boleh pandang pandang

Friday, July 8, 2011

tak berape

kenape ? entah...

bahagian mane yang malang tentang aku, aku pun tak dapat detect. banyak serabut je berbanding hari lepas. mengantuk all the day long. belajar hari ni ape yang masuk ? tak pasti. harap ade yang lekat. 
balik sekola, pergi rumah kelly. tapi kemaluan sebab salah rumah. bodoh betul, rumah design same. yakin je masuk rumah tu padahal rumah kelly kat sebelah. bahagian mane otak yang not funtion well aku pun tak pasti. bebal je say sorry to the host and blah ke rumah kelly yang sebenar. NOOB. 
tiba kat rumah kelly, terus jalankan urus niaga. then, lepak jap kat kandang arnab sekitar rumah beliau. lepak lepak. tetibe nampak dalam sebuah bekas air ade dua orang anak burung. burung wak-wak. comel . hitam pekat legam. terkuek-kuek dalam air. aku angkat sorang dan letak atas tapak tangan dah.... 

KECEPEKKK.

beliau lari. ya, anak burung bertuah itu lolos dan berambat di atas tanah. kelam kabut aku bubu and kelly g kejar and kepung. pada saat kemuncak, beliau dapat dikepung namun ketika tangan hampir mencecahnya, beliau berjaya lolos lagi. vuuspppss hilang dalam hutan lalang sebelah rumah kelly. lahanat. susah nak cari. lalang dengan aku dah same tinggi. miang tak payah cakap. kemuncup semalu ape semua one set cukup lengkap ada. tapi aku tak hirau. keep on lookin fer the lil black bird. dahla menatang tu kecik, hitam. kau rase senang ke nak cekup ?? mampuih aku. bising la mamat nanti. payah payah die jumpe burung tu and bring it home, aku kasi hilang. pandai kan aku. 
jadi, misi mencari diteruskan. memang panas. waktu jam pukul 1 tengahari. tegak je sun on head. dah tension je. pastu diam kejap. berdiri di lokasi masing masing dengan harapan beliau muncul. tappp ! muncul seekor binatang celah rumput tebal tu. haaaa itu pon beliau. ape lagi, rushing la kejar. but unfortunately, beliau macam ade magik, sekelip mata dah leboh. tah mane hale nye beliau tapi memang hilang dari pandangan. gile kau gileee. aku dah maigrain. terus jugak mencari cari namun beberapa minit kemudian about 1.30pm, usaha mencari dihentikan. tak mampu dah. tipis harapan. rase bersalah memang tebal tapi ape boleh buat ? aku stress dah. karang mati kat situ bunuh diri pulak.
balik rumah, aku shower. best dapat mandi panas panas. memang terase best sangat bile kepedihan di kaki dan tangan akibat dibantai lalang dan tumbuhan liar tadi. 
calar kaki buruk aku. sabar jelaa. 
kemudian tidur jap. lalut lalut tidoq sampai tak sedaq dah terliwat. gila ang. petang jam 3petang ada kelas. mrX dah warning siap dah suh datang kelas. mati mati. aku tak siap lagi. makan pun belom. lalu dalam kabut tu aku g masak bihun pama, and meanwhile, bersiap pakai baju untuk g kelas. ala kadar je siap. kemudian, tak sempat pakai tudung lagi sebab baru dua tiga sudu suap bihun pama, bubu sampai. adoiii. terpaksa pulak lepaskan bihun pama dan pakai tudung dan vroomm ke sekolah. 
kelas PA2 petang tadi memang....entah lah. seronok tu seronok tapi berat sikit. buat graph sampai jadi gian. pastu pening. stresss. lemah ginjal. sekali dengan cikgu pun BLURR. tabah jela.
balik kelas, terus ke rumah. lepak lepak relax. sampai malam. pastu skype ngn si botak. baru 42minit sembang, dah dapat bad news. ade pulak futsal malam ni. hmmm memang tarik muka la aku. bodoh je, malam malam bukan waktu rehat ke ? ah lantak, pergi le kau main. ape hal pulak aku nak jadi batu penghalang kau. biar la aku bengang sekejap asal kau dapat main futsal. yea, botak cakap futsal tu penting bagi die. oke, memang sangat penting bagi awak. saya pun malas nak heran sebab itu life memasing. tak nak kacau.
disebabkan botak dah blah, aku pun layan rajuk di hati jap. serious rase nak menitik air mata tapi tak tau kenape lah. tahan nina tahan. benda kecik pun nak nangis ? jangan bebal ye.
bukak FB, mula bukak privacy setting. lihat blocked list. ada satu nama. nama yang buat aku bergetar bila terbaca. dan ape yang aku dah buat ialah, unblock beliau dan....bukak profilenya dan lihat gambar. RINDU. amat rindu. masih ada lagi rasa itu dalam hati tapi sedang diketepikan sebab aku dah terima untuk menjaga hati yang lain. insan yang lain. ahh tak de ape sangat. just tengok gambar, senyum. :')

malam ni aku berkira kira nak buat report interview pegawai penjara haritu. dateline monday. letih.

hari ini : TAK BERAPA seronok

No comments: