boleh pandang pandang

Friday, June 17, 2011

serampang beberapa mata

segalanya bermula dengan ceria apabila cikgu yiee masuk kelas and ajukan soalan yang same seperti soalan yang beliau ajukan beberapa hari lepas. soalan yang diutarakan ialah maksud serampang dua mata di dalam konsep DEB. beliau telah suruh kami google menatang tu and unfortunately, takde sape yang berbuat demikian termasuk aku. well, kelas hanafi memang baguih umatnye, kalau bagi kerja memang tak pernah tak siap. aku tak search benda tu sebab aku terlope, kalau aku ingat pun kadang kadang takde peluang nak search sebab aku kat sini, intenet bukanlah di dalam kekuasaan aku. jadi, aku pun harap le memember yang gemilang dalam HC tu duk carikan , namun hampa di hujung cerita. tak sempat serampang dua mata di beri penerangan, tetibe topik bertukar tajuk. dari hal DEB, kami berbicara tentang konsep ' SAYA MENDAHULUI CIKGU' . konsep ini telah diperkenalkan sendiri oleh Right Honourable encik yie apabila beliau mula rase keciwa dengan prestasi kami yang tak mampu jawab soalan kacang badam dari beliau. maka beliau mule mengeleborate points tentang konsep tersebut. menurut beliau, sebagai pelajar yang rajin kita haruslah mempunyai sikap dan ethuatism untuk mendahului para guru dalam bidang pelajaran. ape yang ingin ditegaskan ialah , pelajar seharusnya telah membuat ulangkaji tentang pelajaran yang ingin dibincangkan di dalam kelas oleh guru. sewajarnya, pelajar sudahpun mengetahui apa yang dihujahkan oleh guru melalui pembacaan mereka sendiri di rumah. melalui kaedah ini , menurut cikgu yie, dapat membantu pelajar dalam memahami dan memproses ilmu dan wadah yang diuarkan oleh guru. apabila pelajar sudah membaca tajuk yang dibincangkan oleh guru itu, maka beliau tidak akan tepinga pinga ayam di dalam kelas tatkala guru membentangkan tajuk tersebut. kaedah ini sangatlah berkesan sekiranya di dalam diri para pelajar tersemat satu sikap positif yakni RAJIN yang sudah pastinya mampu meransang pelajar mendaki puncak kecemerlangan.

okeyh, selesai bincang benda lari topik tu, kami terbukak pulak cerita tentang DG DG para guru. tanyelah DG tu ape. haha. DG tu lebih kurang cam pangkat guru guru la dalam tangga penggajian. honestly aku tak berapa maklum maksud sebenar DG DG ni tapi aku berminat untuk mengetahuinya sebab aku bercitacita nak jadi pendidik suatu hari nanti. macam macam story keluar, habis story DG cikgu cikgu kami duk korek dan kalau boleh kami nak tau gaji cikgu namun strategi provokasi yang dijalankan kurang berjaya. thats okey, dapat tau DG dan tangga gaji pun dah seronok. berkobar lagi rase nak masuk U. 

tak lupe juga, cikgu yie ade memberi sedikit motivasi kepada kami. banyak perkara yang dikongsikan . segala ilmu yang pernah disemat dalam dada dan hatinya diluahkan semula kepada kami. yang membuatkan aku berasa teruja ialah apebila cikgu yie unjurkan kepada kami STRATEGI belajar yang bagus. but strategi tu aku malas nak kongsi sekarang sebab ade beberapa perkara yang perlu diperkemaskan lagi sebelum strategi yang insyaallah berkesan tersebut dibongkarkan. 

now, benda paling membuatkan aku membabi babi beberapa kali kat sekolah tadi ialah MASALAH YANG TIMBUL SELEPAS MASALAH ITU BERJAYA DISELESAIKAN. tadi jajila and dayah masuk bilik encik MTA and dapat cerita yang tidak enak. maka apabile mereka kembali ke kelas dan menceritakan cerita tersebut kepada kami, aku sebagai tok dalang berasa sangat angin dan segera meng!@#%^&* tanpa disedari. maaf la rakan , aku terkasar gile sebab aku rase panas. aku sangka isu ini sudah selesei , namun sebaliknya ia menjadi semakin parah. luka semakin dalam dan nanah semakin busuk. aku pasti punca isu ini adelah tindakan aku sendiri. namun aku rase benda tu dah berlalu right ? ucapan MAAF secara terbuka dan face to face sudah pun berlangsung, lalu ape lagi isu yang dibangkitkan hingga timbul cerita lain yang lebih ribut ? menjadi satu persoalan, mengapa isu sebegini boleh muncul dalam masa beberapa masa sahaja. aku sudah pun terhambur rase kecewa dan tidak puas hati tadi, namun hanya di depan classmates. niat aku sekarang ialah membersihkan keadaan sebersih bersihnya tanpa meninggalkan walau secalit pun kesan minyak. aku akan cuba usaha dengan daya yang aku ada supaya anda yang tidak terlibat tidak akan dilibatkan kerana dari perspektif aku, isu ini sangat besar di peringkat sekolah, kerana ia turut melibatkan pihak luar. jadi, sangat tidak menarik kalau anda yang tak tahu ape ape dan tidak terlibat, turut tercalit lumpur. aku cuba rasional, dan cuba matang dalam mencari konklusi kepada perkara berbangkit ini. sokonglah andai aku benar, dan tibailah andai aku salah. aku terasa sedikit kusut, namun di cuba CHILLAX supaya tidak menjejaskan emosi yang mudah bara ini. aku harap ade penyelesaian dan aku ade beberapa tindakan untuk dilaksanakan. 
jika berani menjatuhkan orang, mengapa tidak berani menaikkan diri ? 

-wahai emosi, janganlah mendorong hati menjadi mati -

No comments: