boleh pandang pandang

Friday, July 15, 2011

turn over new leaf

jumaat yang penuh barakah..
hujan turun..aman saje..

aku tak tahu nak mula tapi aku masih berhasrat untuk berkongsi sesuatu dengan anda..

sekarang kita semua sedang menjalani bulan july.. bulan tujuh.. mungkin bagi sesetengah pihak, ia tidak membawa apa apa makna.. tapi , bagi aku, semakin hampir ke penghabisan bulan julai ini, semakin terbit resah di sanubari. masakan tidak ? Insyaallah pada bulan september nanti aku akan menduduki TRIAL STPM.. mungkin, pada hemat sesetengah orang, masih banyak lagi masa. masih banyak waktu untuk berpoya poya.. masih ade ruang untuk berjimba jimbu.. tapi bagi aku, seolah olah sudah sangat suntuk.. bangun dari tidur, aku dapat rasa ketajaman pedang masa yang hanya menanti detik untuk menghiris sekiranya aku gagal mendahuluinya.. ibarat telur dihujung tanduk.. bangun tidur, aku raup wajah.. bersyukur kerana masih lagi celik untuk terus berjuang meneruskan hidup.. tapi, aku masih terkial kial memikir.. macam mana nak mula sesuatu yang baik dengan hasil yang baik.. aku jadi kaku sekejap.. minda terawang, membayang kehidupan aku untuk 10 tahun akan datang.. adekah senang dan mewah serta diredhai, atau bergelandangan mencari sesuap rezeki..

aku ade beli practice books. yeah, BOOKS means banyak. semangat sangat nak study smart dengan harapan latihan latihan mampu memantapkan aku.. tapi at last ? aku bukak , selak dan zzzz krohh krohh atas buku. masalah aku sekarang, (sebenarnya bukan masalah sangat punn) aku sedang kehilangan buku rujukan untuk SEJARAH ASIA dan SEJARAH MALAYSIA. begitu juga dengan PENGAJIAN PERNIAGAAN 1. aku buntuuu . tak tahu lah kemana hala nya buku buku tersebut, tapi aku dah agak fed up nak mencari.. jadi aku buat kesimpulan , STUDY SAJE MANE ADE. bodoh betul aku.

sempena hari barakah ni.. aku berniat nak jadi better.. kau tak paham tak ape.. aku cuma nak ubah diri.. mungkin susah tapi masih ada cara.. mungkin terlambat tapi masih ada waktu.. walau masih tidak perfek, aku masih perlu membasuh diri.. cuci minda.. ape yang keruh dijernihkan. ape yang kurang ditambahkan. 

berubah perlu pengorbanan. dan bagi diri aku, aku perlu pendorong untuk berubah.. dan tadi, ade perkara yang mendetik semangat aku sekaligus aku jadikan pendorong untuk berubah.. aku tidak pasti samada benar atau tidak, tapi seorang guru yang telah aku angkat menjadi teman bicara berkongsi cerita telah memberitahu bahawa dia telah terbayang aku akan menjadi seorang yang hebat, malah menjadi wakil pelajar di universiti nanti.. jadi, aku bertanya sebab apa beliau mempunyai vision berkenaan. maka beliau mengatakan bahawa sejak dari mula melihat aku, beliau dapat merasakan perkara tersebut mungkin berlaku berdasarkan cara dan gaya aku. entah, aku semacam tidak percaya.. tapi ape yang boleh aku ambil positif ialah, aku jadikan vision beliau sebagai pendorong untuk aku berjaya.


- entry yang tidak menarik. aku tak makan dan lemah badan. tak selera. sakit kepala. okbai

No comments: