boleh pandang pandang

Saturday, June 25, 2011

bakhat

hari dimulain dengan ring ring di telipon menandai waktu 6 pagi.
tangan mengagau dan terserempak henpon lalu menekan punat SWITCH OFF. 
okay, krohh krohh pejam balik. 

kemudian mate tercelik celik. terdengar bunyi pompang pompang kat dapur. angkat kepala sikit dan awasi alam sekitar. ohh . bubu takde. die dah bangun dan ke dapur untuk urus rumahtanpatangga. takpe lah, pejam lah jap. tunggu die habis mandi.
beberapa menit kemudian aku terase nak tunai tanggungjawab lalu bangun dan celik. bubu pun ade mai masuk bilik cadang nak gerak aku la kot tapi aku da bangun. then, aku mandi. kemudian, lihat di dapur dan berkira kira untuk menyediakan sedikit menu ringkas, membantu bubu menyediakan bekpes. okeh, siang ikan sedikit dan kemas kemas sedikit. selesai kerja suri romoh tanpa latihan amali.
namun demikian, kami mule terpikir. bagaimana cara untuk ke sekolah dengan sebuah moto dan manusia yang ade TIGA ? sape nak duduk dalam box ? takde sape lah muat pulak. mule lah callin2 sumber yang ade di sekeliling. setelah gagal menghubungi pentoi untuk bekerja sama dengan paus, bantuan terpaksa didapatkan dari encik mikimi. beliau lai lai romoh dan hangkut bubu juga pikachan manakala ninasan membawa mutur. vrommm.

peluh di dahi tanda resah, kecut di perut tanda takut. aku merupakan DEEjhay anda untuk hari kooop pada today. well, bakhat pertama aku. aku tak penah mendapat akreditasi dari mane mane pertubuhan yang mengesahkan bahawa aku boleh menjadi deejhay yang hebart. namun demikian, tanggungjawab sudah tergalas di bahu. mahu atau tidak, kata setuju telah di capai malah harapan jua diletak sekitar bahu. wajiblah kiranya aku berusaha sebaiknya sebagai nadi majlis pada hari indah ini. berbekalkan laptop dua ketul yang digunakan untuk putar lagu, aku mula memberi khidmat. majlis dimulain dengan salam serta sedikit briefing. permulaan yang agak terencat, segala perkara perlu dilambak dengan segera. semua pengelola majlis nak buat announcement. sume benda nak dihebahkan hingga ade yang tertinggal. dalam kalut itu, hadir emanchan membantu dengan menghulur berokben tatkala permintaan melebihi penawaran. dengan kuasa 4shared, alhamdulillah majlis berlangsung agak lancar walaupun terpaksa menslow sound kerana abang polis booth sebelah tak biase hingaq bingaq. thats oke lah, masih ade runut runut yang di dengari. better than nothing. trajedi penumpahan air membuat aku lebih berhati. kederhagaan membuatkan aku rakus meneguk tanpa menyedari bahawa tugas mengumumkan pemenang masih di tali gantung. menyedari keadaan nazak itu, segera aku meneruskan celoteh tanpa menutup botol air. tidak lama kemudian, tumpahan berlaku dan keadaan tidak panik. masih undercontrol. mujur berjaya menghalang lebih banyak lelehan berlaku. thanks kepada yang tulung. 

meski suara garau dek kekurangan bendalir dalam tubuh, diserikan lagi dengan penumpatan liang rome oleh habuk tempat faking kereta dan kawasan sekitar, aku menjadi lupa untuk mengambil peduli akan diri. makan tidak, minum apatah lagi. senantiasa setia di meja , mendendang lagu, menyajak ucapan dan mengumum pemenang. agak fenat dan lelah, namun bebanan tugas berjaya menaikkan semangat ku. seorang DJ perlu akur dengan kehendak tugas. itu prinsip.

tiba tengahari, majlis semakin surut. pengurangan umat membuat aku lega. lelah dapat dilepaskan , malah mampu menghela napas lega. kemuncak acara, pengumuman cabutan bertuah dengan BASIKAL sebagai habuan. okay, di sini ade satu cerita mengenai basikal. aku ade objektif dan kesungguhan untuk memiliki basikal tersebut. pernah juga memberangan membayang diri menunggang basikal. kicauan burung menjadikan kayuhan semakin tegas. namun, angan tinggal angan. insan lain yang lebih ade tuah, berjaya membolot basikal idaman. faka. agak marah ketika itu. namun, takdir wajib dipatuhi. aku sedih.

selesai kemasan tapak dan merehat diri, kami pulang. menjejak rumah terase jauh dan kesing. entah mengapa. mungkin penat mendorong aku begini. 

tiba di rumahchan, satu lagi bakhat perlu diasah. rengekan pikatot yang menggeletar kelaparan membuat moral kasihan aku meningkat. jadi, mengapa tidak aku memasak seperti yang dijadualkan sebelum ini. rujukan kepada jadual pemakanan membawa kepada usaha aku memasak tomyam. yeah, agak lama diperlukan untuk firstimer seperti aku. perlu menghubungi mak untuk mendapat kepastian, maka setelah mendapat resepi tradisi aku pun mula tungtang tungtang masak. pengalaman yang masih mentah mendorong beberapa perkara menjadi kurang perfek. kebiasaan aku sebagai seorang yang jarang guna garam dalam masakan membuatkan tomyam sdn bhd kurang enak. terpaksa touch up untuk hasil setanding gerai d'kerabu sidec. alhamdulillah , did it. we did it. makan masakan sendiri sambil lahap bertiga memang indah. tak perlu merungut tentang masakan di kedai tidak sesedap air tangan sendiri. begitu seronok makan panas panas dan kemudian menghadap sawah di belakang sambil kunyah betik. Hmm NICE.

sekadar itu bakhat yang berjaya tonjol hari ini. perlu banyak belajar lagi untuk hasil lebih mantap. potensi sudah ada, cuma perlu digarap untuk hasil yang BOOMED. 
aku bakal menghabiskan beberapa malam di rumah bubu, untuk tujuan keselamatan dan  kebahagiaan beliau. dengan pikatot sebagai watak extra, pasni malam ini akan sehangat semalam. ahaa . love love :B


- dari DANDAN untuk BUBU tapi nina rembat. nak yang merah, tak dapat. sedih lagi =(
*hehe, thanks bubudan .

Wednesday, June 22, 2011

Best WOMAN win =)



Alloha . today is a Wednesday. Wednesday is today.

tadi jadi tetamu kehormat, datang sekolah nak dekat pukul lapan. minyak mutu tamat perkhidmatan. nasib baik aku ade ultraman. ultraman datang bawak minyak subsidi tadi. thanks daddy =)

Disini ade satu soalan menarik . ADEKAH ANDA SEDAR ANDA GEDIK ? okay begini, cerita bermula apabila rehat tadi selepas aku melantak kueytiaw tak cukup bahan karya nina nasaruddin, hadir dua orang adik molek ke kelas.

Molek : taiko, cikgu mek (bukan name sebena) nak jumpe .
Nina-san : oh eh ? ala bile ? malas pulak rasenye. Ehmm takpe eh dik, terima kasih sayang .

Molek beredar dan nina berkira kira untuk kebawah ke bilik guru.  Selepas bertafakur seminit, nina turun ke bawah untuk ketemu cikgu mek tersebut.
Sampai bawah, jumpe le beliau. Cantik nau mek harini, nina suke tau tau. Mek panggil sebab nak practice DJ for koop day. Yela, aku yang suara mambang plus cakap lintang pukang dipilih jadi DJ. Sakit la telinga pengunjung koopday nanti. Allahuakbar ~         
Then, settle setting mic , speaka, lagu lagan plus minus semua benda berkaitan, aku nak gerak masuk kelas. Tetibe bubuchan datang bilik guru and walk towards me. Eh, jadah ape minah ni sesat bilik guru ? kemudian aku mendapatkan beliau dan ..

Bubu : CR suh aku cari ko, die suruh naik. Sekarang waktu beliau.
Nina-san : err aku mmg nak naik ni..bla bla bla potpet potpet.

Kemudian kelam nina bertanye pade bubu, bengkak sangat ke CR sampai hantar delegasi untuk jemput aku naik kelas ni ? sumpah seriau, sebab bubu kate muke CR ketat time tu. Sebab time die masuk, bebudak HC sedang hingaq bingaq. Gile ape, penah ke HC senyap time takde cikgu ? ade cikgu pun boleh chitchat.com ini kan pulak takde..
Okay, aku naik kelas dengan debar. Masuk kelas dan terus duduk and tarik buku tamadun islam keluar. Nice, die tak detect aku. Namun, tetibe...

CR : haa nina nasaruddin ! awak pegi mane tadi ?
Nina-san : err tadi saye pegi bilik guru jumpe cikgu mek. Beliau panggil..
CR : abeh tu takkan time saya ? pukul brape pegi tadi ?
Nina-san : err cadang saye memang takmau turun tadi, dah budak datang naik atas panggil, kesian la pulak. Saye keluar time rehat tadi pukul 11.15.
CR : oh oke, nextime buat lagi.

Tamat jap kat situ. Tapi ape tah aku tak ingat tetibe beliau sembang sal HOT isue yang tengah naik sekarang ni. Ape lagi kalau bukan hal yang sudah selesai tapi belum selesai tu. Ape yang mengejutkan, CR backup KAMI kot. Huahua. Beliau ulas tentang perkara yang terjadi. Tanye itu ini dan bla bla bla. Aku just story mory sikit jea, just mention perkara yang benarrr. Then, CR buat konklusi . begini la lebih kurang konklusi nya :

‘’ die tu memang camtu. GEDIK..tapi die tak sedo yang die tu gedik. Saya sendiri terus terang cakap saya bla bla bla...benda kecik je, pastu jadi besar..miskomunikasen je pun...bla bla  bla..’’

Begitu la lebih kurang. Banyak lagi ulasannye, tapi tak ingat dan malas nak ingat. Jenis aku senang je, benda tak penting tak payah jadi input. Semak jerr.
MAKA, aku nak buat kesimpulan bahawa PIHAK KAMI macam dah nak menang kes. Sebab aku cakap camni ialah, selepas CR keluar kelas tadi, aku table talk ngan bebudak yang selalu korek cerita dari pejabat tu. Seronok dah, dengar mereka cerita macam macam. Lebar je senyum aku tadi. Tak tipu punya. Haha. MR X dan ENCIK A juga dari gayanya, memihak kepada kami. Well, satu langkah bijak diambil apabila KAMI kemukakan bukti kukuh bahawa bukan kami yang merapu tapi MEREKA. Segala print out diserahkan sebagai rujukan pihak berkuasa untuk jalankan siasatan. Cikgu pun ade cakap, kalau naik cerita tak baik lagi, terutama jika mereka yang punya kesah, cikgu boleh suruh mereka out dari DARY. Aku tak halau sesape, just mention cakap cikgu je. Better beware la. Sekolah bukan medan tunjuk pandai tahap otak PRA-U. Aku tak mintak menang pun. Aku just nak keadaan bergolak kembali aman, burung burung berkicau dengan gembira..buat ape nak bangkit isu lagi, aku rase dah takde isi penting lagi nak dikembangkan. Jadi, perlu la ungkit dan korek kubur lama eh ? tak kan ? oke, TAK..
As a conclusion, aku malas nak pening hal ni. Cik Ja cakap kat aku, budak tu cakap ENCIK A tu sedare mare beliau. Eh, kesah pulak aku sape sedara kau ? maaf, aku tak rase management sekolah guna unsur BIAS dalam buat keputusan. Aku tak kasar dengan korang, korang kasar ngn KAMI. Hari tu pun aku dah mention yang kalau nak tumbok ke nak ape ke, bagi kat aku. Bedal aku je dah, aku yang create pendahuluan. Tapi dah kalian bijak sangat pegi ambush yang lain, agak silap ler kan. Hmmpp. Sudah, TUTOP KES. Pasni ape juga yang come out waima berita aku GADOH tak tentu hala dengan tah sesape pun, aku diam. Aku tunggu. Aku lihat. Ade usik bulu aku, baru aku menguik oke. Takde usik, aku senyap. 
Kan senang kalau macam tu.


* aku rase seperti pelakun utama drama takde siri. Eh, aku bukan femes pun, bukan artis cam kau orang. Eh eh, aku tak nak musuh. STILL, kite stay in the same school and we’ll tegur tegur each other. Aku taknak tengok ade yang pandang jeling senget kat aku. 
** dialog tu tak macam tu sangat, aku kan suke superimpose dialog. mane ade orang panggil aku taiko lagi dah. aku dah tukar name jadi MURNI dah sekarang. =D

Friday, June 17, 2011

serampang beberapa mata

segalanya bermula dengan ceria apabila cikgu yiee masuk kelas and ajukan soalan yang same seperti soalan yang beliau ajukan beberapa hari lepas. soalan yang diutarakan ialah maksud serampang dua mata di dalam konsep DEB. beliau telah suruh kami google menatang tu and unfortunately, takde sape yang berbuat demikian termasuk aku. well, kelas hanafi memang baguih umatnye, kalau bagi kerja memang tak pernah tak siap. aku tak search benda tu sebab aku terlope, kalau aku ingat pun kadang kadang takde peluang nak search sebab aku kat sini, intenet bukanlah di dalam kekuasaan aku. jadi, aku pun harap le memember yang gemilang dalam HC tu duk carikan , namun hampa di hujung cerita. tak sempat serampang dua mata di beri penerangan, tetibe topik bertukar tajuk. dari hal DEB, kami berbicara tentang konsep ' SAYA MENDAHULUI CIKGU' . konsep ini telah diperkenalkan sendiri oleh Right Honourable encik yie apabila beliau mula rase keciwa dengan prestasi kami yang tak mampu jawab soalan kacang badam dari beliau. maka beliau mule mengeleborate points tentang konsep tersebut. menurut beliau, sebagai pelajar yang rajin kita haruslah mempunyai sikap dan ethuatism untuk mendahului para guru dalam bidang pelajaran. ape yang ingin ditegaskan ialah , pelajar seharusnya telah membuat ulangkaji tentang pelajaran yang ingin dibincangkan di dalam kelas oleh guru. sewajarnya, pelajar sudahpun mengetahui apa yang dihujahkan oleh guru melalui pembacaan mereka sendiri di rumah. melalui kaedah ini , menurut cikgu yie, dapat membantu pelajar dalam memahami dan memproses ilmu dan wadah yang diuarkan oleh guru. apabila pelajar sudah membaca tajuk yang dibincangkan oleh guru itu, maka beliau tidak akan tepinga pinga ayam di dalam kelas tatkala guru membentangkan tajuk tersebut. kaedah ini sangatlah berkesan sekiranya di dalam diri para pelajar tersemat satu sikap positif yakni RAJIN yang sudah pastinya mampu meransang pelajar mendaki puncak kecemerlangan.

okeyh, selesai bincang benda lari topik tu, kami terbukak pulak cerita tentang DG DG para guru. tanyelah DG tu ape. haha. DG tu lebih kurang cam pangkat guru guru la dalam tangga penggajian. honestly aku tak berapa maklum maksud sebenar DG DG ni tapi aku berminat untuk mengetahuinya sebab aku bercitacita nak jadi pendidik suatu hari nanti. macam macam story keluar, habis story DG cikgu cikgu kami duk korek dan kalau boleh kami nak tau gaji cikgu namun strategi provokasi yang dijalankan kurang berjaya. thats okey, dapat tau DG dan tangga gaji pun dah seronok. berkobar lagi rase nak masuk U. 

tak lupe juga, cikgu yie ade memberi sedikit motivasi kepada kami. banyak perkara yang dikongsikan . segala ilmu yang pernah disemat dalam dada dan hatinya diluahkan semula kepada kami. yang membuatkan aku berasa teruja ialah apebila cikgu yie unjurkan kepada kami STRATEGI belajar yang bagus. but strategi tu aku malas nak kongsi sekarang sebab ade beberapa perkara yang perlu diperkemaskan lagi sebelum strategi yang insyaallah berkesan tersebut dibongkarkan. 

now, benda paling membuatkan aku membabi babi beberapa kali kat sekolah tadi ialah MASALAH YANG TIMBUL SELEPAS MASALAH ITU BERJAYA DISELESAIKAN. tadi jajila and dayah masuk bilik encik MTA and dapat cerita yang tidak enak. maka apabile mereka kembali ke kelas dan menceritakan cerita tersebut kepada kami, aku sebagai tok dalang berasa sangat angin dan segera meng!@#%^&* tanpa disedari. maaf la rakan , aku terkasar gile sebab aku rase panas. aku sangka isu ini sudah selesei , namun sebaliknya ia menjadi semakin parah. luka semakin dalam dan nanah semakin busuk. aku pasti punca isu ini adelah tindakan aku sendiri. namun aku rase benda tu dah berlalu right ? ucapan MAAF secara terbuka dan face to face sudah pun berlangsung, lalu ape lagi isu yang dibangkitkan hingga timbul cerita lain yang lebih ribut ? menjadi satu persoalan, mengapa isu sebegini boleh muncul dalam masa beberapa masa sahaja. aku sudah pun terhambur rase kecewa dan tidak puas hati tadi, namun hanya di depan classmates. niat aku sekarang ialah membersihkan keadaan sebersih bersihnya tanpa meninggalkan walau secalit pun kesan minyak. aku akan cuba usaha dengan daya yang aku ada supaya anda yang tidak terlibat tidak akan dilibatkan kerana dari perspektif aku, isu ini sangat besar di peringkat sekolah, kerana ia turut melibatkan pihak luar. jadi, sangat tidak menarik kalau anda yang tak tahu ape ape dan tidak terlibat, turut tercalit lumpur. aku cuba rasional, dan cuba matang dalam mencari konklusi kepada perkara berbangkit ini. sokonglah andai aku benar, dan tibailah andai aku salah. aku terasa sedikit kusut, namun di cuba CHILLAX supaya tidak menjejaskan emosi yang mudah bara ini. aku harap ade penyelesaian dan aku ade beberapa tindakan untuk dilaksanakan. 
jika berani menjatuhkan orang, mengapa tidak berani menaikkan diri ? 

-wahai emosi, janganlah mendorong hati menjadi mati -

Monday, June 13, 2011

monthdie

assalamualaikum.
 
 aku cube mulakan entry dengan cara yang sejuk namun tak mampu. dengan keadaan mental yang serabai macam ni, semua tunggang terbalik je aku tengok. 
hari first second semester memang begitu tidak menyebelahi. sleep late last night menyebabkan aku terliwat bangun and  tak sempat letak timun kat sandwish  bekal ke sekolah. pagi pagi dah kelam kabut, semua benda tak teratur.
sampai sekolah, selamat lagi. tiba nak pakai blazer , cam babi je tengok blazer dah hilang sekali dengan penyangkut. tu la, kan aku dah keluar perkataan babi. lahanat mane yang sambab pastu lupe nak pulangkan secepat mungkin tu tak tau la. tak paham ke yang blazer lembaga tertinggi tak leh usik ? cam takde blazer lain banyak banyak dalam almari tu kan ? dah le benda tu hak sekolah, kau ambik dan kau letak tah mane mane. bodoh. and masuk kelas, teacher naim bagitau yang result muet boleh ambik jam10 keatas . tett. mencarut dalam diam. aku dah cuak tahap ape dah sebab . sebab. sebab tak tau. then dapat markah reading untuk midyear exam yang sewajarnye flush dalam tandas je result camtu. kemudian diteruskan pula dengan pemarkahan PP1 yang seeloknya campak dalam longkang. tepat jam10, aku ngn bebudak yang dah ambik muet turun ke bawah and gegas ke tempat teacher naim untuk collect result. lepak 5 minit sebab teacher hilang. then teacher dah jumpe, terus mintak result. 

TAHNIAH sebab mampu dapat band3 je nina. tak pasti la perkataan ape yang sesuai untuk kau nina, sebab ini je yang mampu kau dapat. kekurangan score di bahagian reading and writing memang dah dijangkakan sebab kau punye pemikiran tahap SPM bak kate teacher. cube bace bahan tinggi sikit nina, jangan asyik tengok midori je ulang sampai 77 kali. 

kemudian masuk kelas semula. waktu PP2. dapat result jugak. sebelum tu as expected la, cikgu cakap pasal kelas hari jumaat tu. seriously aku tak tau ape ape and pelik la jugak nape cikgu blame us.  but thats oke, lain kali cikgu buat la kelas seperti yang tertera di dalam jadual untuk elakkan miscommunication. okay , then result PP2 yang selayaknya koyak dan bagi kucing makan. walaupun ade peningkatan tapi dengan markah sebegitu toksah mimpi la kau nak jadi pendidik satu hari nanti nina. dream onn. 
after that kelas BM pulak. ade bincang tentang kertas2 essay but cikgu tak bagi markah and kertas lagi. beliau just beri komentar and penambahbaikan je. thats oke, even im so eager to know the result pun, cikgu mesti lambat lagi baru serah result. tau dah. 
last but not least for the last first day on second semester, result yang paling penting yakni PA2. sangat nice, dengan markah demikian ibarat kata encik MTA , nak mintak borang pun tak layak. oke oke fine malas nak cakap pasal result tu. tapi yang best sebab hari ni ramai kantoi tiru dalam exam. mane yang besalah and tak besalah tu redha jela oke, nextime kite bekerjasama lagi untuk mase depan. 

malam ni aku sambung buat sejarah. mood dah okay selepas dinner mee goreng sdn bhd tapi down balik lepas ade yang gedik lebih nak tacing tacing ngn aku time mase tak sesuai ni. silap la kau nak bergurau camtu, hari lain boleh la oke. aku tengah period ni sakit hati ape semua ada. kau jangan nak macam macam sangat. aku hati cepat panas tak macam kau sabar banyak and tahan dengan sibuduh cam aku.

- apsal lower six yang aku nak jumpe lepas assembly tu hilang ? angpa p mana ? aku dah gtau kan lepas perhimpunan ? esok ade, takpe. korang nak hilang lagi , hilang la aku tak kisah. tapi tergantung camtu jela situasi nye. aku takkan cari korang kat kelas ke ape ke. banyak lagi kerja lain boleh buat. 

Monday, June 6, 2011

rombongan pakmats dan mak bedahs



Kelmarin, tuanku PD dengan dreba nye selaku artis jemputan berserta si mok yang berperanan sebagai penyesat maghi perak. Ciknina selaku watak utama dalam episod sembilu 707 telah mengorbankan sabtu ahad nye untuk menyerahkan diri kepada mereka mereka yang sentiasa gegeh mengexplore negeri tanah kelahiran pejuang datuk maharajalela nih. 
( aku keturunan beliau tau )
Maka, episod sabtu bermula dengan percubaan kami ke kuale kangsar untuk jenguk galery sultan azlan yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang baru pas kenyang makan kat kenduri kawin tu. Meskipun perjalanan yang sepatutnye mengambil masa lebih kurang sejam sahaja itu telah memakan masa lebih dari sejam kerana masalah traffik. Betapa fukin nye apabile tersangkut kat layang kanan pabile manyak nau kendughi. Encik polis trapik, sila ambil tindakan sebelum kami mem***** anda.  Err. Kemudian, sampai sahaja kami bersama prop, lightman, kamerawoman dan tukang bancuh air di galeri tersebut, tuanku PD dan pasangan gay nye telah menghembuskan asap rokok menyebabkan watak utama memberi pandangan serong lagi menyerongkan. Takpelah, story dah lepas, harap takde episod ulangan babak asap asap ni. Mak tak suke nyah. Kami kemudiannye memasuki galeri dengan perasaan yang cannot say by words kerana banyak ummat yang ade dalam galeri tu, berdasarkan bilangan kasut yang kami lihat berselerakan di sekitar pintu utama. Memasuki galeri tersebut menerbitkan satu perasaan halus dalam diri watak utama, kerana bermacam jadah benda ade dalam tuh. Tapi objektip utama kesana untuk menonton taming sari maka kami pun hadap la benda tu kejap untuk beberapa menit kemudian pusing pening dalam galeri yang menarik itu. Usai memusing , kami melangkah keluar dengan penuh style dan menuju ke bangunan hampiran, meninjau ninjau keadaan yang best di situ, senap sekeping dua walopun kemaluan dan blah. Vroom g cari lubuk makanan. Singgah kat tebing sungei peghok dan santap disitu. Makanan nye, sangat walaoo sodap cam orang baru belaja masak. Meskipun perit untuk ditelan, kami gagahkan jua makan sampai tak mampu. Padan muka kat orang melake, datang perak makan tak sedap. Haha. Kemudiannye selesai makang, kami pulang. Tak pulang terus, singgah sat kat cempaka sari bridge. Melepek lepek kat situ jap, pastu cross ke parit dan jalang jalang kat pasau malam. Melakarian agak terkezut apabile jumpe satey rege RM 0.30 secocok kat pasau tersebut lalu membeli nye sebagai kenang kenangan. Kat tempat dorang secocok RM0.50 je, murraa. Haha. Selosai membelah beli, menapak lagi atas jambatan. Masuk kerete dan vrooomm pulang. Sumpah PENAT.
Pada hari ahad, episod terakhir. Mengikut proposal yang disediakan oleh si dumuk penyesat, kami akan ke LAM LOKEN dan KELLIE’S CASTLE.  Walaupun dijanjikan bergerak jam 6 pagi mengikut rancangan si bab, maka dua jam kemudian baru kelibat bibah dan krewnye sampai depan umah aku. Takpelah, itu small matter. Yang big matternye ialah bile aku jadi pencacai, mengambil alih peranan si aqilah sebagai penyesat. Firstime aku ke ipoh sesat time pegi, selalu nye sesat time balik je kalau naik kete ngn kekawan. Ni semua salah pencacai la ni bagi direktion jalan ulu mane tah. Haha. Maaf maaf, pencacai cam saye memang noob kalau takde GPS. Ecehh tipu je GPS semua tu. Last last, nak cari pasau loken yang tah lubang mane die nyorok punye pasal, aku ngn debab turun untuk ask por direktion. Thanks to apek teksi kerana jadi GPS. Sayang kau apekk. Maka berkat apek GPS, sampai le kami ke lam loken yang sebenaunye hanya 5minit perjalanan dari tempat kitorang sesat. Jalang jalang kat loken yang penuh umat memang sonok sebab ade bau ketiak bangla, bau kencing sape tah dan sebagainye. Seronok tengok barang banyak banyak tapi serius takde nafsu nak beli ape kerana lapau penat dahaga. Tuanku PD pun cam longlai je. Kasi pusing loken sampai habis dan bergerak keluar ke kawasan selamat. Singgah kedai telipon dan grab satu motorola yang disangka menarik. Mekasih ye tuanku diatas huluran wang tambahan tersebut. Gedik seroonok dapat hp baru yang tuttttt best gile. Haha. Tamat pengambaran kat ipoh, move to keli kesel pulok. Memang tragedy punya perjalanan. Dekat sejam lebih buang minyak atas jalan cari keli kesel yang sebenarnye depan batang hidung je. Sebelum ke kesel, sumbat perut dulu kat fudkot batu gajah. Itu pun separuh mampus cari jalan batu gajah. Then mule ke kely kesel. Perjalanan terrible bertambah menarik apabile watak sampingan selaku kekasih pencacai kentut dengan wajah tak berdose didalam kereta. Come on mannnn, gua alergik dengar bunyi kentut di khalayak ramai ni. Rase nak starlight je si pelaku.  Sabau nina, terima lah dugaan ini. Then tamat drama bersiri dalam kereta, sampai la kami ke kely kesel selepas sesat keluau masuk ipoh-batugajah-ipoh-meru-bemban-simpangpulai dan sebagainye. Memang nicee. Maka pergi la memasuki istana cinta tersebut. Agak menarik, view atas bumbung yang gayat, underground room yang tak seram dan aiskrem konetto yang manis. Yang tak manisnye, terjumpe cikgu shida penyanyi fefular utube serta azad jazmin ( entah betul entah tak aku eja name die ) kat sekitar restoren keli kesel. Dorang shooting jugak kot seperti kami, mungkin. Tapi maap, saye tak greet pun ARTIS artis tu. Jeling sikit je. Hehe. Tamat perjalanan, crew prodaksi hantau aku pulang s.i dan mereka meneruskan pengembaraan mereka ke negeri hang tuah. Bai bai hati jantung dan perut ku sekalian, jasamu kukenang =)
Special thanks to mr dreba yag drive tanpa henti, juga kepada penyeri hidup beliau selaku penaik semangat dan yang paling sepesial thanks untuk tuanku Paya Dalam yang suke mengate name name kampung kat perak yang beliau anggap pelik. Thanks kerana menganjing, membelanja dan membawa dan menjaga budak kecik yang bingai ni. 
SAYANG U’OLLS.

-        Sudah tiba musim buat homework. Selamat beramalll =)

Thursday, June 2, 2011

jangan kabut eh ?

salam satu malaysia.

kali ini, tiada intro yang melalut. this entry just untuk berbicara beberapa perkara yang dianggap serius.
okay, first , aku nak mention tentang kekacauan yang berlaku baru baru ni gara gara kebuduhan aku sendiri. yea, about the GROUP yang aku create kat FB. hmm. how to start ? begini lah. aku di sini nak mintak maaf , kepada semua rakyat yang terlibat dalam pembabitan drama tepi longkang yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar lowersix wanita yang telah di aim oleh banyak pihak termasuk lah aku. ape yang aku ingin katakan ialah, aku tak ingin mewujudkan sengketa. benar, tindakan stupid aku telah menyebabkan keadaan rakyat FB menjadi kucau kacir. but please understand, i dunt really mean to do that. niat aku bukan nak top , bukan nak cipta suasana, dan bukan nak tambah musuh . aku sedar, tindakan aku telah menyebabkan insan insan malang yang tak tau ape, yang zero , tetibe diserang ngn kata kata manis pedas lagi menikam. maaf teman, bukan niatku menyebabkan kalian terluka, bukan mahuku untuk merunsingkan kalian. aku cuma insan hina yang pernah hilang waras akal , menjadikan kalian sebagai objek pelepas geram. meski pun kalian telah menerima hamburan kata kata kesat lagi padat, aku berharap kalian masih mempunyai secebis maaf untuk aku, seorang manusia lupa yang kelam di dalam alam gelapnya sendiri. harapan aku di dalam doa kudus, semoga kata kata yang dilemparkan oleh mereka mereka terhadap kalian, tidak akan memberi walau segaris kesan pun. semoga kita di dalam lindunganNya. aminn.

aku sebenarnye diamkan aje benda ni. malas la nak childish sangat. kadang kadang memang orang tengok aku macam mental. otak letak kat lutot but percayalah, aku tak pernah terfikir yang kebodohan aku akan mendatangkan bencana kepada korang yang takde kena mengena ni. kepada abang abang uppersix yakni yang seangkatan dengan aku , aku mintak maaf gila kat hangpa semua sebab  hangpa dah jadi mangsa keadaan. insyaallah, keadaan akan kembali pulih oke. :')

yang kedua , aku nak tegur budak budak yang join group tu. eh korang , tak payah la kutuk2 budak budak lowersix tu sangat. nobody perfect lah. memang la dorang annoying, tapi korang kena jugak ingat, korang pun tak perfect mane. jangan nak maki maki sangat. aku tau korang bengang but please, handle ur feeling. aku sendiri tak post benda benda kutuk kutuk kat page tu oke ? aku create group tu untuk memain je, sesuka je tapi dalam masa yang sama aku memang sakit hati dengan beberapa orang. sekurang kurang nye jangan gunakan ayat dan bahasa yang kasau, yang buat orang mendidih . ape yang korang cakapkan tu akan cermin diri korang balik oke ? plus, korang bukan kenal sangat dorang tu camane. so, dunt judge dorang sesedap rase korang eh. mind ur languange, mind ur own business. kite kutuk kutuk pun kite tak dapat ape, dapat dose kering je. yang penting, aku yang paling berdosa sebab create page tu. so korang jangan keruhkan keadaan. kami ni pernah lalui usia kalian, kami tahu bara dalam diri awak tu kalau ade orang buat taik. tapi kawal lah. jangan biar emosi jadi raja. biarlah aku sorang yang bodohkan diri buat mende tah pape tu. korang tak payah nak up up lagi cerita basi. bahasa jangan nak kasar je, kena ingat yang kita ni hidup bermasyarakat. mati nanti jenuhh nak berjawab. LAGI BAIK KALAU KORANG TAK PAYAH POST APE APE oke ?

third, aku nak berbicara mengenai wanita lowersix ni. untuk pengetahuan awak semua, tak semua yang jahat, yang gedik yang sebagainya. hanya segelintir sahaja, dan tahap keburukan mereka tak setinggi mana. manusia memang diciptakan dengan keburukan dan kebaikan supaya kita boleh menilai dengan mata hati . yang  buruk diiktibarkan, yang baik diamalkan. diri aku sendiri penuh dengan keburukan yang tak semua orang nampak. dan diri awak juga sama, kerana kita bergelar makhluk ciptaanNya . aku sebenarnye oke je dengan girl girl lowersix ni. ade yang aku dah lame kenal and ade yang aku tak kenal langsung. yang baik hati pekerti tu sangat ramai, dan tahniah kepada anda. dan yang kurang baik macam aku, pun ade jugak but kite masih boleh ubah kan ? jangan biarkan diri terus dalam bayang hitam dan mencerminkan tanggapan buruk orang kepada kita. kepada adik adik lowersix, akak tak benci kat korang. just recently, ade beberapa perkara yang akak tak puas hati dengan sikap korang. memang akak rase hanginn je kepala tengok korang. tapi yela, korang mungkin tak perasan sebab akak malas laa nak bebel2 ngan korang coz korang dah DEWASA. cuma apa yang akak betul betul tak paham ialah, kenapa korang yang beberapa orang ni, serang uppersix boys. why not me ? no, akak bukan mintak korang cari gaduh ngn akak tapi fikirlah, yang korang maki, yang korang sembur tu bukannye ade kena mengena ngn akak pun. kan akak ni yang buat korang tak puas hati, so kenapa korang marahkan bebudak lelaki tu ? ape je yang dorang buat kat korang ? kalau nak pedas mulut sangat pun, pedas ngn aku la. dunt need to be harsh dengan senior yang tade kena mengena. kesian ler kat dorang, dorang tak tau ape benda pun. haih.. and one more thing, awak awak yang serang tu, kenapa awak serang ? pasal group tu eh ? korang stand untuk sape ? untuk diri korang atau sape ? come on lah, akak create group tu, takde pun mention name korang. jangan kan name singkat korang, name penuh pun takde oke. so, kenape gelabah ? kenapa marah ? akak tengok, geng geng korang je yang hangin. geng lain senyap je takde dengar story ape. tuuu la yang pelik tu. kalau aku ade mention name korang, adat lah kalau korang nak marah beria. tapi, takde pun mention2 name sesape kan ? so how ? masih nak marah ? kalau awak rase awak bukanla orang yang gedik, awak tak payah ler nak memarah hangin tak tentu hala. relax goyang perut saje dahler, jadah apa nak kecoh ? 

jadi, ingin aku tegaskan bahawa aku bukan jenis orang yang suke buat havoc. aku takde niat lah nak simbah petrol kat api, takde niat nak cipta marah. silap aku memang besau, tapi aku dah admit pun kan. settle kan ? aku agak panas hati la sebab korang korang ade hambur kata kata kesat. doa macam2. helloooo, Tuhan tak ajar kita doa yang bebukan oke. sedangkan nabi ampunkan ummat. apatah lagi kita insan biasa. jadi, pinta aku kat korang ( kalau korang bace la blog aku ) sudah sudahla. yang mengutuk ngutuk tu, hentikan la tebiat buruk tu. yang dok serang tak tentu hala tu, nanti isnin aku nak face korang. kite deal baik baik oke ? 
GUNA LA AKAL PRA-U KITA oke ? 


- aku mintak maaf kat korang tak beerti aku bagi kepala aku untuk dipijak