boleh pandang pandang

Monday, June 6, 2011

rombongan pakmats dan mak bedahs



Kelmarin, tuanku PD dengan dreba nye selaku artis jemputan berserta si mok yang berperanan sebagai penyesat maghi perak. Ciknina selaku watak utama dalam episod sembilu 707 telah mengorbankan sabtu ahad nye untuk menyerahkan diri kepada mereka mereka yang sentiasa gegeh mengexplore negeri tanah kelahiran pejuang datuk maharajalela nih. 
( aku keturunan beliau tau )
Maka, episod sabtu bermula dengan percubaan kami ke kuale kangsar untuk jenguk galery sultan azlan yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang baru pas kenyang makan kat kenduri kawin tu. Meskipun perjalanan yang sepatutnye mengambil masa lebih kurang sejam sahaja itu telah memakan masa lebih dari sejam kerana masalah traffik. Betapa fukin nye apabile tersangkut kat layang kanan pabile manyak nau kendughi. Encik polis trapik, sila ambil tindakan sebelum kami mem***** anda.  Err. Kemudian, sampai sahaja kami bersama prop, lightman, kamerawoman dan tukang bancuh air di galeri tersebut, tuanku PD dan pasangan gay nye telah menghembuskan asap rokok menyebabkan watak utama memberi pandangan serong lagi menyerongkan. Takpelah, story dah lepas, harap takde episod ulangan babak asap asap ni. Mak tak suke nyah. Kami kemudiannye memasuki galeri dengan perasaan yang cannot say by words kerana banyak ummat yang ade dalam galeri tu, berdasarkan bilangan kasut yang kami lihat berselerakan di sekitar pintu utama. Memasuki galeri tersebut menerbitkan satu perasaan halus dalam diri watak utama, kerana bermacam jadah benda ade dalam tuh. Tapi objektip utama kesana untuk menonton taming sari maka kami pun hadap la benda tu kejap untuk beberapa menit kemudian pusing pening dalam galeri yang menarik itu. Usai memusing , kami melangkah keluar dengan penuh style dan menuju ke bangunan hampiran, meninjau ninjau keadaan yang best di situ, senap sekeping dua walopun kemaluan dan blah. Vroom g cari lubuk makanan. Singgah kat tebing sungei peghok dan santap disitu. Makanan nye, sangat walaoo sodap cam orang baru belaja masak. Meskipun perit untuk ditelan, kami gagahkan jua makan sampai tak mampu. Padan muka kat orang melake, datang perak makan tak sedap. Haha. Kemudiannye selesai makang, kami pulang. Tak pulang terus, singgah sat kat cempaka sari bridge. Melepek lepek kat situ jap, pastu cross ke parit dan jalang jalang kat pasau malam. Melakarian agak terkezut apabile jumpe satey rege RM 0.30 secocok kat pasau tersebut lalu membeli nye sebagai kenang kenangan. Kat tempat dorang secocok RM0.50 je, murraa. Haha. Selosai membelah beli, menapak lagi atas jambatan. Masuk kerete dan vrooomm pulang. Sumpah PENAT.
Pada hari ahad, episod terakhir. Mengikut proposal yang disediakan oleh si dumuk penyesat, kami akan ke LAM LOKEN dan KELLIE’S CASTLE.  Walaupun dijanjikan bergerak jam 6 pagi mengikut rancangan si bab, maka dua jam kemudian baru kelibat bibah dan krewnye sampai depan umah aku. Takpelah, itu small matter. Yang big matternye ialah bile aku jadi pencacai, mengambil alih peranan si aqilah sebagai penyesat. Firstime aku ke ipoh sesat time pegi, selalu nye sesat time balik je kalau naik kete ngn kekawan. Ni semua salah pencacai la ni bagi direktion jalan ulu mane tah. Haha. Maaf maaf, pencacai cam saye memang noob kalau takde GPS. Ecehh tipu je GPS semua tu. Last last, nak cari pasau loken yang tah lubang mane die nyorok punye pasal, aku ngn debab turun untuk ask por direktion. Thanks to apek teksi kerana jadi GPS. Sayang kau apekk. Maka berkat apek GPS, sampai le kami ke lam loken yang sebenaunye hanya 5minit perjalanan dari tempat kitorang sesat. Jalang jalang kat loken yang penuh umat memang sonok sebab ade bau ketiak bangla, bau kencing sape tah dan sebagainye. Seronok tengok barang banyak banyak tapi serius takde nafsu nak beli ape kerana lapau penat dahaga. Tuanku PD pun cam longlai je. Kasi pusing loken sampai habis dan bergerak keluar ke kawasan selamat. Singgah kedai telipon dan grab satu motorola yang disangka menarik. Mekasih ye tuanku diatas huluran wang tambahan tersebut. Gedik seroonok dapat hp baru yang tuttttt best gile. Haha. Tamat pengambaran kat ipoh, move to keli kesel pulok. Memang tragedy punya perjalanan. Dekat sejam lebih buang minyak atas jalan cari keli kesel yang sebenarnye depan batang hidung je. Sebelum ke kesel, sumbat perut dulu kat fudkot batu gajah. Itu pun separuh mampus cari jalan batu gajah. Then mule ke kely kesel. Perjalanan terrible bertambah menarik apabile watak sampingan selaku kekasih pencacai kentut dengan wajah tak berdose didalam kereta. Come on mannnn, gua alergik dengar bunyi kentut di khalayak ramai ni. Rase nak starlight je si pelaku.  Sabau nina, terima lah dugaan ini. Then tamat drama bersiri dalam kereta, sampai la kami ke kely kesel selepas sesat keluau masuk ipoh-batugajah-ipoh-meru-bemban-simpangpulai dan sebagainye. Memang nicee. Maka pergi la memasuki istana cinta tersebut. Agak menarik, view atas bumbung yang gayat, underground room yang tak seram dan aiskrem konetto yang manis. Yang tak manisnye, terjumpe cikgu shida penyanyi fefular utube serta azad jazmin ( entah betul entah tak aku eja name die ) kat sekitar restoren keli kesel. Dorang shooting jugak kot seperti kami, mungkin. Tapi maap, saye tak greet pun ARTIS artis tu. Jeling sikit je. Hehe. Tamat perjalanan, crew prodaksi hantau aku pulang s.i dan mereka meneruskan pengembaraan mereka ke negeri hang tuah. Bai bai hati jantung dan perut ku sekalian, jasamu kukenang =)
Special thanks to mr dreba yag drive tanpa henti, juga kepada penyeri hidup beliau selaku penaik semangat dan yang paling sepesial thanks untuk tuanku Paya Dalam yang suke mengate name name kampung kat perak yang beliau anggap pelik. Thanks kerana menganjing, membelanja dan membawa dan menjaga budak kecik yang bingai ni. 
SAYANG U’OLLS.

-        Sudah tiba musim buat homework. Selamat beramalll =)

Thursday, June 2, 2011

jangan kabut eh ?

salam satu malaysia.

kali ini, tiada intro yang melalut. this entry just untuk berbicara beberapa perkara yang dianggap serius.
okay, first , aku nak mention tentang kekacauan yang berlaku baru baru ni gara gara kebuduhan aku sendiri. yea, about the GROUP yang aku create kat FB. hmm. how to start ? begini lah. aku di sini nak mintak maaf , kepada semua rakyat yang terlibat dalam pembabitan drama tepi longkang yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar lowersix wanita yang telah di aim oleh banyak pihak termasuk lah aku. ape yang aku ingin katakan ialah, aku tak ingin mewujudkan sengketa. benar, tindakan stupid aku telah menyebabkan keadaan rakyat FB menjadi kucau kacir. but please understand, i dunt really mean to do that. niat aku bukan nak top , bukan nak cipta suasana, dan bukan nak tambah musuh . aku sedar, tindakan aku telah menyebabkan insan insan malang yang tak tau ape, yang zero , tetibe diserang ngn kata kata manis pedas lagi menikam. maaf teman, bukan niatku menyebabkan kalian terluka, bukan mahuku untuk merunsingkan kalian. aku cuma insan hina yang pernah hilang waras akal , menjadikan kalian sebagai objek pelepas geram. meski pun kalian telah menerima hamburan kata kata kesat lagi padat, aku berharap kalian masih mempunyai secebis maaf untuk aku, seorang manusia lupa yang kelam di dalam alam gelapnya sendiri. harapan aku di dalam doa kudus, semoga kata kata yang dilemparkan oleh mereka mereka terhadap kalian, tidak akan memberi walau segaris kesan pun. semoga kita di dalam lindunganNya. aminn.

aku sebenarnye diamkan aje benda ni. malas la nak childish sangat. kadang kadang memang orang tengok aku macam mental. otak letak kat lutot but percayalah, aku tak pernah terfikir yang kebodohan aku akan mendatangkan bencana kepada korang yang takde kena mengena ni. kepada abang abang uppersix yakni yang seangkatan dengan aku , aku mintak maaf gila kat hangpa semua sebab  hangpa dah jadi mangsa keadaan. insyaallah, keadaan akan kembali pulih oke. :')

yang kedua , aku nak tegur budak budak yang join group tu. eh korang , tak payah la kutuk2 budak budak lowersix tu sangat. nobody perfect lah. memang la dorang annoying, tapi korang kena jugak ingat, korang pun tak perfect mane. jangan nak maki maki sangat. aku tau korang bengang but please, handle ur feeling. aku sendiri tak post benda benda kutuk kutuk kat page tu oke ? aku create group tu untuk memain je, sesuka je tapi dalam masa yang sama aku memang sakit hati dengan beberapa orang. sekurang kurang nye jangan gunakan ayat dan bahasa yang kasau, yang buat orang mendidih . ape yang korang cakapkan tu akan cermin diri korang balik oke ? plus, korang bukan kenal sangat dorang tu camane. so, dunt judge dorang sesedap rase korang eh. mind ur languange, mind ur own business. kite kutuk kutuk pun kite tak dapat ape, dapat dose kering je. yang penting, aku yang paling berdosa sebab create page tu. so korang jangan keruhkan keadaan. kami ni pernah lalui usia kalian, kami tahu bara dalam diri awak tu kalau ade orang buat taik. tapi kawal lah. jangan biar emosi jadi raja. biarlah aku sorang yang bodohkan diri buat mende tah pape tu. korang tak payah nak up up lagi cerita basi. bahasa jangan nak kasar je, kena ingat yang kita ni hidup bermasyarakat. mati nanti jenuhh nak berjawab. LAGI BAIK KALAU KORANG TAK PAYAH POST APE APE oke ?

third, aku nak berbicara mengenai wanita lowersix ni. untuk pengetahuan awak semua, tak semua yang jahat, yang gedik yang sebagainya. hanya segelintir sahaja, dan tahap keburukan mereka tak setinggi mana. manusia memang diciptakan dengan keburukan dan kebaikan supaya kita boleh menilai dengan mata hati . yang  buruk diiktibarkan, yang baik diamalkan. diri aku sendiri penuh dengan keburukan yang tak semua orang nampak. dan diri awak juga sama, kerana kita bergelar makhluk ciptaanNya . aku sebenarnye oke je dengan girl girl lowersix ni. ade yang aku dah lame kenal and ade yang aku tak kenal langsung. yang baik hati pekerti tu sangat ramai, dan tahniah kepada anda. dan yang kurang baik macam aku, pun ade jugak but kite masih boleh ubah kan ? jangan biarkan diri terus dalam bayang hitam dan mencerminkan tanggapan buruk orang kepada kita. kepada adik adik lowersix, akak tak benci kat korang. just recently, ade beberapa perkara yang akak tak puas hati dengan sikap korang. memang akak rase hanginn je kepala tengok korang. tapi yela, korang mungkin tak perasan sebab akak malas laa nak bebel2 ngan korang coz korang dah DEWASA. cuma apa yang akak betul betul tak paham ialah, kenapa korang yang beberapa orang ni, serang uppersix boys. why not me ? no, akak bukan mintak korang cari gaduh ngn akak tapi fikirlah, yang korang maki, yang korang sembur tu bukannye ade kena mengena ngn akak pun. kan akak ni yang buat korang tak puas hati, so kenapa korang marahkan bebudak lelaki tu ? ape je yang dorang buat kat korang ? kalau nak pedas mulut sangat pun, pedas ngn aku la. dunt need to be harsh dengan senior yang tade kena mengena. kesian ler kat dorang, dorang tak tau ape benda pun. haih.. and one more thing, awak awak yang serang tu, kenapa awak serang ? pasal group tu eh ? korang stand untuk sape ? untuk diri korang atau sape ? come on lah, akak create group tu, takde pun mention name korang. jangan kan name singkat korang, name penuh pun takde oke. so, kenape gelabah ? kenapa marah ? akak tengok, geng geng korang je yang hangin. geng lain senyap je takde dengar story ape. tuuu la yang pelik tu. kalau aku ade mention name korang, adat lah kalau korang nak marah beria. tapi, takde pun mention2 name sesape kan ? so how ? masih nak marah ? kalau awak rase awak bukanla orang yang gedik, awak tak payah ler nak memarah hangin tak tentu hala. relax goyang perut saje dahler, jadah apa nak kecoh ? 

jadi, ingin aku tegaskan bahawa aku bukan jenis orang yang suke buat havoc. aku takde niat lah nak simbah petrol kat api, takde niat nak cipta marah. silap aku memang besau, tapi aku dah admit pun kan. settle kan ? aku agak panas hati la sebab korang korang ade hambur kata kata kesat. doa macam2. helloooo, Tuhan tak ajar kita doa yang bebukan oke. sedangkan nabi ampunkan ummat. apatah lagi kita insan biasa. jadi, pinta aku kat korang ( kalau korang bace la blog aku ) sudah sudahla. yang mengutuk ngutuk tu, hentikan la tebiat buruk tu. yang dok serang tak tentu hala tu, nanti isnin aku nak face korang. kite deal baik baik oke ? 
GUNA LA AKAL PRA-U KITA oke ? 


- aku mintak maaf kat korang tak beerti aku bagi kepala aku untuk dipijak