boleh pandang pandang

Thursday, August 25, 2011


Salam muhibbah dan salam kemaafan.

Hari khamis malam jumaat. Aku suka hari khamis. Tanpa sebab. Hehu.
But aku bukan nak story tentang hari khamis or hari yang aku suka. Ade sesuatu yang lebih indah dari itu.  Seolah-olah ade sekuntum bunga tulip yang sedang mekar di taman. 
Okay, yang ini tipu eh.
Untuk pengetahuan anda semua (takde sape pun nak tau, aku tau) hari ini lastday aku dan HC yang lain menetap di bangunan baru yakni bangunan yang konon-konon jadi tempat jin bertendang. Eh statement ape aku ni ? punca kena sekeh dengan Panglima N. Err okay cukup statement itu. Back to the story, disebabkan today is the last day, aku pun cuba mendapatkan keredhaanNya dengan membersihkan secondhouse HC nih. Ape semangat yang sudah meresap dalam badan aku ini hari aku pun taktau. Rajin bebeno hari ini. pastu catat rekod TAK TIDUR LANGSUNG dalam kelas. Aku kemas kelas tu bagi molek. Tapi bukan keseorangan la aku buat kerja. Ade lagi umat yang tolong. Tolong tengok. Eh tak, tolong pasang lagu raya. Hehu. So, yang stay petang tadi untuk cleaning process ialah yeyed aka muiz (nama sebenar, faried), ajimdol (nama sebenar, azim), miauu(nama sebenar, shahir eh bukan, mior lah), bubu(future untuk Dan atau bella atau nama sebenar ape tah taknak taip) sara dan pasangannya (pasangan ker ? maaf sarrah :D ) dan jin jin yang bertendang. Aku tukang sapu je, tukang bongkok main penyapu lidi. And sapu la karpet tersebut dengan penuh semangat kesukanan. Btw, kelas aku merangkap surau. Jadi tidak manis jika dibiarkan comot macam stor pengakap yang tak penah cuci. Once a scout forever a scout. Lari tajuk jap. And then, sedang enak menyapu, datang segerombolan bebudak lowersix yang cewek cewek. At first dorang macam musykil je nak masuk. Mungkin kah kerana terlihat aku seperti makcik cleaner yang garang atau terpegun dengan keindahan kelas yang tak pernah siap dihias tetapi selalu menang kelas terbersih dan tercantik. Ye, itu yang paling musykil ( mungkin Duan rasuah cikgu kot). Jadi, kerja kerja pembersihan pun berjalan dengan lancau lancar. Harap uolls suke hasil kerja mak. Eh jap, aku ade satu pesanan. 
KEPADA YANG SELALU MENGATA AKU CETI COMEL DAN SUKE PERAS UGUT DUIT KORANG TIAP TIAP BULAN TU, SEDARLAH BAHAWA AKU JUGA PANDAI MENGEMAS. TEMPAT KORANG PUN AKU SAPU LICIN TAU ! 
okayh tamat disitu.

Habis kemas kemas, bebudak pun blah. Tinggal aku berdua dengan bubu. We all solat kat kelas dulu baru berangkat pulang. Terasa nyaman bangat, kelas dah bersih jadi dapat beribadat dengan khusyuk dan tawadduk. Ewahh. Selesai saja menghadap Tuhan, kami pun bertolak pulang..

Step by step kami menuruni anak tangga untuk pulang..melalui kawasan tangga yang pernah dikatakan oleh mama bahawa ade ‘budak kecik’ yang suke main di situ. Err yang itu taknak ulas panjang. Takut terserompak. Wehuu. Maka kami pun berborak borak sambil menapak..sebaik sahaja tiba di anak tangga yang ke-15 yakni menghadap pintu pagar, langkah kami terhenti. Masing-masing terdiam tanpa kata. Pandangan kami bertemu. Perkara yang paling kami tidak mahu lihat kini berada dihadapan mata. Sungguh, berdebar kencang jantungku. Jantung bubu tak tau la berdebar tak, lupe nak dengar. Kami terkedu di tangga itu. Terasa seperti ingin menjerit dan berlari ke atas sekuat-kuatnya. Tapi, hati yang tabah tidak mudah mengalah. Lantas, aku pun membuat keputusan......

Nina : bu, biar aku yang turun, ko tunggu situ.

Bubu diam tanpa kata..tanpa ragu, aku meneruskan penurunan hinggalah kaki aku terhenti betul-betul dihadapan pintu pagar bangunan tersebut..lalu tanpa melengahkan masa, aku menggoncangkan pintu pagar tersebut dan cuba untuk membukanya..

Nina : oh shet ! pagar kunciiii ! ape yang akan berlaku kepada kita ? bagaimana caranya untuk kita keluar dari bangunan ini ! ohhhh ! 
(tipu je, mane ade aku cakap ayat drama sangat)

Oleh kerana itu, bubu segera melangkah keatas untuk menuju ke pintu pagar yang terdapat di sebelah kiri bangunan. Dengan bukaan langkah yang semakin longlai, aku menuruti jejak bubu dengan harapan, pagar disebelah sana tidak dikunci....

Namun, harapan kami punah berderai sama sekali. KAMI SUDAH TERPENJARA! Err terkurung ! kedua-dua pintu pagar sudah dikunci. Kami berasa sangat sedih. Bubu mula merengek-rengek. Otak kami masing-masing ligat memikirkan cara untuk berbuka dirumah dan bukannya berbuka makan kertas soalan dan buku serta alat tulis yang ade dalam beg sekolah kami. Alternatif yang kami ada hanya dua ; sama ada buat aksi stunt menuruni bangunan tersebut dari second floor menggunakan teknik abseiling yang hanya sekali je aku pernah buat, atau pun menjerit serta mengeluarkan vokal yang dihasilkan apabila udara keluar dari mulut tanpa sekatan untuk menarik perhatian orang ramai.
Kami pilih jalan kedua. Jalan selamat. Oleh itu, mula la sesi jerit memekik meminta bantuan. Bagai nak gila kami melalak dan menagih simpati dengan harapan ade sesorang yang boleh panggil pak guard untuk buka pagar. Hampir lima minit, kami menjerit. Sekali sekala kami melambai-lambai pada CCTV yang merakam pergerakan dibangunan baru tersebut sambil berharap makcik-makcik dalam pejabat tu sedar akan keterperangkapan kami di bangunan itu. Lambai hanya tinggal lambai. Agaknya bulan puasa ni makcik makcik balik awal untuk shoping kat bazar. Erghh.
Jemu meminta tolong kepada manusia, kami cuba mendapatkan bantuan daripada makhluk lain. Ya, kami tiada pilihan. Terpaksalah kami menyeru kucing yang sedang melalui kawasan bawah tersebut. Kami memaksa kucing tersebut membantu kami dengan memanggil pakguard. Malangnya, apa yang mampu dilakukan oleh kucing tersebut ialah mengiau seolah-olah berkata ‘aku nak balik..bini aku masak sedap harini..maaf ye..’.
Dengan kesedihan yang melampau disertai perasaan kecewa, kami duduk di atas anak tangga sambil mengenang nasib. Sungguh kami tidak menyangka bahawa perkara ini akan terjadi. Meskipun pelbagai cara telah kami cuba, tiada satu pun yang membuahkan hasil. Tersadailah kami penuh kehampaan..
Beberapa minit kemudian, kami bertekad untuk mencuba nasib sekali lagi. Kami teruskan menjerit dan menyeru pak guard atau sesiapa pun supaya melepaskan kami dari belenggu penjara. Jeritan kali ini lebih kuat disertai doa doa. Setelah beberapa ketika kemudian, ada satu suara yang menyahut jeritan kami. Kami berpusing kebelakang untuk mencari arah suara tersebut. ALHAMDULILLAH. Akhirnya pakcik guard yang  berambut putih dengar jeritan kami. Beliau pun mendapatkan kami. Umpama kanak-kanak ribena, kami pantas turun dan meminta pagar dibuka.
Hampa seribu hampa, meskipun dia seorang guard, dia tidak mempunyai kunci yang boleh membuka pagar tersebut. Katanya, pagar itu dikunci oleh pakguard yang lagi sorang. Jadi kami pun suruhlah beliau call kawan beliau itu. Dengan tidak semena-mena, pakguard itu bertanya :

‘kome ade henpon tak ? pakcik mandang telepon...’

Ketika itu aku rase nak korek telinga dan hidung pakcik tu. Ade ke patut tanya kitorang ni ade henpon ke tidak ! opkos la takde, takkan prefect like us bawak henpon masuk kelas ! such a ***** question. Heheh. Dan bubu pun dengan idea bernas otak geliga saktinya telah menyuarakan pendapat. Bubu suruh pakguard call guna public phone. Ayuhaii bubu, untung lah pakcik tu ade tulis nombor tepon atas kertas kan kan. Maka pakcik pun belalu pergi mendapatkan bantuan. Beberapa detik kemudian, bantuan sampai. Pagar dibuka dan kami lolos. Yeay !
Pakcik-pakcik guard dengan kejamnya telah mentertawakan we all. Dahla kunci kitorang , siap suruh bagi diorang kuih raya lagi pulak ! pastu, kata kitorang ni dating ! eeeuuu mak takde napsu dekat pateng tu tau tak ! amboi pakcik amboiiiiii ! melampaui !
Then, kami pun bergerak ke bazar yang sekangkang kera. Aku beli popia sebab tiap kali pergi bazar aku teringin makan popia tapi tak beli-beli pun. So harini aku belilah, lastday kan. Bubu plak cari lauk pauk untuk berbuka. Sedang lihat-lihat, terjumpa pulak Cikgu Nuar and Cikgu X. Sakan betul cikgu-cikgu membeli belah untuk berbuka pose kan..bonus masuk la katakan :D

tadi terjumpe Pi’e. Huahua. Pi’e mintak nombor telepon saye. Hahaha. Saye masih dalam mood terkejut. Hahaha. Hahaha. Tetibe berubah cerita. Tapi kan, aku memang shock gila ahh. We bumped in front of kedai pandak rahman. Then aku ngn bubu pergi kedai double A untuk potostet. Pastu mase kat dalam kedai tu, tetibe Pi’e datang. Aku buat tak tau je sebab aku malu dengan die. Kitorang dulu satu team taekwondo. Die senior. Abang die yakni abang Hanif merupakan blackbelt dary.  Even aku ngn Pi’e dah lame kenal, tapi kitorang jarang bercakap2. Sape yang kenal Pi’e tau jelah die guy yang macam mane kan. Aku ngn Fairuz panggil die Pi’e Songkok dulu. Aku berkomunikasi dengan die melalui senyuman dan bahasa tubuh je. Hahaa lawak pulak bile ingat. Then bila die datang tetibe and mintak number phone aku, aku jadi terkejut gile dan terus lancar je mulut sebut nombor sendiri. Eh, ape benda la yang berlaku sebenarnye ? aku pun blurrrr. Pas mintak nombor aku, die cakap thanks and blah. APEKAH. Err sampai sekarang aku gelak sesorang. Pi’e Pi’e. Pehal la muncul tetibe nih. Seram aku tau. aku teringat gambar ko bagi aku dulu. Comel je ko bersongkok bagai. Mane gambar tu eh ? rasenye aku dah buat bungkus belacan kot. Haha kejam.

-hahahahahha. Masih tak dapat kawal perasaan. Hahahhaa-

Monday, August 15, 2011

salam ramadhan :D

entry pertama pada ramadhan indah nan permai lagi mempesonakan. syukur ke hadratNya kita masih berpeluang menghembus nafas pada bulan mulia dan suci ini. semoga amalan kita mendapat barakah, amin :)

well, puasa dah 15hari. today moreh family aku kat kampung. guna khidmat catering saja, mudah dan senang. menu biasa biasa. tapi alhamdulillah dapat isi perut semua tetamu dengan layaknya. and, hari ini adalah hari pertama perut aku terima nasi setelah beberapa lama meninggalkannya. oh ya Allah, aku risau perut aku kena culture shock. aku makan sesenduk je, tapi kenyang macam taknak makan setahun. err.
in less than 30days, aku akan hadapi exam trial STPM. after few days beronok menyambut raya, exam menjelang tiba. 6 SEPTEMBER 2011 . tarikh penting. tarikh yang menjadi pita pengukur kejayaan dan usaha kami calon STPM2011. aku sekarang lebih terarah kepada study. cuma kadang kadang terbabas, aku kan memang camni. huahua. 

okay then, nak balik rumah nanny dah ni. selamat berpuasa dan salam selamat :D