boleh pandang pandang

Monday, March 14, 2011

H.e.C.t.i.C

bismillahirrahmanirahim ~

dah lame tak menaip. dah tak reti nak wat intro. dah tak tau nak taip ape. dah takde interest terhadap internet. dah mule bertukar angin. 

okay, minggu cuti dah bermula. as the holiday starts, homework juga memunculkan diri. kelas tambahan turut disertakan. ade yang merungut. ade yang berkobar. namun itu semua tidak menjadi masalah besau. kerana aku semakin ghajin. (ghajin tido makan main jalan jalan)

hari hari yang telah berlalu telah dimanfaatkan dengan begitu baik sekali. almost every weekend aku tak menunjukkan muka sangat kat rumah. sabtu ahad aku berlibur. kenduri. kendara. ipoh. shopping. skirt. blaus. makan. SCORE-A. jalan jalan. buang duit. tak tentu hala. dan sebagainye. 

libur libur jugak. aku sebenarnye gemontar. MUET dah hampir. exam semakin dekat. ujian selaras baru lepas. result baru dapat sikit. dan yang paling penting result itu sangat mengejutkan. sape sangka student harem jadah cam aku dapat score BM ?
 itu semua ketentuan ILAHI. haha

hmm. few weeks before, form6 heboh dengan isu SO SI AL. ape yang boleh aku ulas tentang fenomena ini ialah, AKU MALAS AMIK PORT sangat. yelah.. benda dah lepas. salah siapa ? salah aku. salah kami. cuma, ape yang ingin aku tegaskan disini ialah benda itu tak perlu diperbesarkan. tak perlu dihebohkan. dan yang pastinya tidak perlu ditokok tambah asam garam perencah serbuk pasti sedap nye. BIARkan lah ape yang dah berlalu. it's not a big deal pun. dan para pendidik di luar sana tak perlu lah menuding jari kepada sesiapa. kami tahu kami khilaf, dan kami sudah menginsafi nye. ape yang kami buat tu, bukan under pengawasan sesiapa. kami rancang sendiri. kami tidak berniat jahat. okey, STOP.

tapi ade jugak perkara yang aku tak puas hati. banyak sangat. terlalu sarat konflik yang datang. dengan pembikinan wacana sekolahnye. problem para pendidik. masalah pendidik selesetip. masalah student bingai (cam aku). masalah serba dan salah kami sebagai warga negara pra-U. 
yang paling tak best adalah kisah kerajinan form six. bila cikgu mintak tolong, kita tolong. bila cikgu marah, kita diam. anggaplah dilemma itu sebagai cabaran untuk kita menghadapi karenah insan yang pelbagai.

aku ingat cuti ni nak spend time ngn kawankawan lame. tapi, busy. kerja menimbun tu sape nak buat ? jadi, kepada kekawan yang nak ajak aku g ranggi atau jimba, tunggu hujung minggu oke. one more thing, tolong jangan tinggalkan pesanan kat FB. aku malas layan sangat benda jadah tu. rase cam buang mase. dah jarang gila aku online sekarang. ape ape berita sila hubungi telipon aku ye.

azam kali ini, aku nak tetapkan hati. kurangkan kontrobesi tingkatkan prestasi.



-nampak sangat aku malas menaip. ayat cam gampang kan ?

No comments: