boleh pandang pandang

Friday, July 15, 2011

turn over new leaf

jumaat yang penuh barakah..
hujan turun..aman saje..

aku tak tahu nak mula tapi aku masih berhasrat untuk berkongsi sesuatu dengan anda..

sekarang kita semua sedang menjalani bulan july.. bulan tujuh.. mungkin bagi sesetengah pihak, ia tidak membawa apa apa makna.. tapi , bagi aku, semakin hampir ke penghabisan bulan julai ini, semakin terbit resah di sanubari. masakan tidak ? Insyaallah pada bulan september nanti aku akan menduduki TRIAL STPM.. mungkin, pada hemat sesetengah orang, masih banyak lagi masa. masih banyak waktu untuk berpoya poya.. masih ade ruang untuk berjimba jimbu.. tapi bagi aku, seolah olah sudah sangat suntuk.. bangun dari tidur, aku dapat rasa ketajaman pedang masa yang hanya menanti detik untuk menghiris sekiranya aku gagal mendahuluinya.. ibarat telur dihujung tanduk.. bangun tidur, aku raup wajah.. bersyukur kerana masih lagi celik untuk terus berjuang meneruskan hidup.. tapi, aku masih terkial kial memikir.. macam mana nak mula sesuatu yang baik dengan hasil yang baik.. aku jadi kaku sekejap.. minda terawang, membayang kehidupan aku untuk 10 tahun akan datang.. adekah senang dan mewah serta diredhai, atau bergelandangan mencari sesuap rezeki..

aku ade beli practice books. yeah, BOOKS means banyak. semangat sangat nak study smart dengan harapan latihan latihan mampu memantapkan aku.. tapi at last ? aku bukak , selak dan zzzz krohh krohh atas buku. masalah aku sekarang, (sebenarnya bukan masalah sangat punn) aku sedang kehilangan buku rujukan untuk SEJARAH ASIA dan SEJARAH MALAYSIA. begitu juga dengan PENGAJIAN PERNIAGAAN 1. aku buntuuu . tak tahu lah kemana hala nya buku buku tersebut, tapi aku dah agak fed up nak mencari.. jadi aku buat kesimpulan , STUDY SAJE MANE ADE. bodoh betul aku.

sempena hari barakah ni.. aku berniat nak jadi better.. kau tak paham tak ape.. aku cuma nak ubah diri.. mungkin susah tapi masih ada cara.. mungkin terlambat tapi masih ada waktu.. walau masih tidak perfek, aku masih perlu membasuh diri.. cuci minda.. ape yang keruh dijernihkan. ape yang kurang ditambahkan. 

berubah perlu pengorbanan. dan bagi diri aku, aku perlu pendorong untuk berubah.. dan tadi, ade perkara yang mendetik semangat aku sekaligus aku jadikan pendorong untuk berubah.. aku tidak pasti samada benar atau tidak, tapi seorang guru yang telah aku angkat menjadi teman bicara berkongsi cerita telah memberitahu bahawa dia telah terbayang aku akan menjadi seorang yang hebat, malah menjadi wakil pelajar di universiti nanti.. jadi, aku bertanya sebab apa beliau mempunyai vision berkenaan. maka beliau mengatakan bahawa sejak dari mula melihat aku, beliau dapat merasakan perkara tersebut mungkin berlaku berdasarkan cara dan gaya aku. entah, aku semacam tidak percaya.. tapi ape yang boleh aku ambil positif ialah, aku jadikan vision beliau sebagai pendorong untuk aku berjaya.


- entry yang tidak menarik. aku tak makan dan lemah badan. tak selera. sakit kepala. okbai

Wednesday, July 13, 2011

ape malang ?

syukur ke hadrat Illahi sebab hari ni aku masih hidup .

assalamualaikum dan salaaamm sejahtera.

hari yang bermula dengan baik dan nice berlanjutan hanya sampai tengahari. aku hari ini diuji Allah s.w.t . pertama tamanya, hari ni ade program 'HARI BERSAMA WARIS'. err intipati program ni pun hampir keseluruhan upper six tak faham , tujuan dan hala tuju program ni pun tak berape nak jelas. well, untuk tidak menghampakan pihak pengurusan, aku still invite mak aku datang, but this morning baru aku suruh. my mum pun have no choice since she have to meet my younger sister punya cikgu sekali. namun, ape yang menarik ialah mak aku merupakan orang pertama yang akan memulakan sesi yang aku gelar sebagai 'sesi bukak pekung'. aku berasa sangat bangga yang teramat sangat kerana mak telah berjaya merebut tempat pertama tersebut menyebabkan risiko untuk beliau sembang ngn cikgu untuk tempoh yang panjang adalah sangat tinggi. bersemangat je beliau dapat first place. tak tahu pulak dalam hati aku ' kenape mak tak payah datang terus je?'erghhhh. stress. so, tanpa berlengah, sesi bual bicara dimulakan. at first aku seronok sebab mak cakap result aku flying colors. aduhai mak, dapat pointer standard kekanak tadika pun dikatanya cemerlang. sonok aku ade mak camni. then, macam macam benda lah yang dikorek dan dikeluarkan. kalau aku taip sampai esok pun belom tentu settle. pendek  cerita, aku memang kena keritik dan kena down sedikit sebanyak tadi. bagus cikgu, seronok dengar anda berdua nyembang tak hingat. keep it upp.  hehe. but dont misjudge, aku bukan bengang bila jadi begitu, aku seronok sebenarnya mak aku ade datang. sebab, bukan semua parents dapat datang sekolah untuk hal anak anak camni. parents aku tak pernah miss untuk datang jumpe cikgu tiap kali sign report card. thanks mum and dad. =)

next, balik rumah s.i dengan bubu sebab beliau nak settlekan hal kewangan dan sebagainya. sampai rumah aku, terus lepak bilik. but at first terkejut jugak tengok rumah cam kena langgar garuda. hmm takpelah, aku pun penat so memerap dalam bilik ngn bubu dan layan movie sampai dua dua tersepok tidor. around 2.30 pm, tetibe aku terjerit . terkejut sial. tengok jam dah pukul 2 lebih. pastu pegang handphone tengok ade call tengah running. gila, kelam kabut cakap dengan orang yang call. haha tah bile aku pick up that call aku pun ta tau. memang mamai 99% time tu. well, kemas kemas rumah sikit pastu keluar. aku hantar bubu ke bank islam dan vroommm ke bayan untuk jumpe hanis.

saat dan ketika aku parking moto, tetiba aku jadi gelabah ayam. serba tak kena. nak pegang beg, nak pegang laptop, nak pegang kunci dan bla bla bla. kemuncaknya, helmet kesayangan aku pelepap berdentum kebabommm jatuh atas jalan dan dengan sayu penuh hiba campur kejutan aku pandang senget kat helmet yang bergolek dan seterusnya menjunam ke dalam longkang besar depan taman maju tu. YA ALLAH, beratnya ujian Mu. namun sebagai hambanya aku redha. berbekalkan kekesalan, aku tepuk dahi tengok helmet yang bersemadi dalam longkang. kat sebelah kanan ade dua orang si kacak sedang baru nak bukak kilang asap. salah sorang berkata, ''wehhh kau pergi lah tolong diaa.'. Fakin good, datang la mamat kiut yang pakai tee kelabu menjadi ultraman aku. dengan penuh hormat beliau turun dalam longkang yang kedalamannya hampir sama dengan ketinggian beliau dan mengambil helmet tersebut. ohhhhh mamat, sudahlah kiut, baik jantung hati pulak tuh. aduhai, kalau aku solo, aku dah mintak dah no kad pengenalan beliau. dan demi untuk menambahkan kebajikan yang dilakukan, sorang lagi mamat yang memakai tee putih hijau telah membantu aku untuk mengetos dan menjemur helmet tersebut. luruh sebentar jantung saya tatkala mereka begitu prihatin. saya berasa berasa berasa sangatt terharu. bagaikan ingin membelanja mereka makan beger abang bob tapi sebab aku ketika itu sedang sangat sibuk sebab dah ade appointment dengan hanis and cooperation, aku just can say ' thankss koranggg, sorryy bangat. guwe mintak maap ya. makasih bangat ya' . sumpah malu yang amat sangat ketika itu. mane nak letak muka ? rase nak terjun dalam longkang. senyuman mereka berdua masih aku ingat sampai sekarang. haha.

later, selesai bincang ngn hanis mimi dan mira, aku chau. amik bubu dengan penuh rasa hiba. entah ape kempunan si bubu die ajak aku makan mamak. adeh, aku sertakan syarat iaitu kite makan di mamak kat sidek. taknak aku makan kat bayan. malluuu. then terus lah we all vrom ke rahman. bagaikan ingin menduga tahap sabar aku, tetiba terpandang ade benda tompok tompok kat tudung. eh ape mende lahanat kat tudung aku ni ? ah sial, ketara begitu. maka aku abaikan ia, dan menapak ke dalam kedai. bila duduk je kat rahman, seluruh tubuh aku rasa lemah. badan tetiba longlai. rasa nak demam. tabah hati aku kuatkan jasmani dan fizikal. duduk melangut tunggu bubu makan, pastu blah cabut balik rumah.

aku harap dengan beristigfar dapat tenangkan aku. astagfirullahalazim..

- Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari had kemampuan hamba tersebut -

Friday, July 8, 2011

tak berape

kenape ? entah...

bahagian mane yang malang tentang aku, aku pun tak dapat detect. banyak serabut je berbanding hari lepas. mengantuk all the day long. belajar hari ni ape yang masuk ? tak pasti. harap ade yang lekat. 
balik sekola, pergi rumah kelly. tapi kemaluan sebab salah rumah. bodoh betul, rumah design same. yakin je masuk rumah tu padahal rumah kelly kat sebelah. bahagian mane otak yang not funtion well aku pun tak pasti. bebal je say sorry to the host and blah ke rumah kelly yang sebenar. NOOB. 
tiba kat rumah kelly, terus jalankan urus niaga. then, lepak jap kat kandang arnab sekitar rumah beliau. lepak lepak. tetibe nampak dalam sebuah bekas air ade dua orang anak burung. burung wak-wak. comel . hitam pekat legam. terkuek-kuek dalam air. aku angkat sorang dan letak atas tapak tangan dah.... 

KECEPEKKK.

beliau lari. ya, anak burung bertuah itu lolos dan berambat di atas tanah. kelam kabut aku bubu and kelly g kejar and kepung. pada saat kemuncak, beliau dapat dikepung namun ketika tangan hampir mencecahnya, beliau berjaya lolos lagi. vuuspppss hilang dalam hutan lalang sebelah rumah kelly. lahanat. susah nak cari. lalang dengan aku dah same tinggi. miang tak payah cakap. kemuncup semalu ape semua one set cukup lengkap ada. tapi aku tak hirau. keep on lookin fer the lil black bird. dahla menatang tu kecik, hitam. kau rase senang ke nak cekup ?? mampuih aku. bising la mamat nanti. payah payah die jumpe burung tu and bring it home, aku kasi hilang. pandai kan aku. 
jadi, misi mencari diteruskan. memang panas. waktu jam pukul 1 tengahari. tegak je sun on head. dah tension je. pastu diam kejap. berdiri di lokasi masing masing dengan harapan beliau muncul. tappp ! muncul seekor binatang celah rumput tebal tu. haaaa itu pon beliau. ape lagi, rushing la kejar. but unfortunately, beliau macam ade magik, sekelip mata dah leboh. tah mane hale nye beliau tapi memang hilang dari pandangan. gile kau gileee. aku dah maigrain. terus jugak mencari cari namun beberapa minit kemudian about 1.30pm, usaha mencari dihentikan. tak mampu dah. tipis harapan. rase bersalah memang tebal tapi ape boleh buat ? aku stress dah. karang mati kat situ bunuh diri pulak.
balik rumah, aku shower. best dapat mandi panas panas. memang terase best sangat bile kepedihan di kaki dan tangan akibat dibantai lalang dan tumbuhan liar tadi. 
calar kaki buruk aku. sabar jelaa. 
kemudian tidur jap. lalut lalut tidoq sampai tak sedaq dah terliwat. gila ang. petang jam 3petang ada kelas. mrX dah warning siap dah suh datang kelas. mati mati. aku tak siap lagi. makan pun belom. lalu dalam kabut tu aku g masak bihun pama, and meanwhile, bersiap pakai baju untuk g kelas. ala kadar je siap. kemudian, tak sempat pakai tudung lagi sebab baru dua tiga sudu suap bihun pama, bubu sampai. adoiii. terpaksa pulak lepaskan bihun pama dan pakai tudung dan vroomm ke sekolah. 
kelas PA2 petang tadi memang....entah lah. seronok tu seronok tapi berat sikit. buat graph sampai jadi gian. pastu pening. stresss. lemah ginjal. sekali dengan cikgu pun BLURR. tabah jela.
balik kelas, terus ke rumah. lepak lepak relax. sampai malam. pastu skype ngn si botak. baru 42minit sembang, dah dapat bad news. ade pulak futsal malam ni. hmmm memang tarik muka la aku. bodoh je, malam malam bukan waktu rehat ke ? ah lantak, pergi le kau main. ape hal pulak aku nak jadi batu penghalang kau. biar la aku bengang sekejap asal kau dapat main futsal. yea, botak cakap futsal tu penting bagi die. oke, memang sangat penting bagi awak. saya pun malas nak heran sebab itu life memasing. tak nak kacau.
disebabkan botak dah blah, aku pun layan rajuk di hati jap. serious rase nak menitik air mata tapi tak tau kenape lah. tahan nina tahan. benda kecik pun nak nangis ? jangan bebal ye.
bukak FB, mula bukak privacy setting. lihat blocked list. ada satu nama. nama yang buat aku bergetar bila terbaca. dan ape yang aku dah buat ialah, unblock beliau dan....bukak profilenya dan lihat gambar. RINDU. amat rindu. masih ada lagi rasa itu dalam hati tapi sedang diketepikan sebab aku dah terima untuk menjaga hati yang lain. insan yang lain. ahh tak de ape sangat. just tengok gambar, senyum. :')

malam ni aku berkira kira nak buat report interview pegawai penjara haritu. dateline monday. letih.

hari ini : TAK BERAPA seronok

Thursday, July 7, 2011

khas untuk dedek-chan

dear dedek , 

kakak disini sihat sejahtera. macam la ko ade tanye aku sihat ke tak kan ? okay, mari kita seteret tu de poin. 

aku ni bodoh jugak bab bloging ni, cuma selalu merayap sana sini nak explore cara untuk melakukan sesuatu untuk blog. tapi, kalau nak bagi blog nyanyi nyanyi , tak kesah le jepon ke timor leste ke , meh aku tunjuk sekeping dua cara . 

- langkah pertama ialah , SWITCH ON dulu blog anda. jangan cakap nak switch on pun kau tak pandai dek, aku terahjang nanti ke pintu perginya.

- next, sila lihat di kawasan dashboard di home blog anda. ape yang anda lihat ? pasti nya ada kenampakkan perkataan DESIGN di situ. ya, tepat sekali ! sudah pasti anda wajib klik punat DESIGN tersebut untuk medapatkan step seterusnya.

- langkah ketiga. dedek perlu klik kat perkataan ADD A GADGET. okay, klik natang tu ye dik. jangan tak klik. nant tak menjadi.

- kemudiannya, akan keluar kotak kotak yang memberi kau pelbagai pilihan. oleh itu, kau menekan kotak yang tertera perkataan HTML/Javascript itu ye. maka, biarlah ia seketika.

- meanwhile, kau tekan link ini : http://www.fullmusik.co.cc/ . di bahagian kanan tepi nya anda boleh pilih ape saje lagu yang anda hingin. maka, tekan lagu yang dihajati lantas mendapatkan CODE nya untuk di copy. code itu sudah pastinya tertera pada bahagian bawah lagu tersebut. tak percaya, buat sendiri. hehu.

- maka dengan itu, kau harus menge-paste code tersebut ke dalam kotak HTML yang kau dah tekan di peringkat awal tadi. jangan paste kat bahagian TITLE tu pulak. itu bior je kosong atau kalau mahu, boleh letak ape ape caption yang dirasakan style. pastikan anda paste code itu di dalam ruang yang BOSAR itu ye dedek-chan. 

alright, selesai menge-paste, anda boleh menekan punat SAVE . dan , tadaaaa ! 
blog dedek dah nyanyi nyanyi dah. *clap clap*

oke, paham ? kalau tak paham, g minum air penerang hati sebab aku rase ni cara simple dimple dah ni aku nak terangkan bagaimana membuatkan blog menyanyi. aku bukan webmaster, tapi sikit sikit boleh le. benda typikal je. jadi aku harap dengan sedikit penerangan ini mampu membuatkan dedek tidur lena di malam hari akibat blog dah nyanyi. cuma aku ingin pesan, jangan amik lagu aku. haha. kau kan kipas susah mati MCR, jadi, letak lagu beliau seperti 'bila katak panggil hujan' , 'perarakan sukan sekolah' dan lelain.

promo sikit, ni blog beliau : http://aimansimerah.blogspot.com/

sekian saje untuk malam ini, wa billahi taufik, wal hidayah. 

- bukan tak boleh aku buatkan terus untuk kau dedek, cuma nak kau belajar buat sendiri sekali gus memberikan aku bahan untuk update blog. hahaha. thanks ^_^