boleh pandang pandang

Saturday, March 26, 2011

aku janji ~

aku janji ~
pada mu ~

bla bla bla.

sape tengok cerite 'begitulah cinta' yang ditayangkan petang petang kat tv3 tu ? aku cube menaip bait-bait lagu theme drama tersebut namun aku gagal. haha

assalamualaikum ya habibi ya maulana dan juga unta ~

hua, tadi siang ade majlis mesyuarat PIBG and ukurjanji akujanji. ade sesape yang tak reti akujanji tu natang ape sila kentut kekuat ! oke, takde sape kentut. saye anggap anda tahu okey ? hehe. camni la, to cut it short, akujanji tu gunanya untuk para student yang bakal menghadapi EXAM seperti PMR SPM and STPM untuk memperagakan ibu bapa masing masing di hadapan guru kelas. (nyata sekali tidak tepat ayat ini). 

apabila tiba hari akujanji, para anak anak akan mengusung ibu bapa memasing untuk dibawa bertemu dan berinterview dengan guru kelas mereka memasing. namun begitu, seperti yang sering dijangkakan oleh geguru, terdapat ramai pelajar yang agak malu malu nyamuk untuk membawa ibu bapa mereka. terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. sebagai contoh, para pelajar berkemungkinan besar berasa takut sekiranya ibu bapa dan guru mereka bergabung untuk membincangkan hal ehwal mereka. para pelajar akan berasa resah, takut-takut kalau rahsia mereka samada di rumah atau di sekolah akan dibocorkan oleh ibu bapa dan guru. sekiranya perkara itu berlaku, pastinya pelajar tersebut akan dihentam habis habisan dan bakal dijadikan bahan gelak ketawa oleh rerakan mereka. sehubungan itu, pelajar seperti ini mengambil inisiatif dengan memberikan beribu dan mungkin berjuta alasan kepada ibu bapa penjaga mereka supaya mereka tidak perlu hadir ke majlis tersebut. malahan ada juga pelajar yang langsung tidak menyerahkan surat pemberitahuan majlis akujanji tersebut kepada penjaga mereka. maka timbullah isu IBU BAPA TIDAK PRIHATIN terhadap pelajaran anak anak. walhal, anak anak sendiri yang membuat onar. 

dalam kes aku tadi, aku dengan getarnye bawak mak aku
 ( eleh tipu je, tak gentar pon !)
pada jam 9 pagi, kami bertiga ( adik aku sekali, form3) pegi sekolah. first sampai , aku suruh mak aku pegi dewan, dengar ceramah PIBG tu dulu. aku pulak cadang nak pegi pekan sabtu, tapi terpaksa batalkan sebab hujan. terpaksa le memerap dalam kelas. 
short the story, pada jam lebih kurang 11 pagi, majlis akujanji pun start. naiklah kami ramai-ramai ke atas pentas. majlis dimulakan dengan ucapan mendayu dayu dari cikgu sarah selaku pengacara majlis. beliau telah berjaya membuatkan beberapa ibu bapa yang aku nampak kat depan aku, menitikkan air mata. aku tak nangis eh, sebab busy halakan wajah fotogenik aku ni ke kamera si ecah, yang mana seboleh-bolehnye nak ambik gambar setiap helaian bulu hidung aku. after finish cikgu sarah dan sesi tangisan nye, wan izmeer selaku KAYYU (KU) pun dijemput untuk mengetuai bacaan ikrar yang panjang berjela jela. berdasarkan ape yang wan bagitau, beliau mengeletar mase pegang mikofon walopun beliau telah praktis depan aku selama beberapa baris ayat sebelum majlis bermula. biase le tuu, darah manis.. eh bukan, darah gemuruh.. 

cikgu marina selaku guru kanan hal ehwal murid telah berpesan kepada kami semasa rheasel semalam. beliau kata, beliau akan doakan semoga anak-anak yang berikrar dengan sepenuh hati akan mendapat kejayaan dalam peperiksaan nanti. maka dengan itu, aku pun nak mendapat barakah doa seorang guru tersebut. lalu, ketika ikrar dilafaskan, aku mencuba sedaya upaya saya untuk melafaskannya seikhlas mungkin. walaupun fatin (beliau berdiri sebelah aku ketika ikrar) kate beliau tak dengar pun aku menyuarakan ikrar tersebut. so saddd. mungkin kerana aku tak sebut kuat sangat kut. plus, ade beberapa perkataan yang aku tak dengar.
SALAHKAN WAN IZMEER ! teheeee.

settle berikrar, pelajar semua dibenarkan tarik mak bapak memasing bawa jumpe guru kelas. aku pon beratur panjang le tunggu turn untuk ditemu dan dibual oleh Puan Lina, my sweet classteacher. after beberapa menit, tibalah saat aku disoalsiasat.

'' Lahhhh haslina ni anak akak ni ke....'' kata cikgu lina kepada puan jamaliah. 
maka mereka pun bersalaman serta bersoreh. saat yang bosan ye wahai kawan kawan. 
cikgu lina pun mule le bukak sejarah aku.. tanye sal akak aku yang takde kena mengena ngn akujanji ni laa. aku redha jela. takkan nak letak tanda noktah tetibe plak kan. layan saje.
mak aku dan cikgu pon sembang rancak le berdua.. ape lagi, cite sal aku lee.. cikgu tunjuk markah exam aku tahun lepas..dan sebagainya.. yang paling penting, cikgu macam pertikaikan pulak target yang aku letak untuk STPM2011 tu. salah ke aku target markah 90 untuk semua pelajaran ? 
tak salah kut. hee.
abis crite crite, tiba mase untuk sain. cikgu hulurkan pen, aku sambut. sain laju laju. dan kemudian turn mak aku sain lak. abes je sain, terus salam cikgu dan cabut lari. 
and the best thing is, aku tak kena pun berikrar depan cikgu and mak aku cam budak lain kena buat ! haha. amatlah lega kerana tidak perlu tersengih sengih berikrar face to face ngn mak and cikgu. wuahahaha. tak tau la kenape aku tak kena. mungkinkah sebab aku kiut ? oh tidak. haha

habis akujanji, kami bergerak ke rumah makcik timah yakni pengasuh aku kecik kecik dulu. anak beliau kawin. aku dengan comelnye datang kenduri dengan baju sekolah. serius tak seronok ! mesti orang ingat aku baru darjah tiga, kan kan kan ? okey, kenyang perut, kami pun pulang dan rehat.

begitulah ceritenye. hari yang kenyang. enak sekali dapat makan macam macam benda harini. rase bahagia sangat sangat ! hagagaga.

- esok insyaallah aku pindah duk rumah opah aku. kenape pindah ? nanti la story. nak bungkus baju =)

No comments: