boleh pandang pandang

Saturday, June 25, 2011

bakhat

hari dimulain dengan ring ring di telipon menandai waktu 6 pagi.
tangan mengagau dan terserempak henpon lalu menekan punat SWITCH OFF. 
okay, krohh krohh pejam balik. 

kemudian mate tercelik celik. terdengar bunyi pompang pompang kat dapur. angkat kepala sikit dan awasi alam sekitar. ohh . bubu takde. die dah bangun dan ke dapur untuk urus rumahtanpatangga. takpe lah, pejam lah jap. tunggu die habis mandi.
beberapa menit kemudian aku terase nak tunai tanggungjawab lalu bangun dan celik. bubu pun ade mai masuk bilik cadang nak gerak aku la kot tapi aku da bangun. then, aku mandi. kemudian, lihat di dapur dan berkira kira untuk menyediakan sedikit menu ringkas, membantu bubu menyediakan bekpes. okeh, siang ikan sedikit dan kemas kemas sedikit. selesai kerja suri romoh tanpa latihan amali.
namun demikian, kami mule terpikir. bagaimana cara untuk ke sekolah dengan sebuah moto dan manusia yang ade TIGA ? sape nak duduk dalam box ? takde sape lah muat pulak. mule lah callin2 sumber yang ade di sekeliling. setelah gagal menghubungi pentoi untuk bekerja sama dengan paus, bantuan terpaksa didapatkan dari encik mikimi. beliau lai lai romoh dan hangkut bubu juga pikachan manakala ninasan membawa mutur. vrommm.

peluh di dahi tanda resah, kecut di perut tanda takut. aku merupakan DEEjhay anda untuk hari kooop pada today. well, bakhat pertama aku. aku tak penah mendapat akreditasi dari mane mane pertubuhan yang mengesahkan bahawa aku boleh menjadi deejhay yang hebart. namun demikian, tanggungjawab sudah tergalas di bahu. mahu atau tidak, kata setuju telah di capai malah harapan jua diletak sekitar bahu. wajiblah kiranya aku berusaha sebaiknya sebagai nadi majlis pada hari indah ini. berbekalkan laptop dua ketul yang digunakan untuk putar lagu, aku mula memberi khidmat. majlis dimulain dengan salam serta sedikit briefing. permulaan yang agak terencat, segala perkara perlu dilambak dengan segera. semua pengelola majlis nak buat announcement. sume benda nak dihebahkan hingga ade yang tertinggal. dalam kalut itu, hadir emanchan membantu dengan menghulur berokben tatkala permintaan melebihi penawaran. dengan kuasa 4shared, alhamdulillah majlis berlangsung agak lancar walaupun terpaksa menslow sound kerana abang polis booth sebelah tak biase hingaq bingaq. thats oke lah, masih ade runut runut yang di dengari. better than nothing. trajedi penumpahan air membuat aku lebih berhati. kederhagaan membuatkan aku rakus meneguk tanpa menyedari bahawa tugas mengumumkan pemenang masih di tali gantung. menyedari keadaan nazak itu, segera aku meneruskan celoteh tanpa menutup botol air. tidak lama kemudian, tumpahan berlaku dan keadaan tidak panik. masih undercontrol. mujur berjaya menghalang lebih banyak lelehan berlaku. thanks kepada yang tulung. 

meski suara garau dek kekurangan bendalir dalam tubuh, diserikan lagi dengan penumpatan liang rome oleh habuk tempat faking kereta dan kawasan sekitar, aku menjadi lupa untuk mengambil peduli akan diri. makan tidak, minum apatah lagi. senantiasa setia di meja , mendendang lagu, menyajak ucapan dan mengumum pemenang. agak fenat dan lelah, namun bebanan tugas berjaya menaikkan semangat ku. seorang DJ perlu akur dengan kehendak tugas. itu prinsip.

tiba tengahari, majlis semakin surut. pengurangan umat membuat aku lega. lelah dapat dilepaskan , malah mampu menghela napas lega. kemuncak acara, pengumuman cabutan bertuah dengan BASIKAL sebagai habuan. okay, di sini ade satu cerita mengenai basikal. aku ade objektif dan kesungguhan untuk memiliki basikal tersebut. pernah juga memberangan membayang diri menunggang basikal. kicauan burung menjadikan kayuhan semakin tegas. namun, angan tinggal angan. insan lain yang lebih ade tuah, berjaya membolot basikal idaman. faka. agak marah ketika itu. namun, takdir wajib dipatuhi. aku sedih.

selesai kemasan tapak dan merehat diri, kami pulang. menjejak rumah terase jauh dan kesing. entah mengapa. mungkin penat mendorong aku begini. 

tiba di rumahchan, satu lagi bakhat perlu diasah. rengekan pikatot yang menggeletar kelaparan membuat moral kasihan aku meningkat. jadi, mengapa tidak aku memasak seperti yang dijadualkan sebelum ini. rujukan kepada jadual pemakanan membawa kepada usaha aku memasak tomyam. yeah, agak lama diperlukan untuk firstimer seperti aku. perlu menghubungi mak untuk mendapat kepastian, maka setelah mendapat resepi tradisi aku pun mula tungtang tungtang masak. pengalaman yang masih mentah mendorong beberapa perkara menjadi kurang perfek. kebiasaan aku sebagai seorang yang jarang guna garam dalam masakan membuatkan tomyam sdn bhd kurang enak. terpaksa touch up untuk hasil setanding gerai d'kerabu sidec. alhamdulillah , did it. we did it. makan masakan sendiri sambil lahap bertiga memang indah. tak perlu merungut tentang masakan di kedai tidak sesedap air tangan sendiri. begitu seronok makan panas panas dan kemudian menghadap sawah di belakang sambil kunyah betik. Hmm NICE.

sekadar itu bakhat yang berjaya tonjol hari ini. perlu banyak belajar lagi untuk hasil lebih mantap. potensi sudah ada, cuma perlu digarap untuk hasil yang BOOMED. 
aku bakal menghabiskan beberapa malam di rumah bubu, untuk tujuan keselamatan dan  kebahagiaan beliau. dengan pikatot sebagai watak extra, pasni malam ini akan sehangat semalam. ahaa . love love :B


- dari DANDAN untuk BUBU tapi nina rembat. nak yang merah, tak dapat. sedih lagi =(
*hehe, thanks bubudan .