Assalamualaikum, hello, konnichi wa and so on..
Hua, it has been a while i tak update blogie. Berape lame dah laman blog ini tidak diusik ya ? Anybody miss my nukilan ? harap harap takde. Yela, blog huduh lagi membingungkan ni sapela nak layan sangat kan..bukan ade benda best pun. Hakhak.
Actually bila dah mule nak mengupdate ni, banyak benda nak dishare sebenarnye. Tapi disebabkan terlalu banyak isu yang ingin dibangkitkan, maka saya telah terdorong untuk menyenaraikan beberapa perkara yang ingin saya sampaikan disini (walaupun mungkin takkan sampai kepada sape sape pun). Berikut adalah isu yang ingin diketengahkan :
1 ) kehadiran tahun baru.
2 ) pembukaan semester baru pengajian di USDARY.
3 ) blog renovation ; apakah yang bakal berubah dan telah berubah?
Ya, sebenarnya tak banyak benda nak diketengahkan. Korang kena tipu je. Haha. Tapi sebab aku ini seorang yang berotak complicated dan kadang kala mengalami masalah amnesia seperti MIA dalam drama tv3 tu, maka aku terpaksa mensenaraikan mana mana perkara yang ingin dikungsi bersama my beloved readers (itupun kalau ade reader).
+++++++
1 ) KEHADIRAN TAHUN BARU
Okay, lets start with our first issue. now i would like to share some stories about my NEW YEAR ; 2011 . but before i start babbling stupidly about KEHADIRAN TAHUN BARU ini, anda dinasihatkan supaya tidak menumpukan sepenuh perhatian kerana berkemungkinan besar anda akan mengalami simptom simptom kebosanan sebab banyak yang merepek dari yang best. Okay ?
Huah, Januari kembali lagi. Ya, Januari untuk tahun 2011. Di saat blog ini sedang diupdate, sudah LAPAN hari kita menjalani kehidupan yang baru di tahun yang baru. Pada hemat saya, masih belum terlambat untuk saya berkongsi beberapa perkara tentang hadirnya tahun baru 2011 ini (ayat kalau boleh nak skema je). Untuk pengetahuan anda, aku tidak menyambut tahun baru seperti kebanyakkan orang lain, iaitu pergi ke kota kota dan tempat tempat yang menganjurkan pesta menyambut tahun baru. Kat Perak ini kalau tak silap aku, dorang sambut new year kat LUMUT and IPOH. Kat tempat tempat lain tak tau la plak aku. Berdasarkan pengalaman teman teman yang keluar to overnight sambut tahun baru di IPOH and LUMUT, tempat tersebut sangat sesak dan mesak dan jem dan roti dan kaya semua ada. Orang ramai berpusu pusut , bersempit sumpit, dan macam macam lagi. So sory to say la, aku malas nak luangkan masa terbuang aku dengan memvisit tempat camtu, dengan makhluk yang ramai. Boleh mati sesak aku disitu.
Okay, disebabkan aku tak pegi mana mana malam tahun baru, maka secara rasminya aku menyambut kelahiran 2011 di dalam rumah aku, lebih khusus lagi di atas katil dalam bilik gelap tempat aku bersemayam. Jam 10 lebih aku da masuk bilik kunci pintu dan berselubung bawah selimut. Tapi pelik, mata aku susah sangat nak pejam. Ala ala ade letak mancis kat mata untuk mengelakkan mata daripada tutup. Dari jam 10 tu aku golek kiri dan kanan, atas dan bawah. Dari hujung katil sampai ke pangkal katil. To make it short, setiap inci katil tu aku lanyak sebab tak leh tido. macam macam aku buat supaya tido, contohnya menonton movie yang ade dalam laptop ( selalunya baru 5 minit aku bukak movie tu mate aku dah tutup separuh ). Selain dari itu, aku ade jugak menggunakan kaedah ‘termenung di tepi tingkap memandang ke langit’ yang kebiasaannya membuahkan hasil sebab angin malam yang menyapa ke wajahku membuatkan aku menantok lalu terpejam dalam keadaan duduk bersila. Namun begitu, aku still terbeliak dan cergas sampailah jam nak dekat pukul 12 tu baru mata aku layan nak tido. lalu dengan bahagianya aku pun terlelap....
Tetibe, mase aku baru nak merantau ke seoul dalam mimpi, aku terdengar suara lunak pakwe aku, encik GD yang berlagu riang menandakan ade mesej masuk kat handphone. Disebabkan aku ontheway nak pegi seoul, malas la aku layan khidmat pesanan ringkas tersebut. Aku pun biar je encik GD nyanyi sorang sorang sampai die senyap. Lalu aku pun meneruskan journey aku ke kota korea itu. Namun, tidak lama kemudian, encik GD bersuara lagi. Malah, beliau berulang ulang kali menyanyi membuatkan aku fedup. Lantas, dengan perasan menyampah yang penuh didada, aku pun membuka inbox untuk menghentikan GD dari melalak. Beserta dengan sumpahan seranah aku membaca mesej mesej yang disend kepada aku. Alahai ~ rupenya mesej member member yang duk kelam kabut ucap selamat tahun baru..aku ingatkan ade pesanan penting seperti ‘GD NAK DATANG BANDAR U’ atau ‘ESOK GD AJAK KAU LUNCH’. Hadui...tindakan teman teman yang mengganggu lena ku telah menyebabkan mata aku terbeliak terbelalak semula tanpa dapat disangkal lagi..lepas reply sikit sikit mesej tersebut, aku pun mengsilentkan handphone and berbaring sambil memandang ke atas.. all of a sudden, aku teringat bahawa kita dah masuk ke alam 2011. Hah, tidak semena mena, terlintas perkataan STPM dalam pale hotak aku.. argh, mengapa mesti STPM menjadi perkara pertama yang melintas di jalan raya mindaku pada detik detik awal kelahiran tahun baru ??!! apakah motifnya ? huwaaa.....aku bakal menduduki STPM laa tahun ini..iskh..iskh...mengapakah....mengapa.................
ha, setelah beberapa saat meratap dan memikir pikir tentang STPM, aku pun menolak ketepi untuk sementara waktu isu exam tersebut. Dengan penuh semangat , aku mula merangka tahun 2011 aku..satu persatu azam dan tekad mula disusun..pelbagai perkara memenuhi kotak fikiran aku pada saat tersebut. In short, aku nekad untuk berusaha memenuhi azam dan kemahuan aku untuk tahun 2011.. antara azam aku ialah :
1- Sudah semestinya aku nak score the best STPM nanti..dah sah sah aku nak dapat 5A untuk 5 subjek yang aku amik..takkan tak tau lagi. Ahaks.
2- Aku nak make sure aku dapat band tertinggi dalam MUET. Eventhough english aku seperti english budak darjah 1, aku akan fight habis habisan untuk mengalahkan teman teman seperjuangan yang hebat, terutamanya WAN AMEER. ( siap kau wan ! )
3- Aku nak jadi the best student, yakni student yang disayangi encik dan puan guru..sebagai langkah permulaan, aku CUBA untuk mensiapkan HOMEWORKS yang disedekahkan oleh cikgu cikgu walaupun selama hampir 13 tahun aku bergelar pelajar, aku tak pernah siapkan homework aku sepenuhnya..TAHNIAH KEPADA AKU.
4- Aku nak bergiat aktif semula dalam bidang bidang kokurikulum yang dah hampir setahun aku tinggalkan selepas habis form5 dulu..bosan hidup kat sekolah kalau tak join ape ape aktivity..rase cam mayat hidup yang pergi sekolah hanya untuk mengkaut ilmu sebanyak mungkin tanpa menghiraukan perkara lain. BOSAN BOSAN.
5- Aku nak join balik KELAB MENENDANG DAN MENUMBOK yang pernah merekrut aku suatu ketika dahulu..antara objektif aku nak join kelab tersebut ialah untuk mengkuruskan badan dan membina semula otot otot pejal yang telah ditenggelami lemak..selain itu, aku juga merasa rugi kalau aku join separuh jalan je..aku nak jadi master..baru orang gerun..hahak.
6- Aku nak SELIMKAN TUBUH..ya, aku sekarang adalah GEMOK. Gemok gemok gemuk dan demuk. Aku dah mule rimas dengan badan yang lembik dan berlemak macam sekarang ni..tak fit langsung..tapi, kali ini aku takkan guna cara ‘tahan perut’ macam dulu sebab aku telah diisytiharkan menghidap gastrik secara rasmi oleh mak aku yang merupakan pembantu pegawai perubatan Hospital Changkat Melintang yang telah pencen. Sekali lagi, tahniah kepada aku yang dah ade hobi baru iaitu muntah. Semoga aku berjaya mengembalikan bentuk badan idaman dengan cara yang sihat. AMINN..
7- Last but not least, aku nak rancang and susun balik aktiviti harian aku..aku nak hidup aku berjalan lancar tanpa sebarang masalah..aku akan susun semula jadual untuk aku basuh baju (walaupun tinggal ngn parents tapi aku basuh sendiri baju aku) , main masak masak ( nak mantapkan lagi skill memasak yang tak pernah mantap ) dan juga mengkemas rumah yang selalu jadi tongkang pecah..
Setelah selesai membina azam, aku pun secara perlahan mula tertidur..dengan itu, berakhirnya hikayat malam tahun baru aku..
Keesokkan paginya, aku bangun dari tidur pada jam 7.30 pagi. Awal kan aku bangun ? pada hari sabtu yang mulia, bersamaan dengan SATU JANUARI DUA RIBU SEBELAS, aku dan rakan rakan telah merancang untuk outing bersama. Dan kerana itulah aku telah membuka mata lebih awal dari biasa. Bersama sama dengan CAPIK NIJAM, WAN AMEER, INTAN TAMAKI dan seorang lagi peserta yang menyertai pada saat saat akhir, ATA@AZHAR, aku pun bergerak ke IPOH dengan objektif ingin bershoping shoping kelengkapan persekolahan yang langsung aku tak prepare. Kami pegi naik sikancil yang disponsor oleh encik capik. Namun begitu, duit minyak 95 peratus aku yang bayar, dan aku telah dilantik menjadi driver.
Destinasi kami ialah IPOH PARADE. Berbekalkan map IPOH yang ade dalam pale aku, disamping pengalaman memandu ke IPOH bersama MAN, ZANY, and NIZAR suatu ketika dahulu, kami selamat tiba di parking lot IPOH PARADE pada jam 11++. Sampai sana, terus booking ticket wayang. Then, sementara tunggu wayang start, kami breakfast kat foodcourt dulu.. kul 11.50 kami masuk hall 1 untuk filem GULLIVER’S TRAVEL. Comment aku untuk filem ni ialah :
-Takla best sangat..biase aje. Ade part part yang buat aku senak perut gelak..nak story banyak pun tak best, kalau nak tau korang g tgk sendiri..hehe..so, aku bagi 4 BINTANG untuk filem ini.-
Habis tgk wayang, kami pun mulakan aktiviti membuang duit..every outlet dan kedai kedai yang ade, aku masuk. Objektif memang nak beli barang sekolah..tapi ape salahnye selitkan aktiviti lain..haha. aku beli beg sekolah kat pasaran gelap IPOH PARADE..sape selalu keluar ngn aku tau la ape pasaran gelap tu.. then stationary and files and lain lain keperluan aku beli kat POPULAR..you know what, lepas shoping kat POPULAR kitorang decide untuk ke UO sebab kasut sekolah aku nak beli kat UO..tetapi yang menjadi suatu misteri hingga sekarang ialah tragedi kehilangan duit baki aku shoping kat POPULAR sebanyak rm23++ yang secara tibe tibe lesap..aku malas nak story banyak, sebab malas nak fikir..aku anggap duit tu bukan rezeki aku jela..haha. then kami pun pegi la huha huha kat UO plak..settle urusan kat UO, kami mule bergerak untuk mencari tempat santapan..mase dalam kereta, macam macam suggestion yang keluar dari mulut dorang.. nak makan itu la ini la..sebagai driver yang dah mule pening lalat, aku rase nak bagi dorang makan penerajang aku sebab banyak songeh..haha. last last kata sepakat pun dicapai..we all decided untuk makan di PENGKALAN, restoren PERIUK BESAR something. Aku tak ingat name kedai tu. Tapi foods and drinks die not bad. Sedap. Aku bagi 4 BINTANG SETENGAH untuk restoren yang terletak di belakang TESCO itu.
Then habis makan makan kami pun pulang..eh, sebelum pulang, shoping lagi kat ring ring one kejap..terserempak ngn mak aku..alahai terkantoi plak yang aku drive ( aku tak dibenarkan drive sebenarnye , selepas aku jatuh moto time cuti sekolah baru baru ni ) . so after membuang duit di situ, aku pun meminta diri untuk pulang..dalam hujan yang lebat itu, aku berjaya sampai ke rumah pada jam 7petang lebih kurang..tamatlah perjalanan huha huha kami pada hari pertama tahun 2011.
Malam hari petama 2011, tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan mengetest barang2 yang aku beli..after that, aku pun memasuki kamar indah untuk beradu...keletihan yang teramat sangat menyebabkan aku tenggelam dalam dunia mimpi dengan begitu pantas sekali..begitulah lebih kurang aktiviti aku pada 010111. Sekian. Hihi.
So, sempena dengan tahun baru yang dah masuk hari yang ke-8 ini, aku dengan hati yang terbuka ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN 2011 kepada sape sape yang memberanikan diri membaca blog huduh ni...eh, aku tertinggal satu perkara..ade satu lagi azam tak rasmi aku yang lupa nak dikungsi besama.. DENGAN INI SAYA BERASA BANGGA UNTUK STAY single mingle TANPA GANGGUAN PERASAAN BERSEMPENA DENGAN KEMALASAN AKU UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM BIDANG cinta.. mari kita lihat sejauh mana dan selama mana aku mampu untuk menjadi ibu tunggal tanpa anak untuk tahun ini..aku ade sebab sebab tersendiri kenapa aku malas involve in love..kepada insan insan yang berasa kecewa ngn aku, aku mintak maaf okay ? lets try next time. Pfftt..
Okay, nina-chan dah settle babbling about the new year. Sekiranya ade perkara yang anda masih tidak jelas atau tidak faham, anda boleh kemukakan soalan anda straight to me. Gunakan apa apa medium yang ade untuk bersoal jawab. Tapi rase nye takde kot orang nak tanye ape ape. Hehe.
Oh, untuk isu seterusnya yang telah aku senaraikan, nanti nantilah i taip ye. For now, ini je yang aku mampu. Lagipun nanti aku post panjang panjang sangat bosan plak jadinye. So, mana yang ade jelah ek ? lagipun mana ade orang bace blog aku nih. Haha
sekian sahaja repekan untuk kali ini. Saya akhiri penaipan saya dengan salam sayang rindu dendam dan salam tahun baru.
AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU !!!!
No comments:
Post a Comment