boleh pandang pandang

Thursday, April 14, 2011

hijrah bukan hanya pada muharram

today was a fairytale ~

itu kate si taylor swift.. bagi aku, takkan ade hari yang fairytale nye. karut lah semua itu. menjejaskan akidah ! kalau today was a fairytale, macam mane pula dengan esok ? adekah ia akan jadi fairytale jugak, sepertimana hari ini ? hmm. aku tak pernah berharap hari aku akan menjadi sebuah fairytale.

tadi aku solat. mase sujud, tetiba terbayang wajah seseorang. ahhh sudah ! syaitan dah start main peranan. kenape ditayangkan wajah itu ketika aku menghadapNya ? come on la syaitan.. jangan la nak provoke saye sangat.. tak boleh ke biar saye mula hidup yang baru ni dengan aman dan makmur.. ingat senang ke saye nak hijrah hijrah ni ? ini bukan bulan muharam tau.. tapi saye tetap nak hijrah jugak. sebab saye nak jauh dari awak.. saye rase banyak sangat dah awak buat saye terjebak dengan aktiviti kutur awak tu.. dah dah, saye tak mau lagi dah. 
kite unfriend , ye syaitan ?

masuk hari ni, dah empat hari aku menginap kat rumah opah. 
di mana ? padang changkat. 
mengapa ? sesaje suke. 
bagaimana ? aku hangkut semua barang penting yang ade.

actually ade reason la kenape aku nak berubah angin ni. apabila kita bosan dengan sesuatu pastilah kita perlu mengubahnye kan ? 
okay, first reason is aku nak HIDUP susah. 
susah disini bukanlah bermaksud aku perlu menginap dalam hutan belantara, ketiadaan bekalan elektrik air gas dan sebagainya. tapi susah tu lebih kepada BERDIKARI. yeah, aku mau berdikari-mari. kat rumah opah aku ni, aku kena bangun tidur sendiri..makan sendiri..(selama ni pun makan sendiri, takde sape suap).. basuh baju sendiri..(washing machine takde la nyah, menggosok la kite ye)..segala-galanya la sendiri.. duduk sini lebih kurang macam duduk renthouse la..takde sape nak jage kebajikan hang.. semua kena jaga sendiri.. it's not that opah aku tak jaga aku, yes, she care about me but..aku sendiri mintak kat beliau supaya jangan bersusah payah sangat tentang aku.. mase saat-saat awal ketibaan lagi aku dah warning kat beliau, "opah, opah tak payah masak untuk orang tau..sebab orang tak makan..opah masak je macam biasa, macam opah tinggal sorang-sorang. okey? " opah pun say yes..and she says something that i couldnt hear.. harap-harap beliau tak fikir yang aku ni demand. itu yang penting, haha.
but, walaupun aku dah pesan, opah aku ni boleh tahan stubborn nye. pagi-pagi nak pegi sekolah, aku tengok die dah siap bancuh tea untuk aku. aduhaii opah. mengapakahhh. jadi, aku mengambil keputusan pada keesokkan harinya, sebelum aku mandi pagi, aku warning lagi kat opah, " opah, nanti tak payah buat tea untuk orang tau.." kemudian beliau mengangguk tanda setuju. tidak lama kemudian, lepas bersiap dengan uniform, aku pun gerak ke dapur untuk breakfast. tengok tengok, ade MILO satu mug atas meja. what the... arghh terbatal lagi la hasrat aku nak bancuh air sendiri ! opah aku tetap buatkan air, walaupun aku dah pesan tak payah. rupanya bila aku cakap tak payah buat tea, beliau ingat aku nak minum milo pulak. aduuhaii. sabo jelaa. 

and ya, for the second reason, aku nak repair hidup ni. yela, before ni tunggang langgang la sikit kan. duduk rumah sane dulu, kaki aku ni tak reti sangat nak melekat duk umah. berjalannn saje la kerja aku. sabtu ahad tu jarang sangat nak berada di rumah beronok-ronok bersame homework. ade je tempat nak pergi. ade je kawan yang mengajak. so, ape lagi, pindah la aku duduk kampung yang susah nak jumpe bus awam ni. kurang la sikit pergerakan saye ye. lagi satu, rumah opah aku ni betul betull depan semejid. tau semejid ? masjid laa ape lagi. so, benefit yang diperolehi bila rumah depan masjid ni ialah aku takkan terlepas waktu subuh. wahaha. gile kau, dah azannye rase macam speaker masjid kat sebelah telinga, takkan nak bergulung dalam selimut lagi kot ? bawak-bawak la bangun dan berwuduk kan. so, berkurangla dosa aku tinggal sembahyang. hehe. 

hemm. since dah stay PC ni, every morning aku bersekolah menompang cik bubu. memandu motorsikal. dan pulang bersame. (tapi minah ni demand sikit, time balik hantar aku tepi jalan je.haha) 
thanks to my dear bubu, sahabat sepunggung ku. harap minyak moto anda tidak akan pernah habis supaya kita boleh melalui liku-liku kejayaan bersama =)


cuci hati ~

CINTA

memiliki cinta adalah anugerah..
membelai jiwa insan manusia
namun hati akan berdarah..
sekiranya hanyut tanpa arah...

jangan biarkan kata menjadi dusta..
jangan relakan janji mencalar hati..
jangan berharap kasih abadi..
jangan perjudikan cinta hakiki..

jika suatu hari cinta ditemui..
semaikan ia di dalam hati..
bajakan ia dengan iman..
agar menyubur penuh keredhaan..

namun..

jangan diracun pepohon cinta..
dengan taburan hasad dan nafsu..
semoga memekar kuntum kasihnya..
di taman firdausi syurgawi..


p/s : moga aku dikurniakan cinta Ilahi =)