boleh pandang pandang

Wednesday, July 13, 2011

ape malang ?

syukur ke hadrat Illahi sebab hari ni aku masih hidup .

assalamualaikum dan salaaamm sejahtera.

hari yang bermula dengan baik dan nice berlanjutan hanya sampai tengahari. aku hari ini diuji Allah s.w.t . pertama tamanya, hari ni ade program 'HARI BERSAMA WARIS'. err intipati program ni pun hampir keseluruhan upper six tak faham , tujuan dan hala tuju program ni pun tak berape nak jelas. well, untuk tidak menghampakan pihak pengurusan, aku still invite mak aku datang, but this morning baru aku suruh. my mum pun have no choice since she have to meet my younger sister punya cikgu sekali. namun, ape yang menarik ialah mak aku merupakan orang pertama yang akan memulakan sesi yang aku gelar sebagai 'sesi bukak pekung'. aku berasa sangat bangga yang teramat sangat kerana mak telah berjaya merebut tempat pertama tersebut menyebabkan risiko untuk beliau sembang ngn cikgu untuk tempoh yang panjang adalah sangat tinggi. bersemangat je beliau dapat first place. tak tahu pulak dalam hati aku ' kenape mak tak payah datang terus je?'erghhhh. stress. so, tanpa berlengah, sesi bual bicara dimulakan. at first aku seronok sebab mak cakap result aku flying colors. aduhai mak, dapat pointer standard kekanak tadika pun dikatanya cemerlang. sonok aku ade mak camni. then, macam macam benda lah yang dikorek dan dikeluarkan. kalau aku taip sampai esok pun belom tentu settle. pendek  cerita, aku memang kena keritik dan kena down sedikit sebanyak tadi. bagus cikgu, seronok dengar anda berdua nyembang tak hingat. keep it upp.  hehe. but dont misjudge, aku bukan bengang bila jadi begitu, aku seronok sebenarnya mak aku ade datang. sebab, bukan semua parents dapat datang sekolah untuk hal anak anak camni. parents aku tak pernah miss untuk datang jumpe cikgu tiap kali sign report card. thanks mum and dad. =)

next, balik rumah s.i dengan bubu sebab beliau nak settlekan hal kewangan dan sebagainya. sampai rumah aku, terus lepak bilik. but at first terkejut jugak tengok rumah cam kena langgar garuda. hmm takpelah, aku pun penat so memerap dalam bilik ngn bubu dan layan movie sampai dua dua tersepok tidor. around 2.30 pm, tetibe aku terjerit . terkejut sial. tengok jam dah pukul 2 lebih. pastu pegang handphone tengok ade call tengah running. gila, kelam kabut cakap dengan orang yang call. haha tah bile aku pick up that call aku pun ta tau. memang mamai 99% time tu. well, kemas kemas rumah sikit pastu keluar. aku hantar bubu ke bank islam dan vroommm ke bayan untuk jumpe hanis.

saat dan ketika aku parking moto, tetiba aku jadi gelabah ayam. serba tak kena. nak pegang beg, nak pegang laptop, nak pegang kunci dan bla bla bla. kemuncaknya, helmet kesayangan aku pelepap berdentum kebabommm jatuh atas jalan dan dengan sayu penuh hiba campur kejutan aku pandang senget kat helmet yang bergolek dan seterusnya menjunam ke dalam longkang besar depan taman maju tu. YA ALLAH, beratnya ujian Mu. namun sebagai hambanya aku redha. berbekalkan kekesalan, aku tepuk dahi tengok helmet yang bersemadi dalam longkang. kat sebelah kanan ade dua orang si kacak sedang baru nak bukak kilang asap. salah sorang berkata, ''wehhh kau pergi lah tolong diaa.'. Fakin good, datang la mamat kiut yang pakai tee kelabu menjadi ultraman aku. dengan penuh hormat beliau turun dalam longkang yang kedalamannya hampir sama dengan ketinggian beliau dan mengambil helmet tersebut. ohhhhh mamat, sudahlah kiut, baik jantung hati pulak tuh. aduhai, kalau aku solo, aku dah mintak dah no kad pengenalan beliau. dan demi untuk menambahkan kebajikan yang dilakukan, sorang lagi mamat yang memakai tee putih hijau telah membantu aku untuk mengetos dan menjemur helmet tersebut. luruh sebentar jantung saya tatkala mereka begitu prihatin. saya berasa berasa berasa sangatt terharu. bagaikan ingin membelanja mereka makan beger abang bob tapi sebab aku ketika itu sedang sangat sibuk sebab dah ade appointment dengan hanis and cooperation, aku just can say ' thankss koranggg, sorryy bangat. guwe mintak maap ya. makasih bangat ya' . sumpah malu yang amat sangat ketika itu. mane nak letak muka ? rase nak terjun dalam longkang. senyuman mereka berdua masih aku ingat sampai sekarang. haha.

later, selesai bincang ngn hanis mimi dan mira, aku chau. amik bubu dengan penuh rasa hiba. entah ape kempunan si bubu die ajak aku makan mamak. adeh, aku sertakan syarat iaitu kite makan di mamak kat sidek. taknak aku makan kat bayan. malluuu. then terus lah we all vrom ke rahman. bagaikan ingin menduga tahap sabar aku, tetiba terpandang ade benda tompok tompok kat tudung. eh ape mende lahanat kat tudung aku ni ? ah sial, ketara begitu. maka aku abaikan ia, dan menapak ke dalam kedai. bila duduk je kat rahman, seluruh tubuh aku rasa lemah. badan tetiba longlai. rasa nak demam. tabah hati aku kuatkan jasmani dan fizikal. duduk melangut tunggu bubu makan, pastu blah cabut balik rumah.

aku harap dengan beristigfar dapat tenangkan aku. astagfirullahalazim..

- Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari had kemampuan hamba tersebut -

No comments: