boleh pandang pandang

Tuesday, May 24, 2011

please dunt wake me up ~

konnichiwaaa readers-sama

ahah, today is the forth day exam. eh no, fifth ! EHH entah ? okay just put it beside.

ini cerita last monday, time exam. paper ape eh ? maaf, kelupaan. 
nanti aku ingatkan balik. 
mase tu Puan **** jaga exam kelas aku. first masuk kelas , macam biase lah . bagi kertas soalan, lembaran jawapan and so on.. then , exam dimulain. 
aku selak kertas soalan, bace semua sampaiii habis.. pastu senyum jap. OHH SENANG JE SOALAN NYE. lepas buat conclusion tersebut , aku pun mulekan rutin exam aku. 
guess what ?

AKU LETAK KEPALA ATAS MEJA , setting baik baik punya supaya nanti takde kesan kedut kedut kat muka dan wajah . selesai selesa, aku pun memulakan langkah pertama menjawab exam iaitu dengan memejamkan mata selembut mungkin dan..ZZZZ. 
selamat malam kelas.

aku lelap dengan begitu lelap sekali. namun begitu, sebelum tido tu aku dah tengok jam siap siap. okay, baru pukul 8.05 pagi , waktu yang sangat tepat untuk refresh diri. time orang lain sume perah otak perah kain perah baju menjawab exam, aku pergi bersiar siar ke korea bersame GD. tak pe lahh, aku tak kacau laki orang pun kan ? 
GD single lagi ^_^

but then, tetibe aku rase bergoncang . eh eh ape ni. kenape ini. ape je yang terjadik ? aku pun memisat misat dan mencelik. LAHAII . Puan **** goncang aku rupenye. beliau suruh aku bangun, jawab exam. adehh. potong la camni. GD hampir hampir nak melamar aku dah tadi tetibe gempa melanda. tak menarik la. hancur ponah harapan aku. hmm. bile kena macam tu, aku stress. menung jap tengok kertas jawapan tadi. ohh baru tulis nombor soalan je rupe nye. takpe takpe, keep on living nina. 
sambung balik ~ dah kena gerak tu, aku bangun la. karang tak pepasai die hentak aku ngn bangku pulak semata nak suruh aku bangun kan. jadi terajedi pulak nanti. 
ishh tamau tamau .

yea, itu kes hari isnin. now, kes hari ini plak. kelas diawasi oleh lelaki X yang berbaju kelabu pada hari ini. 

time exam GEO paper1 yang sangat serooonok tika menjawabnye. lebih kurang jugak macam hari isnin punya stail. aku selak selak jap kertas jawapan.. beberape minit kemudian selepas bosan menulis nulis, aku pun letak kepale. bermain main dengan pen dan kemudian belayar ke heaven. 
krohh krohhh tidoq dengan aman sentosa. 

pastu, tetibe bergegar lagi. kali ni dengan meja meja sekali goyang. dahhh ni ape pulak ni. sape lagi yang nak bertumbok ngn aku ni. dengan segera sesegera mee segera, aku bukak mate dan ternampak wajah menawan lelaki X yang lalu disebelah aku. sambil berlalu, beliau mendengus , "hishhh kamu nihh" . 
aku pun dah paham la ape yang die cuba sampaikan. tak lain tak bukan nak suruh aku continue jawab exam. FINE laaa FINEE. aku bangun, tak tutop mate lagi dah. maka, dengan stress dan bara penuh di hati, aku sambung conteng kertas jawapan ngn jawapan yang bernas.

+++++++

sebenarnye ape motif aku post ni ? 
okay, to make u clear, aku sebenarnye cube menyampaikan bahawa aku memang suke tidur . itu yang pertamanya. YANG KEDUA, aku memang hobinye tidur dalam kelas. so ape boleh buat ? lain orang lain hobi kan.. takkan nak pakse aku hobi main masak masak ngn budak tadika lak kan ? dah itu kemahiran yang aku ade. terima jelahh. haha

sebenarnye macam ni.. aku tidur time exam tu bukan sesaje tidur.. actually tak mengantuk pun.. tapi, aku ade formula aku sendiri ketika menghadapi exam.. formula ni bukan ciptaan ahli kimia fizik atau math, but formula otak bijak aku ni sendiri. formulanye ialah, aku kena tidur time exam supaya benda yang aku bace pagi sebelum exam tu, dapat diproses dan menjadi maklumat dalam otak aku. simple je kan ? rasenye semua orang tau bahawa semase kita tidur, otak kita akan memproses maklumat untuk dijadikan storan dalam otak. maka, tak salah la aku lelap barang seminit dua time exam (sebenarnye lebih dari 10 minit). untuk mantapkan daya pemikiran aku, aku memilih untuk tidur. rutin sebelum exam bagi aku ialah mendapat rehat secukupnya di waktu malam dan bace nota di esok paginya. nota yang aku  bace tu tak banyak mane, sebab secara lahiriahnya aku ni pemalas. bace tu untuk buat syarat je, supaya tak rase janggal time dalam kelas tengok semua orang hadap buku. tapi time adrenalin tinggi tu, aku pulun la jugak hafal keynote and keyword. at least, kalau goreng jawapan nanti ade la manis manis sikit gorengannye. 

JADI, FAHAM ? 
faham kan kenape aku suke tidur. bagi aku , tidur menjana minda. tak lengkap kelas aku kalau tak tertidor walau seminit pun =B


NO ! sleep is PASSION. haha

jadi aku harap, JANGAN KEJUTKAN AKU TENGAH TIDOR kecuali aku ade suruh. bukan ape, nanti tak terjana idea, sape nak jawab ? sape sape ? kau ? boleh jalan la .

- dah ingat dah hari isnin tu exam ape, BM paper2. aku jawab essay ceramah dengan lebih kurang 1000+ patah perkataan. see, hasil daripada tidur lah tu. haha

No comments: