boleh pandang pandang

Monday, June 6, 2011

rombongan pakmats dan mak bedahs



Kelmarin, tuanku PD dengan dreba nye selaku artis jemputan berserta si mok yang berperanan sebagai penyesat maghi perak. Ciknina selaku watak utama dalam episod sembilu 707 telah mengorbankan sabtu ahad nye untuk menyerahkan diri kepada mereka mereka yang sentiasa gegeh mengexplore negeri tanah kelahiran pejuang datuk maharajalela nih. 
( aku keturunan beliau tau )
Maka, episod sabtu bermula dengan percubaan kami ke kuale kangsar untuk jenguk galery sultan azlan yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang baru pas kenyang makan kat kenduri kawin tu. Meskipun perjalanan yang sepatutnye mengambil masa lebih kurang sejam sahaja itu telah memakan masa lebih dari sejam kerana masalah traffik. Betapa fukin nye apabile tersangkut kat layang kanan pabile manyak nau kendughi. Encik polis trapik, sila ambil tindakan sebelum kami mem***** anda.  Err. Kemudian, sampai sahaja kami bersama prop, lightman, kamerawoman dan tukang bancuh air di galeri tersebut, tuanku PD dan pasangan gay nye telah menghembuskan asap rokok menyebabkan watak utama memberi pandangan serong lagi menyerongkan. Takpelah, story dah lepas, harap takde episod ulangan babak asap asap ni. Mak tak suke nyah. Kami kemudiannye memasuki galeri dengan perasaan yang cannot say by words kerana banyak ummat yang ade dalam galeri tu, berdasarkan bilangan kasut yang kami lihat berselerakan di sekitar pintu utama. Memasuki galeri tersebut menerbitkan satu perasaan halus dalam diri watak utama, kerana bermacam jadah benda ade dalam tuh. Tapi objektip utama kesana untuk menonton taming sari maka kami pun hadap la benda tu kejap untuk beberapa menit kemudian pusing pening dalam galeri yang menarik itu. Usai memusing , kami melangkah keluar dengan penuh style dan menuju ke bangunan hampiran, meninjau ninjau keadaan yang best di situ, senap sekeping dua walopun kemaluan dan blah. Vroom g cari lubuk makanan. Singgah kat tebing sungei peghok dan santap disitu. Makanan nye, sangat walaoo sodap cam orang baru belaja masak. Meskipun perit untuk ditelan, kami gagahkan jua makan sampai tak mampu. Padan muka kat orang melake, datang perak makan tak sedap. Haha. Kemudiannye selesai makang, kami pulang. Tak pulang terus, singgah sat kat cempaka sari bridge. Melepek lepek kat situ jap, pastu cross ke parit dan jalang jalang kat pasau malam. Melakarian agak terkezut apabile jumpe satey rege RM 0.30 secocok kat pasau tersebut lalu membeli nye sebagai kenang kenangan. Kat tempat dorang secocok RM0.50 je, murraa. Haha. Selosai membelah beli, menapak lagi atas jambatan. Masuk kerete dan vrooomm pulang. Sumpah PENAT.
Pada hari ahad, episod terakhir. Mengikut proposal yang disediakan oleh si dumuk penyesat, kami akan ke LAM LOKEN dan KELLIE’S CASTLE.  Walaupun dijanjikan bergerak jam 6 pagi mengikut rancangan si bab, maka dua jam kemudian baru kelibat bibah dan krewnye sampai depan umah aku. Takpelah, itu small matter. Yang big matternye ialah bile aku jadi pencacai, mengambil alih peranan si aqilah sebagai penyesat. Firstime aku ke ipoh sesat time pegi, selalu nye sesat time balik je kalau naik kete ngn kekawan. Ni semua salah pencacai la ni bagi direktion jalan ulu mane tah. Haha. Maaf maaf, pencacai cam saye memang noob kalau takde GPS. Ecehh tipu je GPS semua tu. Last last, nak cari pasau loken yang tah lubang mane die nyorok punye pasal, aku ngn debab turun untuk ask por direktion. Thanks to apek teksi kerana jadi GPS. Sayang kau apekk. Maka berkat apek GPS, sampai le kami ke lam loken yang sebenaunye hanya 5minit perjalanan dari tempat kitorang sesat. Jalang jalang kat loken yang penuh umat memang sonok sebab ade bau ketiak bangla, bau kencing sape tah dan sebagainye. Seronok tengok barang banyak banyak tapi serius takde nafsu nak beli ape kerana lapau penat dahaga. Tuanku PD pun cam longlai je. Kasi pusing loken sampai habis dan bergerak keluar ke kawasan selamat. Singgah kedai telipon dan grab satu motorola yang disangka menarik. Mekasih ye tuanku diatas huluran wang tambahan tersebut. Gedik seroonok dapat hp baru yang tuttttt best gile. Haha. Tamat pengambaran kat ipoh, move to keli kesel pulok. Memang tragedy punya perjalanan. Dekat sejam lebih buang minyak atas jalan cari keli kesel yang sebenarnye depan batang hidung je. Sebelum ke kesel, sumbat perut dulu kat fudkot batu gajah. Itu pun separuh mampus cari jalan batu gajah. Then mule ke kely kesel. Perjalanan terrible bertambah menarik apabile watak sampingan selaku kekasih pencacai kentut dengan wajah tak berdose didalam kereta. Come on mannnn, gua alergik dengar bunyi kentut di khalayak ramai ni. Rase nak starlight je si pelaku.  Sabau nina, terima lah dugaan ini. Then tamat drama bersiri dalam kereta, sampai la kami ke kely kesel selepas sesat keluau masuk ipoh-batugajah-ipoh-meru-bemban-simpangpulai dan sebagainye. Memang nicee. Maka pergi la memasuki istana cinta tersebut. Agak menarik, view atas bumbung yang gayat, underground room yang tak seram dan aiskrem konetto yang manis. Yang tak manisnye, terjumpe cikgu shida penyanyi fefular utube serta azad jazmin ( entah betul entah tak aku eja name die ) kat sekitar restoren keli kesel. Dorang shooting jugak kot seperti kami, mungkin. Tapi maap, saye tak greet pun ARTIS artis tu. Jeling sikit je. Hehe. Tamat perjalanan, crew prodaksi hantau aku pulang s.i dan mereka meneruskan pengembaraan mereka ke negeri hang tuah. Bai bai hati jantung dan perut ku sekalian, jasamu kukenang =)
Special thanks to mr dreba yag drive tanpa henti, juga kepada penyeri hidup beliau selaku penaik semangat dan yang paling sepesial thanks untuk tuanku Paya Dalam yang suke mengate name name kampung kat perak yang beliau anggap pelik. Thanks kerana menganjing, membelanja dan membawa dan menjaga budak kecik yang bingai ni. 
SAYANG U’OLLS.

-        Sudah tiba musim buat homework. Selamat beramalll =)

No comments: