sekali. jadi penuhlaa anak anak dara kat rumah no39 tu.
yang paling best petang tu ialah acara kerusi roda. hahaha. aku tak tau kenape aku dikurniakan kakak and sis in law yang otak mereng. ade ke patot, dorang g main kerusi roda opah aku ? hahaha. sengal la mereka. sorong sane sorong sini. sorang sorong sorang naik. yang ade anak tu, dengan anak die sekali nyempit atas kerusi roda tu. dah macam gerabak kereta api dah aku tengok.
the best part is, kak ipar aku main wheca tu dgn anak die. die buat bunyi 'vrum vruumm'.. opah aku plak ngekek ngekek gelak ibarat momok. hahaha. pastu, mak aku balik dari mengaji. mak aku masuk je rumah, terus die cakap " ape benda yang bising bising tu ? sampai ke hujung jalan sane dengor bunyi nye"
haa hambek kau ! haha. memng bising la cerita nye rumah aku. biase le mak, sape suruh bermenantukan hantu. hahaha. 
malamnye pulak, sesi bercerita bersame opah. haha. best gilee. opah aku selalu bukak cerite tentang ape ape saje. kadang kadang benda tu kitorang tak paham pun ape beliau cakap. kitorang duk gelakkk je. best best. tehee. malam tu pulak, opah aku tanye kelambu, nak tidor. aishhh opahh, rumah ni tade kelambu lerr. tapi kesian pulak, mesti tak best opah tidur kan, keadaan tak same cam kat umah die. 

+++++++


tadaa ! ini la opah aku kat rumah die. haha.
meh aku story sikit sal opah aku .

NAMA : EISHAH BINTI MAT TAHA
UMO : 84 YEARS OLD
TARIKH LAHIR : 27 SEPT 1927
 pernah berkahwin sebanyak dua kali. perkahwinan pertama ketika usianya 18 tahun. baru je kahwin, suami beliau iaitu LEFTENAN WAHID dikatakan telah terkorban dalam peperangan ketika perang dunia kedua. lupe nak tanye lebih lanjut. ape yang mak aku cakap, leftenan wahid tu mayatnye tidak diketemui. namun begitu, mereka tidak dikurniakan anak.
hmm kalau aku la, takleh nak bayangkan camane sedihnye bila suami jadi camtu. sobs sobss.
then, after three years, opah aku kahwin lagi. dengan seorang cikgu iaitu atok aku, encik MD YASIN. orang orang kampung selalu tanye aku " kamu ni cucu cikgu besten ye ?" aku pun blurr la kejap. pastu tny la abah aku, natang ape yang orang tu tanyekan. abah aku pun cakap la, cikgu besten tu ialah VISITING TEACHER ataupun guru pelawat. haduiiihh. itulah akibatnye kalau takde masuk kelas english education. haha.
kahwin dengan MD YASIN, opah aku dikurniakan sepasang cahya mata iaitu JAMALIAH and ABDUL KUDUS. Jamaliah tu mak aku. hee. tapi kesian, atuk aku meninggal dunia semase mak aku masih dalam perut ibunye. sedih la, aku tak penah jumpe atuk aku tu =(. aku kenal arwah melalui gambar je. mukenye cam muke along aku. hahaha.

+++++++

pagi selase, opah aku balik rumah die.. tapi sebelum balik, die bagi aku SOPLOH hengget ! hahahaha sonok nyeee sonok sonok. aku sorang je kot yang dapat duit tu. adik adik akak akak aku tak dapat pun. hahahA. JELAS SEKALI BAHAWA AKU ADELAH CUCU KESAYANGAN NYE. hahahah



- agak-agak nye, opah korang best tak ? haha

Monday, March 14, 2011

H.e.C.t.i.C

bismillahirrahmanirahim ~

dah lame tak menaip. dah tak reti nak wat intro. dah tak tau nak taip ape. dah takde interest terhadap internet. dah mule bertukar angin. 

okay, minggu cuti dah bermula. as the holiday starts, homework juga memunculkan diri. kelas tambahan turut disertakan. ade yang merungut. ade yang berkobar. namun itu semua tidak menjadi masalah besau. kerana aku semakin ghajin. (ghajin tido makan main jalan jalan)

hari hari yang telah berlalu telah dimanfaatkan dengan begitu baik sekali. almost every weekend aku tak menunjukkan muka sangat kat rumah. sabtu ahad aku berlibur. kenduri. kendara. ipoh. shopping. skirt. blaus. makan. SCORE-A. jalan jalan. buang duit. tak tentu hala. dan sebagainye. 

libur libur jugak. aku sebenarnye gemontar. MUET dah hampir. exam semakin dekat. ujian selaras baru lepas. result baru dapat sikit. dan yang paling penting result itu sangat mengejutkan. sape sangka student harem jadah cam aku dapat score BM ?
 itu semua ketentuan ILAHI. haha

hmm. few weeks before, form6 heboh dengan isu SO SI AL. ape yang boleh aku ulas tentang fenomena ini ialah, AKU MALAS AMIK PORT sangat. yelah.. benda dah lepas. salah siapa ? salah aku. salah kami. cuma, ape yang ingin aku tegaskan disini ialah benda itu tak perlu diperbesarkan. tak perlu dihebohkan. dan yang pastinya tidak perlu ditokok tambah asam garam perencah serbuk pasti sedap nye. BIARkan lah ape yang dah berlalu. it's not a big deal pun. dan para pendidik di luar sana tak perlu lah menuding jari kepada sesiapa. kami tahu kami khilaf, dan kami sudah menginsafi nye. ape yang kami buat tu, bukan under pengawasan sesiapa. kami rancang sendiri. kami tidak berniat jahat. okey, STOP.

tapi ade jugak perkara yang aku tak puas hati. banyak sangat. terlalu sarat konflik yang datang. dengan pembikinan wacana sekolahnye. problem para pendidik. masalah pendidik selesetip. masalah student bingai (cam aku). masalah serba dan salah kami sebagai warga negara pra-U. 
yang paling tak best adalah kisah kerajinan form six. bila cikgu mintak tolong, kita tolong. bila cikgu marah, kita diam. anggaplah dilemma itu sebagai cabaran untuk kita menghadapi karenah insan yang pelbagai.

aku ingat cuti ni nak spend time ngn kawankawan lame. tapi, busy. kerja menimbun tu sape nak buat ? jadi, kepada kekawan yang nak ajak aku g ranggi atau jimba, tunggu hujung minggu oke. one more thing, tolong jangan tinggalkan pesanan kat FB. aku malas layan sangat benda jadah tu. rase cam buang mase. dah jarang gila aku online sekarang. ape ape berita sila hubungi telipon aku ye.

azam kali ini, aku nak tetapkan hati. kurangkan kontrobesi tingkatkan prestasi.



-nampak sangat aku malas menaip. ayat cam gampang kan ?