boleh pandang pandang

Thursday, January 13, 2011

TUNGGAKAN PERTAMA

HAJIMEMASHITE !

helo helo sound check one two three ~

ha, aku kini kembali beraksi. lebih padat dengan stunt stunt yang menarik dan pelbagai ! saksikan lah ~
 ah ngarut ape la ni nina.. okey okey, jangan merapik. straight to the point lah. INI ENTRI TERTUNGGAK, harap maklum. tak elok mengarut sangat nanti busan.
berdasarkan posting aku yang lepas, aku nak story tentang PEMBUKAAN SEMESTER BARU PENGAJIAN DI USDARY. Jadi, ini lah masa nya. *walaupun bukan masa yang sesuai sebenarnye sebab banyak keje tunggak tunggak dan tambun tambun nak disettlekan.

The story begins apabila tarikh di kalendar menunjukkan sudah tibanya 3 JANUARI 2011 dimana para school students akan memulakan semula persekolahan yang ditinggalkan selama sebulan plus plus. seperti bebudak lain, aku pun same excited nak jadi budak sekolah balik. bahaha. so ahad malam tu aku pun setting bagai barang barang aku. uniform, stationary, beg, shoes. all complete. hari pertama perlulah sempurna, kalau tak nanti seluruh tahun persekolahan tu mest jadi something wrong sebab first day takde preparation yang lengkap kan..aku tau lah..TAHUN INI ADALAH TAHUN KE-7 AKU BERGELAR PELAJAR sekolah menengah. pahit manis kelat masin zaman bersekolah smua aku da telan, dan hirup sampai kenyang dan terbuntat buntat. so, pagi isnin tu awal awal lagi abah aku dah gegar pintu mahligai gelap aku. agak tension la sebab beliau gerak awal sangat walhal aku da setting mase aku cukup cukup. eh, mesti ade yang pelik sebab UPPER SIX student cam aku masih lagi memerlukan khidmat orang lain untuk bangun dari tidur kan ? haa kalau nak tau aku memang susah nak bangun kalau nak pegi sekolah..bukan takleh bangun sendiri..tapi asyik delay je..kunci jam beria je 5.30 pagi...tapi delay delay punya pasal demi nak sedapkan tidur, jam 6.30 belum tentu aku dah celik. haha teruk cekala. ape jenis umat la aku. then kalau da bangun tu, aku continue la ape yang patut seperti mandi, solat dan berbagai bagai. siap semua, terus pecut ke sekolah ~

Hari first sekolah, everything berjalan dengan lancar..macam hari hari yang biase..hari isnin ade perhimpunan rasmi..dan aku bersyukur sebab aku bukan MC yang bertugas pada hari isnin. hoho. after assembly, naik ke kelas dan memulakan pelajaran seperti biase. lahaii, hari pertama dah start perah otak bhaii. cikgu takde yang miss masuk kelas. rase cam bukan hari first sekolah je pulak. bukan takat tu je, cikgu siap bagi bekal homework lagi untuk santapan di rumah. NIKMAT NIKMAT ~
Then, the second day.. havoc sikit. sebab after assembly ade mesyuarat agong pertama bagi UNIT BERUNIFORM kalau tak silap. so lepas bersurai je majlis perhimpunan, maka umat umat DARY pun semua kelam kelabut mencari arah unit uniform memasing. dan aku masih lagi setia menjadi seorang PENGAKAP yang 'selalu sedia' . well, aku berpegang pade kata kata 'once a scout, forever a scout' . makanya , aku takde la bersusah payah memikir nak join ape..hehe. seperti biase la mesyuarat agong, akan diadakan election untuk AJK AJK tertinggi untuk organisasi tersebut. tak perlu story banyak tentang election, cukup la aku bagitau bahawa Encik Pengerusi ialah WAN AMEER, dan aku yang huduh ni jadi Vice Presidento. manakala setiaberusaha pula ialah cik FATIN BELLA yakni awek aku. AJK AJK lain aku tak berape hingat. maap le eh. huahua. 
aha, the third day pulak, kita ade mesyuarat agong persatuan dan kelab.. berbeza ngn semalamnye, hari selasa tu aku dan beberapa teman lain memang lintang pukang cari persatuan ape nak join. wahaha. aku tengak keaddaan time itu seperti sedang berlaku armagedon ( spelling salah kan ? ) . ramai gila budak berebut kelab n persatuan sebab limit setiap persatuan ialah 60 ORANG. padan la semua berebut, takut takde kelab. haha. aku pulak terkuntang kanting kat tengah tengah dataran kejat. nak join ENGLISH SOCIETY tapi tiade geng. walao. nak tak nak aku bedal jela kelab itu. tapi yang lawak nye, form6 student yang join english club HANYALAH 4 UMAT. and wan ameer is the one and only boy in the club. LOL. cacat sungguh la. dah sah sah comunity kecik kami ni tak berape terlihat oleh penasihat penasihat kelab. haha. yang paling penting ialah, english club ni ade 3 ORGANISASI. firstime jumpe kelab yang akan melantik tiga president, vice and so on. haha. well sebab kami 4 orang je, terpakse la kami create organisasi kami sendiri yang terdiri daripada president , vice , secretary , and bendahari. haa pandai pandai la kitorang lantik diri sendiri untuk jawatan ape nak. and aku pun memilih untuk berkhidmat sebagai SECRETARY yang pemalas. haha.
hari khamis yakni hari keempat sekolah, diadakan pulak mesyuarat untuk kelab permainan. dengan bangganya aku nak mention kat sini bahawa kami warga UPPER SIX telah mengqonquer KELAB BULA TAMPAR. hahai best shiakk. ramai form6 join kelab nih, especially boys. memang harmoni je mesyuarat kitorang sebab mulut mulut bising budak upper six boys nih. tambah plak Mr. Sam yang conduct the meeting. memang mengarut jela yang banyak. haha. so keputusan mesyuarat ialah aku berjaya menang majoriti undian untuk jawatan PENOLONG BENDAHARI. hahaha sape la yang suggest name aku tuu. malang la sebab duit aku pun tak termanage. haha teruk teruk. 
the last day of the first week, berlalu seperti biase. masuk kelas and belaja like usual. yang penting homework tetap ade. itu yang best. hahaha. takpe, last year jadi high-schooler. next year tade peluang dah. ni la last and the last and the last last last. HAHAHA.
hari sabtu hari cuti. da name pun hari cuti, lokasi percutian aku ialah LUMUT. last saturday, 8 JANUARI 2011 aku ngan friends pakat pegi lumut untuk survey and plan holiday HC CREW ke pangkur nanti. naik si kancil yang tidak asing lagi , aku bersama CAPIK , WAN, EKIN and FATIN berjuang untuk mendapatkan maklumat tentang pangkur. haha best gak lah. sebab aku sempat singgah maxis center setewan untuk renew simkad aku yang hilang itu. haha. manakala hari ahhad pulak aku pegi majlis pertunangan KAK ADA. lepak umah beliau sampai lebam kemudian pulang kerumah dengan letihnya. 
kemudian isnin pun kembali lagi. seperti sebelumnya, semua aktiviti berjalan seperti biase. cuma this second week, bermula dari hari isnin sampai khamis , aku pulang petang. sebabnye start jam 2.30 PM , ade kursus kepimpinan untuk para pengawas dan ketua kelas. haihh busann. terpakse redhoo. 

actually dalam minggu pertama tu pengawas ade aktiviti bawak budak form1 pusing sekolah untuk orientasi. tapi ta ingat hari ape. haha. and mesyuarat pengawas sekali. pun aku tak ingat bila. aku pun tatau laa ape nak jadi ngn otak slow aku nih. tak sihat betul laa. hmm. 

okay, sekian untuk dairy mingguan. wassalam. =)

4 comments:

-wAn- said...

aku ke 2???haha
laen kali tag la name aku...
lh promote blog aku skli...aiyo

nina nasaruddin said...

zz ta mau =) tenkiuu, haha

Unknown said...

blog makin lme makin gempak la der...
hahahaha

nina nasaruddin said...

kern : gempak la..takkan makin huduh lak kan..haha